Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
282
View
3
Reply

[Tempatan] 2 maut motosikal dirempuh kereta

[Copy link]

Author: FOTHER-MUCKER       Show all posts   Read mode

Author
Post time 3-8-2020 01:18 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 2-8-2020 09:20 AM






2 maut motosikal dirempuh kereta


Oleh Norzamira Che Noh
bhnews@bh.com.my






SHAH ALAM: Dua wanita warga Indonesia maut apabila motosikal ditunggang mereka dirempuh kereta dipandu seorang remaja dalam kemalangan di Lorong Mughni, Jalan Kebun, kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Superintendan Ramsay Anak Embol, berkata dalam kejadian kira-kira jam 10.20 malam, kedua-dua mangsa berusia 45 tahun itu meninggal dunia di lokasi nahas akibat parah di kepala.

Beliau berkata, kejadian difahamkan berlaku ketika kedua-dua mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha Ego membelok ke simpang sebelah kiri.

Pada masa sama, katanya, seorang remaja lelaki berusia 18 tahun yang memandu kereta jenis Proton Iswara dipercayai gagal mengelak lalu merempuh bahagian hadapan motosikal mangsa.

"Rempuhan kuat itu menyebabkan kedua-dua mangsa tercampak ke jalan raya," katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Beliau berkata, mayat kedua-dua mangsa kemudian dihantar ke Hospital Shah Alam untuk bedah siasat.

"Remaja berkenaan memiliki lesen memandu, manakala ujian saringan air kencing dan alkohol juga didapati negatif.

"Kita masih menyiasat punca sebenar kejadian itu. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.


Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 3-8-2020 02:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Antara sebab aku x bagi anak memandu sorang2. ...
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2020 02:50 PM | Show all posts
mesti indon dua ekor ni takde apa2 (kosong)...eloklah mammm..kurang 2 ekor indon kat mesia ni...
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2020 03:09 PM | Show all posts
Remaja baru dapat lesen mana nak pandu pelahan macam masa tengah belajar memandu dulu selalu nak laju je kerjanya mana tak membahayakan orang lain.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list