Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
12Next
Return to list New
1091
View
22
Reply

[Bahasa] [Takwil Puisi 44] AKU

 Close [Copy link]

Author: seribulan       Show all posts   Read mode

Author
Post time 14-1-2020 08:09 AM | Show all posts |Read mode
Edited by seribulan at 14-1-2020 07:17 AM

Pemenang [Takwil Puisi 43] Hidup Ini


- semua peserta dipilih penyajak pemenang berjaya mentakwil dengan baik

Maksud puisi:


Harapan seseorang untuk insan yang disayangi agar menghargai hidup agar tidak menyesal kemudian.


Puisi Minggu Ini

Aku

Bila merak melebarkan takhtanya

Bila enggang tinggi terbangnya

Nah disitu pantas kau muncul  

Teringatkan dikau bila katak masih berudu

Tidak kau peduli

Tidak kau pernah melihat evolusi  

Pabila tanah bergoncang

Pabila pasak bumi merata

Nah jawablah dikau tentang kuasa

Jawablah dikau tentang aku

Yang kau lupa semasa didunia

Hasil nukilan,
@Snack_Fruit


@watashinoai
@ati2027
@johan-adx
@berakit2kehulu
@orgsepang
@nurrlisa
@chicozinn
@KILL_NANCY
@MeghanK
@TalibanRock
@kuzaime
@-adnil-
@sapeka
@salmon-suki
@aleX-S
@fahdramli
@orgsepang
@Snack_Fruit
@digger
@Rob07
@takayama
@meisapoya
@KahPahJ
@seller6183
@mdhelmi




142626akusqifbmrpfplbk.gif(2.53 KB, Downloads: 0)






Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 14-1-2020 08:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Sat lagi i takwil..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2020 08:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Yeaayy tq mod yang baik ati.  Nanti i takwil

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2020 08:35 AM | Show all posts
Aku

Bila merak melebarkan takhtanya

Bila enggang tinggi terbangnya

Nah disitu pantas kau muncul  

Teringatkan dikau bila katak masih berudu

Tidak kau peduli

Tidak kau pernah melihat evolusi  

Pabila tanah bergoncang

Pabila pasak bumi merata

Nah jawablah dikau tentang kuasa

Jawablah dikau tentang aku

Yang kau lupa semasa didunia



puisi ini menceritakan tentang kisah hidup hubungan penyajak dengan ayah/ ibu

semasa penulis masih kecil, dan perlukan penjagaan dan tanggungjawab ibu/ ayah penulis tiada
untuk menjalankan tanggungjawab tersebut.

bila penulis semakin meningkat dewasa,semakin berjaya dalam hidup,mempunyai pekerjaan yang baik,ibu/ayah muncul semula mengharapkan perkongsian kesenangan yang telah penulis miliki tanpa memikirkan salah perbuatan yang lama

semoga apabila tiba masanya mungkar dan nakir datang menyoal,jawablah salah perbuatan di dalam sana

tentang perbuatan tidak bertanggungjawab yang dilakukan terhadap penulis..

sekian
wallahualam~


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2020 10:29 AM | Show all posts
Karya ini ditulis untuk mengenai kemegahan dunia, kekayaan harta terus dipandang tinggi dan melupakan asal usul yang sepatutnya diingati.

Dan akhirnya, setelah semua perkara yang dilalui tidak dikisahkan, nanti bila di akhirat nanti, jawablah tentang 'AKU' yang kau tak pernah hiraukan.

atau mungkin jugak ini kisah anak yang terbuang. yang tak pernah diiktiraf oleh ayah yang kaya raya sebab dia anak yang tak diinginkan. dan bila dah mati nanti, kau jawabla sendiri dekat akhirat nanti. eh, tiba-tiba jadi mcm drama pulak.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2020 01:58 PM | Show all posts
Puisi ni seperti mengisahkan tentang hubungan kita dengan Tuhan. Bila kita susah, kita berdoa agar Tuhan kurniakan rezeki. Bila dah senang, kita lupa Tuhan. Lalu apabila kita mati, kita ditanya tentang amalan kita semasa kita hidup. Adakah kita ingat Tuhan?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2020 02:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Puisi ni tentang orang yang lupa diri. Terasa semua kejayaan yang hadir dengan usaha diri sendiri. Hinggalah suatu masa Allah menguji. Baru terasa semua yang datang dan pergi itu dari Ilahi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2020 04:25 PM | Show all posts
JibboTheCat replied at 14-1-2020 01:58 PM
Puisi ni seperti mengisahkan tentang hubungan kita dengan Tuhan. Bila kita susah, kita berdoa agar T ...

terima kasih @seribulan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2020 08:12 AM | Show all posts
wahhh terima kasih @seribulan . tak sangka menang takwil
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2020 01:55 PM | Show all posts
JibboTheCat replied at 15-1-2020 08:12 AM
wahhh terima kasih @seribulan . tak sangka menang takwil

tahniahhhh

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2020 11:03 PM | Show all posts
sbb ada org dah pm so saya terpaksa cuba takwil heh
baca sekali imbas so main teka jela

AKU di dalam puisi ni digambarkan sbg pokok2 dalam sesebuah belantara
ataupon sbg gunung ganang

"Bila merak melebarkan takhtanya
Bila enggang tinggi terbangnya
Nah disitu pantas kau muncul"


Bermaksud bila waktu siang menjelma, muncullah sekumpulan manusia yang akan merosakkan
flora dan fauna semata2 utk pembangunan

"Teringatkan dikau bila katak masih berudu
Tidak kau peduli
Tidak kau pernah melihat evolusi"


Bermaksud mereka tidak sedar akan pentingnya ekosistem alam yang sepatutnya tidak diganggu

"Pabila tanah bergoncang
Pabila pasak bumi merata
Nah jawablah dikau tentang kuasa
Jawablah dikau tentang aku
Yang kau lupa semasa didunia"


Hasilnya berlakulah bencana seperti banjir besar, hakisan tanah, tanah runtuh, peningkatan suhu global dll...
di mana telah merosakkan kawasan dan telah meragut nyawa yang tidak bersalah semata2 kerana tangan2 manusia durjana
sekarang pengadilan hanya antara mereka dan maha pencipta

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2020 03:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Cari free time jap nak takwil
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2020 11:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah semua pemenang!
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2020 11:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Rasanya puisi kali ni tentang seseorang yang hanya memandang pada yang ada kuasa.  Ada pagkat ada darjah.  Jenis manusia yang hanya berkawan atau bergaul dengan orang yang hanya berkuasa dan pengaruh.

Penulis juga menceritakan,   ketika seseorang itu tiada apa apa tidak pula mahu di pandang,  sedangkan mungkin yang berkuasa hari ini adalah yang mereka yang tidak punya apa apa pada hari semalam.

Penulis juga menceritakan tentang penyalah gunaan kuasa untuk kepentingan peribadi dan apa yang selayaknya jadi milik penulis,  diabaikan haknya hanya kerana penulis tidak berkuasa,  tidak berkedudukan.  Macam lebih kurang konsep pilih bulu untuk kepentingan peribadi.  Penulis juga berharap agak segala yang terjadi di dunia ini akan mendapat balasan di akhirat kelak.  

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2020 01:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Akak cuba

Kisah tentang seseorang yang terlalu bermegah dengan kemewahan dan kemakmuran seolah-olah dia akan hidup untuk selama-lamanya. Sentiasa memandang rendah pada orang yang hidup susah sedangkan dia juga berasal dari orang susah.
Dia juga melupakan tanggungjawab seolah-olah tidak akan disoal diakhirat nanti.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2020 10:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Apabila kita berada di atas, janganlah sombong dan lupa diri. Hingga menghina yang di bawah. Ingatlah hidup bagaikan roda. Sentiasa lah mengingati  Allah.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2020 09:50 AM | Show all posts
Puisi Minggu Ini

Aku

Bila merak melebarkan takhtanya

Bila enggang tinggi terbangnya

Nah disitu pantas kau muncul  

Teringatkan dikau bila katak masih berudu

Tidak kau peduli

Tidak kau pernah melihat evolusi  

Pabila tanah bergoncang

Pabila pasak bumi merata

Nah jawablah dikau tentang kuasa

Jawablah dikau tentang aku

Yang kau lupa semasa didunia

Hasil nukilan,
@Snack_Fruit

Fahaman kak senah pasal puisi ni tentang sifat manusia yang cuma muncul dalam hidup seseorang pada waktu seseorang tu dah mengecapi kesenangan, sedangkan sewaktu susah takde yang datang mengahampiri, takde yang ambil kisah tentang cabaran dan dugaan yang dihadapi. Segala perbuatan kita juga akan dipertanggungjawabkan kepada kita selepas kematian.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2020 03:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Tq ye semua yg sudi takwil puisi meolls.

Tq jugak momod sudi keluarkan puisi xseberapa ni

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2020 04:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Seronok pulak ada yg sudi takwil. Nanti kalau ada puisi lagi iolls hantar ye

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2020 10:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Maksud puisi nie mengikut pemahaman sy.maaf jika salah.
berkisarkan seorang anak yg merasa kecewa dgn sikap tidak bertanggungjawab ibu atau bapanya dr kecil lg.kini apabila si anak sudah dewasa dan berjaya di dlm hidup barulah ibu/bapa muncul kembali dan ingin menumpangan kesenangannya.
Si anak tiada hak untuk menghukum nya.cuma apabila mereka sudah meninggalkan dunia kelak,jawablah pd yg maha Esa tentang tanggung jawab sebagai ibu/bapa ketika masih hidup dahulu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list