Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
666
View
6
Reply

[Jenayah] .. Kerana saya KJ, saya 'ditembak'

[Copy link]

Author: pyropura    From the mobile phone    Show all posts   Read mode

Author
Post time 2-8-2020 10:58 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Bekas ketua pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata beliau hanya menyampaikan pandangan ramai bahawa parti itu harus bergerak ke hadapan susulan keputusan bersalah terhadap bekas perdana menteri, Najib Razak.

Saya setia kepada parti. Saya cuma nyatakan perkara yang ramai sedang fikir cuma mungkin takut untuk sebut, ujarnya seperti dilapor Utusan Online hari ini.


Beliau berkata, Pengerusi Jemaah Penasihat Umno, Tengku Razaleigh Hamzah juga melontarkan pendapat hampir sama, namun hanya beliau menjadi sasaran pengkritik dalam parti itu.

Tengku Razaleigh cakap benda yang hampir sama. Yakni, minta pemimpin tertentu untuk memberi laluan. Tetapi beliau tidak dikecam macam saya.

"Mungkin mereka takut nak kecam atau perli Ku Li. Mesej sama tapi kerana KJ, pembawa mesej ditembak.

Saya tidak kisah pembawa mesej ditembak, tapi kalau tidak menghiraukan mesej yang dibawa, Umno akan terus dipandang serong oleh rakyat, katanya lagi.

Khairy sebelum ini berkata walaupun ahli parti itu berhak menyatakan sokongan terhadap Najib, namun ini adalah masa bagi Umno terus bergerak ke hadapan.

Susulan itu beliau menerima kritikan khususnya daripada kalangan penyokong Najib yang mendakwanya cuba menjadi 'hero' bagi menyelamatkan parti itu.

Terdahulu sebelum itu, Tengku Razaleigh menggesa Najib dan Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi agar memberi laluan kepada muka baru bagi menerajui parti itu.

Menurut Khairy, beliau tidak berniat bersikap biadab terhadap Najib apabila mengeluarkan kenyataan menggesa parti itu terus bergerak ke hadapan.

Saya tiada niat untuk biadab terhadap Najib. Beliau ada hak untuk buat rayuan. Saya cuma mahu Umno pandang dan bergerak ke hadapan," jelasnya.

Tambahnya, beliau juga sedar kenyataan tersebut akan mengundang kecaman meskipun hanya 'menyampaikan kebenaran walaupun pahit'.

Itu perkara biasa apabila kita sampaikan perkara yang benar tapi pahit, katanya.

Selasa lalu, Najib dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun bagi tujuh pertuduhan membabitkan salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram dalam kes berkaitan SRC International Sdn Bhd.

Secara keseluruhan, bekas presiden Umno itu dijatuhkan hukuman penjara 72 tahun, namun hakim mengarahkan hukuman dijalankan serentak.
Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 2-8-2020 11:01 PM | Show all posts
ada makna kaaa u bawa persona ini ?
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 2-8-2020 11:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Future PM insyaallah...
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2020 11:19 PM From the mobile phone | Show all posts
mbhcsf replied at 2-8-2020 11:01 PM
ada makna kaaa u bawa persona ini ?

eerr, eerrr eerr

Kau tak stim keww tengok abam kj?

kahkahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2020 11:25 PM | Show all posts
klu nak harapkan KJ bdak tingkat 4
MN takkan wujud...Umno masih dalam keadaan trauma/kelumpuhan selepas PRU 14
apa je contribution KJ selain mengharap dak twitter
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2020 11:33 PM | Show all posts
semakin lama diserang,
semakin cepat la kj-hisamudin-tokmat  join atok dlm pak berahim punya perkasa
utk wujudkan parti baru.



Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2020 06:47 AM From the mobile phone | Show all posts
iols rase zahid akan gune ape care utk slmtkan diri termasuk nak pru 15 cpat2 pastu lantik diri jd pm, slmtkan najib slmtkan diri die yg ade lg byk kes dr najib, tukar semue hakim, ubah sprm, buat police state lg teruk dr zmn najib
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list