Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
123Next
Return to list New
2844
View
42
Reply

[Tempatan] Gombak - Pelanggan tidak mahu beredar, pemilik restoran dikompaun

[Copy link]

Author: Burong_Hantuk       Show all posts   Read mode

Author
Post time 18-10-2020 08:43 AM | Show all posts |Read mode
Gombak: Pemilik restoran memberi alasan pelanggannya enggan beredar menyebabkan premisnya di Sri Gombak, di sini, terpaksa tutup lambat.

Lelaki itu dikesan melakukan kesalahan itu dalam Operasi Khas Pematuhan PKPB di sini, malam tadi.

Dalam operasi kira-kira 10 malam itu, lelaki berusia 40-an berkenaan memberitahu ada beberapa pelanggan enggan beredar walaupun dia sudah mengarahkan mereka berbuat demikian.

Menurutnya, dia tahu tanggungjawabnya yang sepatutnya menutup operasi restorannya sebelum 10 malam susulan arahan waktu operasi premis ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

"Saya tahu (restoran) kena tutup awal tapi ada beberapa pelanggan lagi yang enggan beredar kerana mendakwa mereka sedang makan.

"Keadaan itu menyebabkan saya terpaksa menutup restoran sedikit lambat hari ini," katanya ketika ditemui di lokasi terbabit, semalam.

Pemilik restoran terbabit antara tujuh individu yang dikompaun dalam operasi yang dijalankan di beberapa premis di Sri Gombak serta Pasar Borong Selayang di sini.

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, seramai 16 pegawai dan 40 anggota terbabit dalam operasi yang bermula pada 9 malam.

"Tujuh kompaun dikeluarkan membabitkan pelbagai kesalahan termasuk tidak membuat pendaftaran melalui aplikasi MySejahtera atau menulis maklumat pada buku disediakan oleh premis berkenaan.

"Selain itu, ada juga pemilik premis yang dikompaun selepas didapati beroperasi melebihi daripada tempoh dibenarkan serta gagal menyelenggara buku pendaftaran pelanggan.

"Kami turut menahan dua lelaki warga asing yang didapati berniaga di tepi jalan di kawasan Pasar Borong Selayang," katanya ketika sidang media selepas mengetuai operasi berkenaan.

Arifai berkata, pihaknya sudah mengeluarkan kira-kira 70 kompaun termasuk malam tadi bagi tempoh empat hari pelaksanaan PKPB di daerah itu.

"Kami akan sentiasa melaksanakan seperti operasi ini sepanjang tempoh PKPB bagi memastikan orang ramai mematuhi arahan pihak berkuasa.

"Tindakan penguatkuasaan adalah penting bagi memastikan orang ramai tidak leka daripada terus mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan dalam usaha memutuskan rantaian penularan Covid-19 khususnya di daerah ini," katanya.

image.png

kredit - harian metro

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 18-10-2020 08:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Marhaen miskin jugak yg kena kompaun.. politik ok jahh
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2020 08:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Nasib ko la....dh tau pkl 10 kena tutup, patut 9:30 dh siap2 berkemas.
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2020 08:52 AM | Show all posts
Benda ni sama jer ngan ahli poliTAIK Malaysia, tak berani nak hapuskan sekolah Vernakular demi menjaga hati pengundi.. Gitu jugak tokey restoran demi nak jaga hati pelanggan sanggup langgar undang2....... Dulu pernah aku sound satu restoran yg tak berani tegur pelanggan isap rokok, walhal terpampang besar sticker DILARANG MEROKOK.........
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2020 09:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Yg warga asing tu mesti leluhur parashit myanmar.. leluhur parashit
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2020 09:18 AM From the mobile phone | Show all posts
10 da nak tutup. 9.30 patut da stop ambik order. Patut la ko jd tokey restoran je x jd tokey bank.

Ko tgk mcm mn bank running bisnes. Very professional. X cukup dokumen bolayan.
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2020 09:23 AM | Show all posts
jofizo replied at 18-10-2020 08:48 AM
Nasib ko la....dh tau pkl 10 kena tutup, patut 9:30 dh siap2 berkemas.

Kan... 9.30 tu jerit la "last order". Benda simple je kot..lepas tu acak2 terinaya dek customer.

Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2020 09:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Patut pdrm bangsar buat camni gak..pub2 bukak mcm biasa..
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2020 09:58 AM From the mobile phone | Show all posts
mejaputih replied at 18-10-2020 09:25 AM
Patut pdrm bangsar buat camni gak..pub2 bukak mcm biasa..

Serious? Kalau gitu, ni dah double standard..
Makin pelik dgn org yang diberikan amanah sekarang ni..
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2020 10:10 AM From the mobile phone | Show all posts
najib888 replied at 18-10-2020 09:58 AM
Serious? Kalau gitu, ni dah double standard..
Makin pelik dgn org yang diberikan amanah sekarang ...

Saya baca foumer komen di thread sebelah..thread pkpb dilanjutkan tu
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2020 10:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Kurex replied at 18-10-2020 01:14 AM
Yg warga asing tu mesti leluhur parashit myanmar.. leluhur parashit

Rasanya i tahu kedai mana yg kena saman ni.
Banana leaf atau pandan leaf mcm tu la
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2020 11:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Awat tak ikut sop?

Menurutnya, dia tahu tanggungjawabnya yang sepatutnya menutup operasi restorannya sebelum 10 malam susulan arahan waktu operasi premis ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2020 11:25 AM | Show all posts
Betul tu patut pukul 9.30 mlm dah stop ambik order atau benarkan pelanggan masuk.  Sebab tu bukan mudah nak kawal bila pkpb diadakan.  Masa pertama kali dulu mungkin mudah sebab pertama kali dilakukan ramai yang mahu patuhi undang2.  Bila masuk kali ke 2 pasti ramai mula bosan tambah kalau yang dari awal masih patuhi semua sop pasti akan rasa marah berbanding mereka yang dah biasa langgar sop.  Pendekatan lock ikut kawasan merah macam di Masjid India dulu tu pastinya lebih berkesan bagi kawasan yang ada banyak bilangan kesnya.
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2020 01:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Jam 10 Covid19 punch card..
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2020 01:12 PM | Show all posts
Ade pengalaman dgn restoran mknn segera....lg stgh jam nak tutup tp dah tung tang tung tang kemas kerusi meja mcm nk mnghalau balik je....haaa buat la mcm tu,tak pun kemas2 je la semua tgglkn meja kerusi diorg je....
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2020 01:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Pizza hut kat tempat iols kul 8.30 pm dah tak ambik order masa pkpb ni. Maka, customer terpaksalah telan ailio saja di luar pintu resto
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2020 01:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Time prn Sabah haritu byk jah bukti terang2 puak2 umngok xikut sop, tpi aman2 jah dilepaskan. Marhaen xsmpai sehari dh keluar kompaun. Mmg dabel standard yah!
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2020 02:45 PM From the mobile phone | Show all posts
kemas2 tutup je lampu tu lain kali
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2020 07:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Ko tutop jelah lah pukul 9.. kul 8.30 last order.. kalau customer bising cakap je lah kedai aku suka lah nk bukak tutup pukul berapa.. setakat hilang satu dua customer dibanding kompaun 1K tu..
Benda mcm ni pun nk kena ajar ke??
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2020 06:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 18-10-2020 11:00 AM
Awat tak ikut sop?

Menurutnya, dia tahu tanggungjawabnya yang sepatutnya menutup operasi restoran ...

Customers tengah makan katanya..Customers tu y taknak balik sbb belum habis mkn lg..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list