Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
269
View
4
Reply

10 Tips Lembutkan Daging Dengan Cepat Tanpa ‘Pressure Cooker’

[Copy link]

Author: trunks       Show all posts   Read mode

Author
Post time 30-7-2020 06:05 AM | Show all posts |Read mode
Edited by trunks at 30-7-2020 06:07 AM

Ish, liat lagilah daging rendang ni. Kejap lagi tetamu dah nak sampai, macam mana nak bagi lembut daging ni…?”
Di zaman moden ini, memang mudah dan cepat nak lembutkan daging menggunakan pressure cooker atau periuk tekanan. Tapi ukan semua rumah ada periuk ni. Kadang-kadang, bila nak masak dalam kuantiti kecil, kita pun malas nak menggunakannya.
Jangan khuatir, ada banyak cara melembutkan daging tanpa menggunakan pressure cooker. Petua yang bakal kami kongsikan di bawah adalah antara amalan turun-temurun oleh mak-mak kita sehinggalah ke hari ini. Memang ramai yang masih melakukannya dan mengakui keberkesannya.


10 TIPS LEMBUTKAN DAGING DENGAN CEPAT TANPA ‘PRESSURE COOKER’1. MASUKKAN SUDU
Walaupun kedengaran pelik, inilah antara petua melembutkan daging yang paling mudah dan popular.


Cuma letakkan sebatang sudu / garfu ke dalam periuk dan rebus bersama daging. Memang cepat lembut sebab dipercayai sudu ni dapat meningkatkan suhu dalam periuk. Selain guna sudu besi / tembaga, ramai juga menggunakan sudu porselin / kaca.





2. BETIK MUDA
Potong buah betik muda sederhana kecil dan rebus bersama daging. Kalau tak ada buah betik muda, boleh gunakan batang betik.


Foto Kredit: mediakedah.com

3. BATANG TEBU
Bagi yang susah nak jumpa batang betik, boleh juga gunakan batang tebu dengan cara yang sama seperti di atas.


Foto Kredit: biovoicenews.com

4. DAUN NANGKA
Ambil daun nangka dan keringkan getahnya terlebih dahulu. Kemudian boleh masukkan ke dalam masakan. Gunakan dalam 4-5 helai. Berkesan!


Foto Kredit: videoblocks.com

5. CUKA
Gunakan sedikit cuka makan ke dalam rebusan atau perap bersama daging beberapa jam sebelum dimasak. Sumber asid dikatakan dapat melembutkan struktur daging dengan cepat.


Foto Kredit: tescoliving.com

6. LEMON / LIMAU NIPIS
Selain cuka, lemon atau limau nipis juga merupakan sumber asid yang boleh membantu melembutkan daging dengan pantas.
Caranya sama, perahkan ke dalam rebusan atau perapkan bersama daging selama beberapa jam / semalaman sebelum dimasak.



7. BAKING SODA
Selain itu, anda juga boleh menggunakan baking soda untuk melembutkan daging dengan cepat. Caranya, perapkan daging dengan baking soda selama sekurang-kurangnya 15 minit. Kemudian, bilas bersih-bersih sebelum dimasak.
Foto Kredit: davidwolfe.com

8. BIJI / BUAH KURMA
Buah kurma atau bijinya adalah antara bahan yang boleh melembutkan daging. Letakkan 4-5 biji buah kurma ke dalam daging yang sedang dimasak dan daging akan melembut dengan cepat. Ia juga akan menjadi pemanis semulajadi yang enak apabila dimasak.
Bagi yang tak mahu ada rasa kurma dalam masakan, boleh gunakan bijinya saja.


www.merdeka.com

9.  GULA BATU
Masukkan beberapa ketul gula batu ke dalam rebusan daging. Insha Allah, akan menjimatkan masa untuk daging masak dengan lembut.


Foto Kredit: health.liputan6.com

10. CARA MEMASAK / POTONG DAGING YANG BETUL
Akhir sekali, pastikan potong daging berlawanan dengan urat daging tu. Bila masak pula, pastikanperiuk ditutup. Barulah daging akan cepat lembut.


Foto Kredit: jerkyholic.com

Foto Kredit: amazingribs.com via







Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 30-7-2020 06:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Daun nangka paling cepat empuk.. Laginsatu.. Daun janggus.. Arwah tok selalu guna daun janggus bila rebus daging.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 30-7-2020 06:27 AM | Show all posts
sarah82 replied at 30-7-2020 06:20 AM
Daun nangka paling cepat empuk.. Laginsatu.. Daun janggus.. Arwah tok selalu guna daun janggus bila  ...

sekali baca tadi daun janggut

oh tentu ada tanam dekat2 rumah kan?
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2020 06:29 AM From the mobile phone | Show all posts
trunks replied at 30-7-2020 06:27 AM
sekali baca tadi daun janggut

oh tentu ada tanam dekat2 rumah kan?

Ada... Hihihi..
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2020 10:29 AM | Show all posts
I do realize the way to cut the meat is the most accurate in my household. My mom would actually mad if we cut meat the wrong way. Wrong way in cutting the meat also will influence the outcome of cooking. If you have problem teeth, it will be hard to eat if you cut the meat wrong.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list