Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
333
View
0
Reply

[Tempatan] Penangan COVID-19. Graduan tahun 2020 ramai menganggur

[Copy link]

Author: R2D2       Show all posts   Read mode

Author
Post time 4-8-2020 11:45 PM | Show all posts |Read mode
Tangani isu pengangguran belia
Oleh Dr Muzaffar Syah Mallow


Penularan COVID-19 banyak memberi kesan kepada kehidupan di seluruh dunia. Negara maju seperti Amerika Syarikat (AS) pun melaporkan kadar pengangguran tinggi dalam sejarah negara mereka dengan jumlah pengangguran lebih 40 juta orang.

Mengikut kajian, antara golongan paling teruk terjejas akibat penularan COVID-19 adalah belia bawah usia 30 tahun yang majoritinya belum memiliki kestabilan kewangan kerana baru memulakan pekerjaan ataupun masih belum bekerja.

Isu pengangguran dalam kalangan belia sebenarnya bukan baharu. Beberapa faktor dikatakan menjadi pendorong seperti kurangnya aspek kemahiran tertentu seperti penguasaan bahasa Inggeris, faktor ketidakbolehan pasaran graduan akibat permintaan rendah majikan untuk kursus diambil graduan serta faktor terlalu memilih pekerjaan.

Isu ini tidak boleh dibiarkan berlaku. Belia perlu mendapatkan pekerjaan bagi menjana sumber pendapatan diri sendiri serta menampung keluarga. Belia juga khususnya yang baru tamat pengajian perlu mendapat sumber kewangan bagi membayar kembali pinjaman pendidikan masing-masing.

Pekerjaan dalam kalangan belia juga penting supaya golongan ini tidak berhijrah meninggalkan negara untuk mencari kerja di tempat orang yang akhirnya menyebabkan berlaku 'brain drain' atau kehilangan sumber manusia berkualiti dalam negara.

Oleh itu, penting semua pihak termasuk belia sendiri mengambil segala usaha dan langkah memastikan isu pengangguran tidak berterusan dalam negara atau meningkat mendadak.

Bagi kerajaan, dasar lebih jelas dan khusus perlu dirangka bagi memastikan peluang pekerjaan dapat diwujudkan bagi membantu golongan belia.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) perlu bekerjasama memberi pendedahan awal kepada belia mengenai peluang pekerjaan yang wujud dalam negara.

Pendedahan ini perlu dilakukan bermula pada peringkat awal lagi iaitu pada peringkat sekolah supaya belia dapat mengambil langkah perlu untuk bersiap sedia menghadapi dunia pekerjaan, selepas tamat proses persekolahan ataupun pengajian kelak.

Belia juga harus dilatih memiliki pelbagai kemahiran asas selain ilmu teori, supaya dapat menggunakan segala kemahiran dimiliki sebagai sumber pendapatan kelak.

Subjek kemahiran hidup diajar pada peringkat sekolah menengah juga perlu diperkuatkan supaya setiap pelajar dapat mengasah aspek kemahiran hidup untuk manfaat diri mereka.

Penting juga belia digalakkan menyambung pengajian mereka di institusi latihan dan kemahiran termasuklah sekolah dan kolej vokasional, selain berpusu-pusu menyambung pengajian di universiti.

Pandangan serong sesetengah pihak terhadap sektor latihan, kemahiran dan vokasional perlu diketepikan kerana sektor ini boleh memberi peluang pekerjaan yang banyak terhadap belia.

Bukan sahaja menyediakan peluang pekerjaan, sektor ini juga boleh memberi ruang kepada belia untuk mewujudkan peluang pekerjaan kepada orang lain.

Antara contoh bidang boleh diceburi adalah kejuruteraan mekanikal, kejuruteraan awam, kejuruteraan elektrik, perdagangan, pengurusan makanan, sains pertanian, bidang fesyen, seni kecantikan, pengurusan ladang, pengurusan perniagaan, pengaturcaraan komputer, pengurusan teknologi pejabat, hortikultur hiasan dan landskap serta lain-lain lagi.

Pada masa sama kerajaan perlu melihat kembali dasar pengambilan pekerja asing dalam negara. Memandangkan negara menghadapi pelbagai masalah akibat penularan COVID-19, penting supaya sektor pekerjaan dalam negara termasuk sektor 3D (kotor, susah, dan bahaya) diberikan keutamaan kepada warga tempatan bagi mengelak isu pengangguran membelenggu terutama dalam kalangan belia.

Penulis ialah Pensyarah Kanan Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list