Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
12Next
Return to list New
1119
View
24
Reply

[Dunia] Tuntutan pembaharuan Raja Thai gagal

[Copy link]

Author: Burong_Hantuk       Show all posts   Read mode

Author
Post time 18-10-2020 08:40 AM | Show all posts |Read mode
TUNJUK perasaan melibatkan ribuan pelajar universiti yang berlaku sejak 10 Ogos lalu di Bangkok sehingga menyebabkan kerajaan Thailand terpaksa mengisytiharkan perintah darurat di ibu kota itu mulai jam 4 pagi Khamis lalu sebenarnya bukan untuk menghapuskan institusi beraja di negara itu.


Sebaliknya, ia menuntut supaya 10 pembaharuan dilakukan ke atas institusi beraja yang sudah berdekad-dekad bertapak ketika negara itu dikenali sebagai Siam.

Raja Thailand ketika ini adalah daripada salur galur keturunan Rama 1 iaitu bekas jeneral tentera yang telah mengasaskan Dinasti Chakri dan menguasai takhta Thailand pada tahun 1782 berikutan kematian Raja Taksin akibat kebuluran kerana melarikan diri disebabkan ibu kota Siam ketika itu, Ayutthaya jatuh ke tangan Burma atau dikenali sebagai Myanmar pada tahun 1767.

Salah satu tunjuk perasaan yang diadakan itu telah dihadiri sehingga lebih 10,000 orang di Bangkok dan para penunjuk perasaan pula menggunakan tabik tiga jari seperti dalam filem Hollywood, Hunger Games dalam tunjuk perasaan bagi menuntut pembaharuan itu dilaksanakan.

Para penunjuk perasaan juga meminta supaya parlimen dibubarkan dan perlembagaan negara digubal semula selepas pindaan dibuat sebelum ini bagi membenarkan Raja Thailand, Raja Maha Vajiralongkorn berada di luar negara tanpa melantik pemangku raja manakala Perhimpunan Kebangsaan meminda undang-undang hartanah diraja bagi membenarkan baginda mengawal sepenuhnya Biro Hartanah Mahkota.

Bagaimanapun, tuntutan itu ditolak oleh Perdana Menteri, Prayut Chan-O-cha yang juga bekas ketua tentera Thailand yang pernah melakukan rampasan kuasa secara aman pada tahun 2014.

Isu mengenai raja dianggap 'suci' di negara tersebut sehingga terdapat undang-undang kesalahan menghina raja dikenali sebagai lese majeste.

Pada peringkat awal tunjuk perasaan itu, Prayuth pernah berkata bahawa Raja Maha Vajiralongkorn yang menaiki takhta pada tahun 2016 selepas kemangkatan ayahanda baginda, Raja Bhumibol Adulyadej telah memintanya supaya tidak menangkap sesiapa sahaja dengan menggunakan undang-undang tersebut.

Pemansuhan undang-undang tersebut yang membawa hukuman penjara sehingga 15 tahun ke atas orang awam jika disabit menghina raja adalah antara salah satu tuntutan para pelajar universiti tersebut.

Menurut portal berita New Mandala, tuntutan lain para pelajar universiti tersebut ialah menggugurkan imuniti undang-undang dinikmati oleh raja, memansuhkan undang-undang lese majeste selain mengampunkan banduan yang melakukan kesalahan di bawah undang-undang tersebut dan membuat pembahagian jelas antara aset peribadi raja dengan harta kerajaan.

Para pelajar tersebut turut menuntut supaya mengurangkan pemberian cukai terhadap institusi beraja, menghapuskan semua pejabat diraja, mendedahkan semua wang yang diberikan kepada badan kebajikan diraja, raja dilarang menyuarakan pendapat politik, menghapuskan semua propaganda diraja, siasat kehilangan dan kejadian pembunuhan akibat mengkritik raja serta raja tidak dibenarkan memberikan persetujuan terhadap rampasan kuasa.

Kerajaan Thailand tidak tunduk paksaan

Walaupun tunjuk perasaan masih berlangsung sehingga Jumaat lalu ketika perintah darurat masih dikuatkuasakan, Perdana Menteri Thailand pada Jumaat masih enggan tunduk terhadap desakan mereka supaya meletakkan jawatan.

Beliau mendakwa tidak melakukan apa-apa kesalahan selain berkata, darurat itu mungkin ditamatkan lebih awal dan tidak selama 30 hari jika situasi di Bangkok dapat pulih dengan segera.

Namun, tuntutan itu tidak seperti dakwaan yang dibuat oleh para penyokong pemerintahan beraja bahawa para pelajar universiti itu mahu memansuhkan sistem monarki negara berkenaan sebaliknya mereka hanya mahukan pembaharuan dilakukan terhadap institusi tersebut.

Konflik itu juga berlaku ketika pandemik koronavirus (Covid-19) masih melanda negara tersebut dan isu Raja Thailand kerap berada di Jerman dan bukannya di tanah air baginda.

Menteri Luar Jerman, Heiko Mass pernah membuat komen pada 7 Oktober lalu bahawa: "Politik berkaitan Thailand tidak sepatutnya dikendalikan dari Jerman."

Beliau membuat kenyataan itu di Parlimen negara itu bagi menjawab soalan seorang ahli parlimen berhubung desakan tentang pembaharuan demokrasi di Thailand.

Jawapan itu juga dipercayai merujuk kepada Raja Maha Vajiralongkorn, 68, yang menggunakan gelaran Rama X kerana baginda banyak menghabiskan masa tinggal di negeri Bavaria, Jerman.

Ibu Raja Thailand tersebut, Ratu Sirikit juga dilaporkan pernah mengelarkan anakanda kedua itu sebagai 'sedikit seperti Don Juan' iaitu watak dalam kisah fiksyen popular Barat kerana suka memikat wanita dan diketahui telah berkahwin sebanyak empat kali.

Permintaan para penunjuk perasaan itu juga berlaku selepas baginda menjadi Raja Thailand.

Kekayaan baginda didapati semakin bertambah sehingga dinobatkan oleh majalah CEO World Magazine pada tahun lalu sebagai yang paling kaya di dunia.

Baginda dikatakan memiliki anggaran kekayaan sebanyak AS$43 bilion (RM178.39 bilion) mengatasi Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah sebanyak AS$28 bilion (RM116.16 bilion) dan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz sebanyak AS$18 bilion (RM74.67 bilion).

Berikutan tunjuk perasaan itu yang didakwa oleh kerajaan Thailand boleh mengancam keselamatan negara, Raja Maha Vajiralongkorn bertitah baru-baru ini bahawa negara ini memerlukan orang yang menyintai negara dan menyayangi monarki menerusi satu rakaman dan disiarkan di televisyen negara tersebut pada Jumaat lalu.

Baginda tidak membuat komen tentang tunjuk perasaan itu.

Walau apa pun, tunjuk perasaan masih diteruskan sehingga pada Jumaat lalu apabila polis terpaksa menggunakan meriam air bagi menyuraikan para pelajar yang berazam mahu tuntutan mereka itu dilaksanakan.

Justeru, konflik pembaharuan institusi beraja itu masih belum berakhir di Bangkok walaupun 65 aktivis dilaporkan telah ditangkap sejak Selasa lalu termasuk sembilan tokoh dalam pergerakan pro-demokrasi itu.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 18-10-2020 08:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Ckp je direct korang nak kakak si Rama 10 ni naik takhta.. Kakak dia lebih layak.. Anyway cash la utk the rama sbb dapat keturunan hamjad.. Sejenis raja bancul yg tak kisah tentang negara sendiri waktu negara tengah bergelut dgn wabak dan ekonomi.

Iols penyokong Pattani Raya
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2020 09:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku rengsa pulak bila salah fakta..

Taksin The Great ni yg satu2nya raja dari house of Thonburi. Dia yg membebaskan siam dari penjajahan Burma selepas kejatuhan Ayutthaya kali kedua ke tangan Burma.. Dia menyatukan panglima2 perang siam dan berjuang bawah 1 bendera yg sama.. Dan selepas tu dia juga yg pindahkan ibu kota ke Thonburi.  Dia ni digulingkan sebab rakyat siam tak puas hati sbb dia dianggap bukan pure siam.. Taksin berketurunan leluhur cina.

Jadi Rama 1st aka Phra Phutthayotfa Chulalok Maharaj yg juga kawan baik Taksin the Great ni sendiri yg ketuai pemberontakan terhadap Taksin.

Jadi celah bedah mana taksin mati kebuluran?
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2020 09:33 AM From the mobile phone | Show all posts
madey tu suka la  bende2. gini
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2020 10:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by nazzse at 18-10-2020 03:01 AM
sarah82 replied at 18-10-2020 12:55 AM
Ckp je direct korang nak kakak si Rama 10 ni naik takhta.. Kakak dia lebih layak.. Anyway cash la ut ...


Adik dia la tu Sarah, Princess 'Angel' Sirindhon yang baik dengan rakyat & sebijik menurun perangai the late king bhumibol
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2020 11:11 AM From the mobile phone | Show all posts
nazzse replied at 18-10-2020 10:59 AM
Adik dia la tu Sarah, Princess 'Angel' Sirindhon yang baik dengan rakyat & sebijik menurun peran ...

Aku ingat kakak dia.. HahahHa.
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2020 11:12 AM From the mobile phone | Show all posts
https://www.google.com/amp/s/www.insider.com/thailand-king-maha-vajiralongkorn-everything-we-know-2019-8%3famp

Thailand's playboy king is reportedly holed up in a luxury hotel in the Bavarian Alps with 20 women while the rest of Germany's hotels remain closed to tourists. Here's everything we know about King Rama X.

Alexandra MaandMelissa Wiley

Apr 3, 2020, 1:00 PM

Dasat wooo
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2020 11:15 AM From the mobile phone | Show all posts
kalau raja siam melingkup.boleh la cina murtad kat thai pakai nama cina bahasa cina dan berbudaya cina kembali. kesian cina murtad kat sana demi dapat ic thailand kena jadi bangsa thai.bersyukur la cina kat malaysia.
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2020 11:32 AM From the mobile phone | Show all posts
ntah la, raja ni ada anak2 lelaki kt usa, tp xde hak utk warisi takhta, dia bg kt anak lelaki yg ex bini dia ada gambar diperlakukan sbg dog aritu.
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2020 11:33 AM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 18-10-2020 03:11 AM
Aku ingat kakak dia.. HahahHa.

Kakak dia stay dekat US tu, yg kena buang tittle sebab kahwin dgn kokosen sana. King no 2
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2020 11:46 AM From the mobile phone | Show all posts
nazzse replied at 18-10-2020 11:33 AM
Kakak dia stay dekat US tu, yg kena buang tittle sebab kahwin dgn kokosen sana. King no 2

Anak kak dia yg mati masa tsunami dulu.
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2020 11:48 AM From the mobile phone | Show all posts
angelofish replied at 18-10-2020 11:15 AM
kalau raja siam melingkup.boleh la cina murtad kat thai pakai nama cina bahasa cina dan berbudaya ci ...

Ni bukan raja siam.. Rama adalah bangsa Tai/Thai bangsa yg lari dari perang lepas kalah dgn tentera Dinasti Song/Ming.. Jadi Bangsa Thai including si Rama ni bukan bangsa siam.. Depa terpaksa associate diri sebagai Siam supaya nampak berhak atas takhta kerajaan Siam.. Yg siam betul skrg berada di ligor dan utara malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2020 11:50 AM | Show all posts
angelofish replied at 18-10-2020 11:15 AM
kalau raja siam melingkup.boleh la cina murtad kat thai pakai nama cina bahasa cina dan berbudaya ci ...

Ko main hembus ja kan?

Current generation cina Thailand cuma acknowledge dia darah cina tapi tiada minat langsung nak jadi cina. CNY pun dorang pergi kerja ya, tak celebrate pun. Mereka sangat bangga sebagai orang Thai. Banyakkan lagi bergaul sister.


Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2020 12:11 PM | Show all posts
sarah82 replied at 18-10-2020 09:08 AM
Aku rengsa pulak bila salah fakta..

Taksin The Great ni yg satu2nya raja dari house of Thonburi. ...

sis sarah ni mmg knowledhgeable ye bab sejarah ni.
dulu masa studi mmg majoring sejarah ke
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2020 12:12 PM | Show all posts
Tinot7 replied at 18-10-2020 11:12 AM
https://www.google.com/amp/s/www.insider.com/thailand-king-maha-vajiralongkorn-everything-we-know-20 ...

jerman dh halau balik dah. dont rule your country from our soil katanya.tk tau la mana dia sekarang.atau masih keras kat jerman lagi
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2020 12:17 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 18-10-2020 11:48 AM
Ni bukan raja siam.. Rama adalah bangsa Tai/Thai bangsa yg lari dari perang lepas kalah dgn tenter ...

ooo siam dengan thai lain lain..baru tau.
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2020 12:18 PM From the mobile phone | Show all posts
angelofish replied at 18-10-2020 12:17 PM
ooo siam dengan thai lain lain..baru tau.

Lain.. Siam kulit mcm kita org Melayu.. In fact tak salah aku Melayu dan siam berkongsi moyang perempuan yg sama berdasarkan DNA Mitokondria
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2020 12:20 PM From the mobile phone | Show all posts
helicornia replied at 18-10-2020 12:11 PM
sis sarah ni mmg knowledhgeable ye bab sejarah ni.
dulu masa studi mmg majoring sejarah ke

Tak la..iols SPM tak habis kata forumer urban berkerak.. Hahahahahahahah.
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2020 12:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 18-10-2020 11:50 AM
Ko main hembus ja kan?

Current generation cina Thailand cuma acknowledge dia darah cina tapi ti ...

kesian nye..hilang identity asal.tapi yang penting i suka pelakon cina thai hansem hansem.kalau pelakon jongos tu i boleh agak bangsa mana
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2020 12:22 PM | Show all posts
sarah82 replied at 18-10-2020 08:55 AM
Ckp je direct korang nak kakak si Rama 10 ni naik takhta.. Kakak dia lebih layak.. Anyway cash la ut ...

Kerajaan Patani merangkumi wilayah Patani,Yala,Narathiwat adalah sebahagian daripada kerajaan-kerajaan melayu zaman dahulu. Sungguh sedih ia jatuh ke kerajaan siam. Siam banyak menyerang negeri-negeri Melayu waktu tu.
Suatu hari nanti orang melayu di sana tak akan lagi dapat berbahasa melayu.

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list