Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
12Next
Return to list New
1570
View
26
Reply

[Tempatan] 30 tahun staf TNB bertugas di Hari Raya Aidilfitri. Kita? tahun ni sekatan rentas negeri time Raya pun dah melompat

[Copy link]

Author: R2D2       Show all posts   Read mode

Author
Post time 30-5-2020 05:21 PM | Show all posts |Read mode
30 tahun bertugas di Aidilfitri


TUGAS berat yang diamanahkan membuatkan seorang kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) berkorban setiap kali Aidilfitri dan tahun ini adalah kali ke 30 dia bertugas bagi memastikan orang awam tidak mengalami masalah bekalan elektrik di musim perayaan.

Bertugas di cawangan Pekan, Pahang, Muhamad Khir Abdul Manaf, 58, bertugas di Aidilfitri sudah tidak asing lagi buatnya sepanjang 38 tahun berkhidmat dengan agensi berkenaan.

Katanya, walaupun terbit perasaan sayu dan sedih ketika menjalankan tugas pada Aidilfitri namun demi tanggungjawab dan amanah yang digalas dia perlu kuatkan semangat melakukan setiap aktiviti di lapangan.

"Apabila berlaku kejadian bekalan elektrik terputus disebabkan kabel, saya bersama beberapa rakan akan segera ke lokasi untuk membaiki seterusnya membuat penyambungan semula dengan apa juga cara.

"Banyak cabaran bertugas di Aidilfitri antaranya di marah pengguna yang kecewa apabila bekalan elektrik di rumah mereka terputus.

"Banyak faktor yang menyebabkan bekalan elektrik terputus selain tidak cukup setiap kali Aidilfitri, kerosakan pada peralatan serta penggunaan kuasa elektrik secara berlebihan menyebabkan ia berlaku kerosakan," katanya.

Muhamad Khir yang bertugas di bahagian kabel berkata, dia sanggup memikul tugas setiap kali Aidilfitri bagi memberi peluang kepada rakan pulang ke kampung di luar daerah ini.

"Saya akan terus bertugas di Aidilfitri selagi diperlukan. Saya berbangga dapat berkorban untuk majikan dan rakan," katanya yang akan bersara wajib pada 2022.

Sementara itu rakannya, Mohd Fabzil Baharom, 55 yang bertugas di bahagian pemasangan baru berkata, sepanjang 38 tahun berkhidmat lebih 14 kali dia bertugas di Aidilfitri.

Beliau berkata, pada malam Aidilfitri lalu dia ke kawasan penempatan Orang Asli Runchang apabila berlaku kes pokok tumbang atas talian yang menyebabkan bekalan elektrik terputus.

"Saya tidak pernah menyesal atau kecewa apabila menerima arahan pegawai yang supaya bertugas di Aidilfitri, tanggungjawab pada majikan perlu diberi keutamaan.

"Sokongan rakan yang sama bertugas juga dapat menceriakan keadaan terutama apabila terpaksa bertugas melakukan apa juga aktiviti membabitkan bekalan elektrik yang terputus. Walau apa jua cabaran tugas perlu diselesaikan dengan secepat mungkin," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 30 Mei 2020 @ 5:10 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 30-5-2020 06:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Alahai sedih nya yang kita ni raya berpuluh tahun sekali pn xboleh nak korban
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2020 02:08 AM | Show all posts

Hmmm...

[AceHand SPECTaceLAR]

Boleh ka kejer dihari cuti khas setiap tahong tu dianggap berkorbang besar jika dapat gaji tripel...? Boleh kelim dua hari tripel pay tu... Seminggu lepas tu balek kampong pong maseh boleh sambot raya lagi hapa...


Jizzz... Klong! Klong!

Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2020 02:39 AM From the mobile phone | Show all posts
AceHand replied at 31-5-2020 02:08 AM
[AceHand SPECTaceLAR]

Boleh ka kejer dihari cuti khas setiap tahong tu dianggap berkorbang besar  ...

SMod nak tanya la kan.. Gaji 3 tu boleh bagi rasa nikmat sambut hari raya 1st dgn keluarga tercinta? Serius ni nak tau.. Ye la... Duit boleh beli nikmat tu.. Sy nak beli.
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2020 02:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Lain feel dia.  kalau lagi sehari nak raya dan subuh hari raya pertama feel dia lebih sayu.

Tambah bila org tersayang yg sll bz pagi raya dah tak ad.. Mcm terbayang kat dapur tu dia msh tgh buat hidangan utk pagi raya.
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2020 08:22 AM | Show all posts
AceHand replied at 31-5-2020 02:08 AM
[AceHand SPECTaceLAR]

Boleh ka kejer dihari cuti khas setiap tahong tu dianggap berkorbang besar  ...

tak baik pikir camtu.. husnuzon je yg dia bermurah hati nak keje.
money is not everything
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2020 08:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Bukan staf tnb je. Doktor, nurse, polis, bomba, call center, banyak lagi sektor yang kena kerja time cuti raya etc. Pastu tak semua sektor boleh claim gaji 3x
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2020 12:41 AM | Show all posts

Hmmm...

sarah82 replied at 31-5-2020 02:39 AM
SMod nak tanya la kan.. Gaji 3 tu boleh bagi rasa nikmat sambut hari raya 1st dgn keluarga terci ...

[AceHand SPECTaceLAR]

Sambot raya hari pertama bersama keluarga bukanglah wajib... Kita bekerja pong untuk keluarga jugak kan...? Yang penting raya tetap sambot ngan keluarga walau bukang hari raya yang pertama...


Jizzz... Klong! Klong!

Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2020 12:42 AM | Show all posts

Hmmm...

Tinot7 replied at 31-5-2020 08:22 AM
tak baik pikir camtu.. husnuzon je yg dia bermurah hati nak keje.
money is not everything

[AceHand SPECTaceLAR]

Aku bagi pandangang aku jer...


Jizzz... Klong! Klong!

Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2020 12:44 AM From the mobile phone | Show all posts
AceHand replied at 1-6-2020 12:41 AM
[AceHand SPECTaceLAR]

Sambot raya hari pertama bersama keluarga bukanglah wajib... Kita bekerja ...

Tak sama la smod.. X sama..
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2020 12:46 AM | Show all posts

Haaa...

Megikari replied at 31-5-2020 08:42 AM
Bukan staf tnb je. Doktor, nurse, polis, bomba, call center, banyak lagi sektor yang kena kerja time ...

[AceHand SPECTaceLAR]

Bagi sesapa yang paham... Ini lah yang aku cuba sampaikang... Dah lar tak boleh kelim gaji tripel.. Suh ganti cuti hari laing jer... Dah lar gaji murah jer pong... Nak bagi bonus raya pong kedekot...

Sapa yang hadapi situasi camni baru aku kata pengorbanang besar...


Jizzz... Klong! Klong!

Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2020 12:54 AM | Show all posts

Hmmm...

sarah82 replied at 1-6-2020 12:44 AM
Tak sama la smod.. X sama..

[AceHand SPECTaceLAR]

Tak sama bagi yang tak pernah jer... Atau baru kena sekali dua... Kalau dah selalu rasa biasa jer...


Jizzz... Klong! Klong!

Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2020 12:57 AM From the mobile phone | Show all posts
AceHand replied at 1-6-2020 12:54 AM
[AceHand SPECTaceLAR]

Tak sama bagi yang tak pernah jer... Atau baru kena sekali dua... Kalau d ...

SMod x faham.. Takkan rasa sama sambut 1st hari raya dgn keluarga. Mcm mana byk duit pun.. Tapi tak boleh beli rasa happy tu
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2020 04:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 31-5-2020 08:22 AM
tak baik pikir camtu.. husnuzon je yg dia bermurah hati nak keje.
money is not everything

Ada duit ada bahagia.. mna nk bgi ank bhgia klo xde duit nk sara dia aaaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2020 04:53 AM From the mobile phone | Show all posts
AceHand replied at 1-6-2020 12:41 AM
[AceHand SPECTaceLAR]

Sambot raya hari pertama bersama keluarga bukanglah wajib... Kita bekerja ...

Yg penting umo pnjng.
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2020 04:54 AM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 1-6-2020 12:57 AM
SMod x faham.. Takkan rasa sama sambut 1st hari raya dgn keluarga. Mcm mana byk duit pun.. Tapi ta ...

Tpi akk cm happy dpt bli brg online.ngeeeee
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2020 05:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Ntah...aku rasa biasa je sepanjang kawin dgn laki aku, 1/4 kali je raya sama lengkap 1 family
Kami semua dah terbiasa dah pun
Kalau dapat raya skali tu dah kira bonus, rezeki lah tu
Dan laki aku xdapat triple pun ye
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2020 06:15 AM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 1-6-2020 12:57 AM
SMod x faham.. Takkan rasa sama sambut 1st hari raya dgn keluarga. Mcm mana byk duit pun.. Tapi ta ...

ko jgn lyn sgt sm tu...dia mana boleh mengalah.....
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2020 08:22 AM From the mobile phone | Show all posts
eizarz replied at 1-6-2020 06:15 AM
ko jgn lyn sgt sm tu...dia mana boleh mengalah.....

Geram pulak.. Org tu kira berkorbN la utk kita..
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2020 08:26 AM From the mobile phone | Show all posts

Rasanya ikutkan 2022 sy kena standby ehekk
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list