Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
579
View
6
Reply

Kek Tornado Coklat Cheese yang Tengah VIRAL

[Copy link]

Author: hanifahh       Show all posts   Read mode

Author
Post time 9-7-2020 12:48 PM | Show all posts |Read mode
anda penggemar kek?

kali ini ada kek yang tengah viral kat media sosial iaitu kek tornado coklat cheese, kek ini istimewa sebab rasanya sangat moist dan gebu ditambah dengan topping coklat ganache dan whipping cream yang meleleh ketika di makan.

tapi apabila anda tengah berdiet, jangan cuba-cuba untuk menikmati kek ini kerana nanti pasti boleh terbatal .

resepi kek tornado

resepi kek tornado


jom tengok resepinya dibawah..

Bahan A
  • 5 biji telur
  • 1 cawan gula halus
  • 1 cawan minyak/ marjerin
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 1 cawan air panas
Bahan B

  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu kecil soda birkabonat
  • sedikit garam
Bahan Coklat Ganache

  • 500 gram milk chocolate
  • 1 cawan whipping cream
  • 1 sudu besar marjerin
Bahan Topping

  • 500 gram cheese tartura
  • 3 sudu besar susu coklat
  • 1/2 cawan non-dairy whipping cream
  • 1/4 cawan susu segar
Cara-Cara



1. masukkan telur, gula, dan esen vanilla kedalam bekas kemudian pukul hingga sebati. selepas itu masukkan minyak dan susu pekat, gaul lagi hingga sebati.
2. masukkan semua bahan B yang sudah diayak kedalam campuran bahan A tadi, kemudian gaul hingga semua bahan tercampur dan sebati.
3. masukkan 1 cawan air panas kemudian gaul hingga sebati seterusnya masukkan cake kedalam loyang dan sedia untuk dikukus.

Cara menyediakan Coklat Ganache


1. cairkan coklat dengan kaedah teknik double boiler, apabila sudah cair masukkan marjerin dan gaul hingga marjerin larut.
2. masukkan whipping cream dan gaul hingga larut, kemudian sejukkan kedalam peti sejuk.


Cara Buat Topping


1. masukkan cream dan susu pekat kedalam bekas kemudian dengan menggunakann whisk putar hingga sebati.
2. masukkan whipping cream dan susu segar kemudian whisk hingga kembang. apabila sudah kembang tuangkan whipping cream keatas kek yang sudah siap dikukus tadi dan ratakan permukaanya.
3. tuangkan coklat ganache yang sudah sejuk diatas layer cream cheese kemudian ratakan permukaanya.
4. taburkan topping mengikut selera masing-masing kemudian kukus kek hingga masak.


untuk buat kek memang sedikit lebih sukar daripada buat kuih kerana anda mesti menyediakan banyak bahan dan apabila anda teringin cuba resepi ini sila baca kat sumbernya supaya lebih mudah.


sumber : soohmi.com

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 9-7-2020 02:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Alaaaa.. Takat step2 gitu xde video mmg xterliur laaa.. Kena ada step by step skali dgn bunyi tgh makan baru la lelehhhhh tergudaa
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2020 02:40 PM | Show all posts
x try lg walaupun dh ramai org jual..
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2020 03:42 PM | Show all posts
dah try..biasa je rasa dia..manis ya ampun...x minat.. sekian.
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2020 03:48 PM | Show all posts
baru tukar nama tornado ke?

rasanya dah lama kek ni ada. tp nama dia kek choc moist je kan? plg tidak pun choc cake premium gituh
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2020 10:02 PM | Show all posts
Viral sebab kalau nak kena potong kaki tak seronok sorang-sorang.
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2020 10:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedap ke? Aku tgk ramai jual. Kalo manis ngat, xmo la. Kena buat sendiri la kot, modify sikit resipi tu utk ejas manis dia
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list