Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
708
View
2
Reply

[Budaya] Manisan tradisional negara diperkenalkan kepada generasi baru

[Copy link]

Author: lanesra       Show all posts   Read mode

Author
Post time 4-2-2020 03:07 PM | Show all posts |Read mode
KALAU berkelana ke luar negara sudah cukup tiga hari pun, apabila melihat rakan-rakan muat naik gambar manisan tradisional Malaysia di media sosial, pasti mengundang rasa terliur. Apatah lagi yang dihidangkan itu hasil air tangan ibu tersayang.

Rasanya, resipi turun-temurun dari satu generasi ke generasi tidak pernah hilang kelazatannya. Kadangkala terfikir juga, bagi sesetengah individu seperti penulis yang tahu makan sahaja, di mana agaknya resipi itu akan diturunkan kelak.

Paling sadis jika tiada pelapis pembuat manisan tradisional itu nanti, mungkin juga generasi akan datang tidak tahu gamaknya nama manisan yang pernah dihidangkan si nenek kepada ibu atau ayahnya.

Sebenarnya, bagi anda yang tidak tahu pencuci mulut tempatan juga dilindungi di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645) antara fungsinya supaya ia tidak pupus meskipun zaman berubah.

Malah, Jabatan Warisan Negara turut bekerjasama erat dengan pelbagai entiti di Malaysia termasuk institusi pendidikan bagi melahirkan generasi muda yang menjadi pelapis menghasilkan makanan itu.

Antaranya, baru-baru ini dalam satu acara pameran pencuci mulut tradisional Malaysia untuk kanak-kanak yang dianjurkan sekumpulan pelajar tahun akhir Sarjana Muda Fakulti Pengurusan Seni, Budaya dan Warisan, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) menjemput 15 sekolah di sekitar ibu negara bagi memberi pendedahan mengenai pencuci mulut tempatan.

Dalam acara itu penulis berkesempatan menemui Ketua Penolong Pengarah Kanan Cawangan Adat dan Budaya Jabatan Warisan Negara, Junaidah Salleh yang turut memberi perkongsian mengenai makanan itu kepada pengunjung cilik yang dijemput pelajar tahun akhir berkenaan.



Junaidah berkata, terdapat jawatankuasa pakar yang menilai mengenai makanan dan minuman tradisional. Setakat tahun lalu, terdapat 18 makanan dan minuman tempatan diiktiraf sebagai warisan dan 213 jenis diwartakan sebagai warisan kebangsaan.

Terdapat pelbagai segmen pencuci mulut yang termasuk di bawah warisan berkenaan antaranya puding seperti puding buah. Dalam segmen bubur pula seperti bubur jagung, bubur pisang, bubur anak lebah dan bubur kacang.

Makanan terbabit bukan sahaja tertumpu kepada makanan Melayu, tetapi semua kaum di negara ini. Kami membuat kajian mengenainya termasuk di Sabah dan Sarawak, katanya.

Sementara itu, Pengurus Acara pameran itu, Nurul Fatehah Hamizan berkata, dalam acara berkenaan mereka mengetengahkan makanan manisan lima etnik di Malaysia iaitu Melayu, Cina, India, Iban dan Kadazan.


MURID sekolah dapat melihat acuan kuih tradisional dalam pameran. FOTO Nurul Shafina Jemenon


Katanya, dalam acara itu terdapat 108 pencuci mulut warisan dan warisan kebangsaan dihimpunkan untuk diketengahkan kepada kanak-kanak yang menjadi tetamu utamanya seperti kuih sagu, onde-onde dan kuih ketayap.

Dalam acara ini kami membuat pameran untuk kanak-kanak ini dapat melihat lebih dekat makanan manisan ini, mendengar mengenai maklumat mengenainya dan turut terbabit dalam proses pembuatannya.

Kami juga mengadakan pertandingan memasak atau membuat kuih tradisional membabitkan lapan sekolah di sekitar Kuala Lumpur bagi membolehkan mereka dapat mengasah bakat menghasilkan makanan berkenaan yang paling terbaik, katanya.

Tambahnya, kanak-kanak sekolah penting bagi mengetahui manisan tradisional negara kerana mereka akan menjadi pelapis atau generasi baru melindunginya pada masa depan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 6-2-2020 10:38 AM From the mobile phone | Show all posts
pencuci mulut traditional yg kaka suka adalah bubur pulut hitam, bubur kacang, pengat pisang, bubur durian cicah roti serta kuih Lopez
suka juga puding tp lg suka yg leh hirup2 tu rs heaven sgt
tp klu suh msk tu hah mmg ler kem. salam sbb kaka cuma suka mkn jer sbb tu bdn pun dah cam tong drum

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2020 03:00 PM | Show all posts
Saya suka serawa, pengat, semua jenis bubur termasuk bubur sum-sum, kuih qasidah, puteri mandi cuma ada kala kena kurangkan manis sikit... Serawa durian best, boleh makan dengan pulut ataupun roti jala  
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list