Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
184
View
0
Reply

6 Tips Lajukan computer 99% berkesan

[Copy link]

Author: trunks       Show all posts   Read mode

Author
Post time 29-7-2020 07:24 PM | Show all posts |Read mode
Edited by trunks at 29-7-2020 07:27 PM

Saya faham mesti anda semua geram bila nak buat kerja tapi laptop lembab seperti otak anda. Jangan risau, kami ada penyelesaiannya! Saya akan berkongsi dengan anda semua 6 TIPS MAGIK yang akan membuat laptop/pc anda kembali bertenaga. Caranya amatlah mudah dan senang untuk korang ikut. Jadi, mari kita merungkai satu demi satu tips ini yang mampu menjimatkan poket anda! Semoga bermanfaat!

1) Disable program yang tersangat aktif

Caranya mudah sahaja:

  • Klik kanan pada Taskbar dan pilih Task Manager ataupun tekan Ctrl + Shift + Esc.
  • Lihat jika ada kolum yang berwarna merah, bermaksud ada perisian (software) yang sedang beroperasi secara berlebihan.
  • Klik kanan, dan tekan End Task.


2) Delete folder Temporary



Caranya mudah sahaja:
  • Klik Start Button.
  • Tulis %temp% di kotak Search.
  • Kemudian klik Enter dan akan keluar Folder Temp banyak-banyak.
  • Untuk delete semua folder tu, tekan Crtl + A dan Delete.


3) Disk CleanUp



Untuk pengguna Windows 7:
  • Buka Start Menu > pilih Programs > pilih Accessories > System tools > dalam system tool, pilih Disk Cleanup utility.
Untuk pengguna Windows 8 & 10:
  • Tekan Windows Key + R .
  • Taip cleanmgr.
  • Tekan Enter.




4) Defragment


Caranya mudah sahaja:

  • Tekan Windows Key.
  • Taip defragment.
  • Klik pada Defragment dan Optimize Drive.
  • Pilih sistem drive anda (umumnya C drive).
  • Klik butang Optimize.

5) Minimumkan Animasi Windows





Caranya mudah sahaja:


  • Tekan Windows Key dan search Control Panel.
  • Seterusnya, Control Panel > System and Security > System.
  • Lihat disebelah kiri, klik Advanced System Settings.
  • Akan pop-out System Properties, tekan settings di bahagian performance.
  • Di Performance Options, pilih custom dan matikan beberapa efek visual seperti diatas.




6) Tutup Search Indexing





Caranya mudah saja:
  • Tekan Windows Keys.
  • Search Control Panel dan klik.
  • Search Indexing Option pada control panel.
  • Klik Modify.
  • Untick semua.


Okay begitulah 6 Tips Magik yang akan membuatkan Laptop/Pc anda kembali bertenaga. Selain tu, ni ada saya saja nak share tips sampingan la kalau nak bagi laptop anda ringan adalah dengan mengosongkan Recycle Bin anda. Pastikan lepas anda delete sesuatu benda, clearkan sekali Recycle Bin anda. Anda juga dinasihatkan supaya jangan saratkan desktop anda dengan file-file yang tak perlu. Kalau boleh bagi kosong desktop anda dan hanya tinggalkan software yang selalu anda guna sahaja. Okay yang terakhir, kalau anda ada duit lebih boleh la spend sikit untuk tambah RAM laptop anda. Lebih-lebih lagi untuk pelajar Multimedia anda memang diwajibkan untuk


menambah slot RAM ni untuk perjalanan yang lebih lancar. Okay sekian sahaja. sumber




-----------------------
saya selalu guna ccleaner aje..dan buat setting no 5 tu
dan akan pilih  best perfomance, memang laju sebab dia dah disable grafik
bukan2 yang lambatkan buka apps ke apa activity kita dlm PC ni


5.png


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list