Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
987
View
17
Reply

[Bahasa] [Takwil Puisi 43] Hidup Ini...

 Close [Copy link]

Author: seribulan       Show all posts   Read mode

Author
Post time 7-1-2020 08:30 AM | Show all posts |Read mode
Edited by seribulan at 10-1-2020 05:45 PM

Pemenang [Takwil Puisi 42] Torehan Luka
@awanysss , @watashinoai , @Pakis , @takayama , @Vassss

Maksud puisi Torehan Luka

Dia, si isteri yang menunggu jawapan dari sang suami tentang perkahwinan mereka. Terlalu lama makan hati, merana hingga letih dengan hubungan ini. Nama saja tinggal sebumbung, namun tidak sehati sejiwa. Kalau benar dah tak sayang, tak cinta, lebih baik berpisah saja.

Puisi Minggu Ini


Hidup ini

Lautan itu masin

namun ikannya manis,  

dunia ini indah

walau ranjaunya berduri.

Lalu mengapa diracuni hidup ini

hingga ia pahit sekali

hanya kerana haluan berbeza?

Hulurkan tanganmu,

pimpinlah aku,

jika langkahku terpesong.


Hulurkan tanganmu,

izinkan aku membimbingmu,

menjauhi lorong nan kelam.

Sayangi hidup sesingkat saat,

tidak ketahuan akhirnya,

jangan dibiar mimpi ngeri terus melukai.

Hasil nukilan,

@orgsepang

@watashinoai
@ati2027
@johan-adx
@berakit2kehulu
@orgsepang
@nurrlisa
@chicozinn
@KILL_NANCY
@MeghanK
@TalibanRock
@kuzaime
@-adnil-
@sapeka
@salmon-suki
@aleX-S
@fahdramli
@orgsepang
@Snack_Fruit
@digger
@Rob07
@takayama
@meisapoya
@KahPahJ
@seller6183
@mdhelmi

This thread was moderated (Bump) by seribulan at 31-12-2019 08:26 PM

104059kyzqknmwlmzwplap.gif(324.15 KB, Downloads: 0)



142626akusqifbmrpfplbk.gif(2.53 KB, Downloads: 0)








Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 7-1-2020 09:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Hidup ini indah sebenarnya kalau kena tatacaranya. Jadi jangan sesekali ducemari keindahan hidup ini walaupun ternyata kadang-kadang haluan dan pendapat yang tidak sama. Penulis mengharapkan dia ditegur kalau melakukan khilaf. Dan dalam masa yamg sama penulis sanggup bersama2 memimpin teman-temannya menjauhi perbantuan yang mungkin boleh merosakkan. Pada hemat penulis hidup ini terlau singkat untuk disiakan dan dalam masa yang sama, penulis tidak mahu mengulangi kesilapan yang pernah melukakan hatinya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2020 09:54 AM | Show all posts
yeayy menang.. thanks mod.. tahniah yg lain2..
puisi hari ni nanti kita try ye

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2020 10:30 AM | Show all posts
Dalam Hidup Kita ada pro dan kontra nya. setiap yang buruk pasti terselit kebaikan sebagai hikmahnya. begitu juga sebaliknya.

Penulis berpendapat kita haruslah sentiasa bersikap positif walaupun 'haluan berbeza' dengan orang lain.  

Penulis meminta pandu arah ke jalan yang betul sekiranya beliau tersilap arah, dan akan berbuat demikian jua untuk sahabatnya.

Penulis juga mahu kita menghargai setiap saat yang ada. Kerana esok tiada jaminan. yang semalam hanya kenangan.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2020 10:34 AM | Show all posts
thanks kaka momod @seribulan sebab tagged nama saya..

Puisi kali ini bertemakan kehidupan manusia. Sang penulis bercerita akan keindahan tentang kehidupan jika kita melalui hari-hari dengan mengikut norma sejagat yang betul. Sang penulis turut tekankan disini bahawa hanya manusia yang boleh mencorakkan haluan tuju kehidupannya sendiri sama ada hendak menuju ke arah kebaikan atau kemungkaran.

Di rangkap kedua pula sang penulis kelihatan seperti sedang mengajak seseorang ke arah kebaikan dan keluar dari kesedihan akibat ranjau kehidupan yang seseorang tersebut lalui. Saya berharap sang penulis dapat teruskan usaha murni ini bukan sahaja kepada seseorang tersebut tapi kepada sesiapa sahaja sebab dunia kini kekurangan manusia2 yang berhati mulia.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2020 02:42 PM | Show all posts
JibboTheCat replied at 7-1-2020 10:30 AM
Dalam Hidup Kita ada pro dan kontra nya. setiap yang buruk pasti terselit kebaikan sebagai hikmahnya ...

terima kasih momod @seribulan. kalau nak hantar puisi orang lain utk ditakwilkan boleh tak?

Comments

Pm ye :)  Post time 8-1-2020 07:48 AM
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2020 02:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Yeaaaasss. Tq mod bagi i menang.  Puisi bru nanti kita try takwil yer

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2020 04:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Iolls cuba ye

Penyajak ni positif orangnya dan jugak bermotivasi. Sebab dia nak sama2 menegur dan ditegur kalau khilaf dalam hidup.

Dia juga taknak orang disekeliling dia hidup dalam kesunyian dan kesedihan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2020 08:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Terima kasih @seribulan.
Selamat cuba mentakwil semua.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2020 01:47 AM From the mobile phone | Show all posts
alhamdulillah... thanks seribulan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2020 01:59 AM From the mobile phone | Show all posts
dalam kehidupan kita pasti ada duka dan pasti juga ada  suka.. tak perlu memilih jalan yg salah utk truskan kehidupan. sama2 lah kita saling membantu utk menjadi insan yg diredhai. kita semua akan mati jd berubah lah ke arah yg lebih baik jgn biar sejarah hitam kekal bersama diri.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2020 07:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Yayyy menang lg.thankss kaka seribulan

Nati sy takwil ya

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2020 08:41 AM | Show all posts
dalam hidup penuh dugaan dan ranjau kehidupan
penulis maksudkan ketepikan segala perbezaan dan buang sifat ego
dan pimpin dirinya ke jalan yg benar
sebab hidup ni ternyata sekejap saja
jd nikmatilah kehidupan yang sebenar

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2020 07:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Berjalan dengan seorang sahabat di dalam kegelapan lebih baik dari berjalan sendirian di tempat yg terang.begitulah takwil puisi ini berkenaan hubungan persahabatan sesama manusia. Mengambil berat dan membimbing sahabat dr terus melakukan kesilapan.meskikan berlainan pendapat juga dugaan hidup tidak sama jgnla kt hanya melihat.sama2lah kt membantu..penulis juga menekankan hidup ini singkat jd jgnlah di sia2 kannya.masih ada sinar kemanisan menanti disebalik kepahitan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2020 08:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Pakis at 13-1-2020 08:47 AM

Cuba la walaupun rasa blur blur. Hehe

Penulis mengambarkan tentang kehidupan.  Yang kesusahan pada hari ini akan menjadi kemanisan pada hari esok.

Penulis juga berkata,  kenapa hanya kerana dengan perbezaan haluan dan cara hidup, hidup perlu di racuni dengan perkara yang tidak mendatangkan kebaikan dan membawa kemudaratan.

Penulis berharap,  kita sesama manusia manusia atau kawan atau keluarga boleh saling untuk membimbing jika melihat ada diantara kita yang terpesong dari jalan yang benar.  Dapat ditarik dari kegelapan yang menyesatkan kerana hidup ini hanya seketika. Jangan kerana kedukaan semalam, kesusahan semalam akan terus melukai kita untuk hari mendatang

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2020 03:59 PM | Show all posts
hampir terlupa nak takwil puisi ini

puisi kali ini menceritakan ttg kehidpuan kita yg ada pasang surutnya
ibarat air dilaut
dengan kata lain kehidupan kita ini ada pelbagai rencah iaitu pahit, manis, pedih, marah dan sebagainya
penulis juga meminta kita utk membantu dia sekiranya dia kehilangan arah dan penulis juga akan membantu kita sekiranya kita juga mempunyai masaalah dan berada dlm jln yg terpesong
kesimpulannya hargailah kehidupan ini


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 14-1-2020 08:06 AM | Show all posts
Closed





.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list