Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
824
View
11
Reply

[Jenayah] Markas sindiket didalangi warga China diserbu, RM2.5 juta dirampas

[Copy link]

Author: Burong_Hantuk       Show all posts   Read mode

Author
Post time 18-10-2020 08:48 AM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Polis membongkar kegiatan sindiket dipercayai terbabit dengan aktiviti mempromosikan pelacuran, penipuan serta urus niaga mata wang krypto bagi pasaran di China yang membawa kepada penemuan wang tunai kira-kira RM2.5 juta.
Wang tunai berkenaan ditemui di dalam tiga beg pakaian oleh sepasukan pegawai serta anggota Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman dalam serbuan di sebuah rumah di Jalan Desa Bukit Tiara, di sini, malam tadi.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed berkata, serbuan di rumah berkenaan dilakukan susulan serbuan di sebuah kondominium di Kajang, Selangor, 2 petang, semalam.
Katanya, dalam serbuan itu, polis menahan tujuh lelaki dan seorang wanita warga China berusia antara 21 hingga 28 tahun.
"Hasil tangkapan itu, kami membuat serbuan di sebuah rumah di Jalan Desa Bukit Tiara yang membawa kepada penahanan lapan lagi individu termasuk dua warga tempatan berusia antara 22 hingga 48 tahun.
"Pemeriksaan dilakukan terhadap beberapa bilik di rumah berkenaan menemui wang tunai berjumlah kira-kira RM2.5 juta yang diletakkan di dalam tiga beg pakaian berasingan," katanya ketika ditemui pada sidang media di rumah berkenaan, malam tadi.
Huzir berkata, siasatan dilakukan terhadap dua komputer riba di unit kondominium di Kajang terbabit mendapati sindiket berkenaan dipercayai melakukan aktiviti mempromosikan kegiatan pelacuran di China.
"Malah, siasatan dilakukan juga mendapati terdapat kegiatan seakan penipuan dikesan dilakukan sindiket berkenaan yang mensasarkan mangsa di China.
"Pemeriksaan terhadap komputer di rumah ini pula (Jalan Desa Bukit Tiara) pula mendapati terdapat aplikasi yang menjurus kepada urus niaga mata wang krypto.
"Berdasarkan penemuan ini, kami percaya sindiket ini menjalankan kegiatan haram bagi pasaran China dan kami tidak menolak kemungkinan wang tunai yang ditemui berkenaan adalah hasil aktiviti (haram) berkenaan," katanya.
Beliau berkata, siasatan awal dilakukan mendapati semua suspek warga China yang ditahan dipercayai berada di negara ini dan menjalankan kegiatan berkenaan sejak dua bulan lalu.
"Kami percaya dua warga tempatan yang ditahan dalam serbuan ini berperanan sebagai koordinator kepada sindiket berkenaan. Antara tugas mereka termasuk mencari rumah untuk dijadikan sebagai pusat operasi sindiket terbabit.
"Kami percaya ada banyak pusat panggilan seumpama ini di sini (negara ini) yang menjalankan kegiatan haram dengan pasaran di China termasuk aktiviti penipuan seperti Macau Scam.
"Justeru, ada kemungkinan sindiket ini juga terbabit dengan kegiatan pengubahan wang haram kerana wang sebanyak itu (RM2.5 juta) tidak disimpan di dalam bank seperti kebiasaannya," katanya.
Katanya, dalam serbuan di dua lokasi berasingan, pihaknya turut merampas lima komputer riba, dua tablet, 24 telefon bimbit dan sejumlah dadah sintetik selain wang tunai kira-kira RM2.5 juta berkenaan.
"Kes itu disiasat mengikut Seksyen 372b Kanun Keseksaan bagi kesalahan mempromosikan kegiatan pelacuran.
"Selain itu, kes berkenaan juga disiasat mengikut Akta Rumah Judi Terbuka 1953 serta Akta Imigresen 1959/63," katanya.
▶️𝗛𝗮𝗿𝗶𝗮𝗻 𝗠𝗲𝘁𝗿𝗼
image.png



image.png


Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 18-10-2020 10:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Perghhh.. complete set.. aktiviti black economy...
Scam. Pelacuran.. dadah.. money laundering..
Penguatkuasa sebelum ni dok tidoq kot?la ni baru mangkit ok la.. better late than never..
Tapi jgn dok buat lupa pasai kes dato terbang lompat pagaq SPRM tu ye..
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2020 10:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Patut le US pun bagi rating tak baguih kat kita. Sememangnya Malaysia adalah lubuk segala jenayah international..
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2020 11:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Benang dah ada
Momod boleh tolong mergekan tak?
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2020 01:57 PM From the mobile phone | Show all posts
najib888 replied at 18-10-2020 10:17 AM
Perghhh.. complete set.. aktiviti black economy...
Scam. Pelacuran.. dadah.. money laundering..
P ...

Duit 2.5m tu boleh buat upgrade pagar sprm.buat pagar karan ke
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2020 03:34 PM From the mobile phone | Show all posts
baguih dok ada..
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2020 07:38 AM From the mobile phone | Show all posts
I like this. Among the more holistic ventures - crypto, cunts combined.

Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2020 08:23 AM From the mobile phone | Show all posts
najib888 replied at 18-10-2020 10:28 AM
Patut le US pun bagi rating tak baguih kat kita. Sememangnya Malaysia adalah lubuk segala jenayah in ...

Nak buat mcm Mana gangster kongsi gelap dgn atok mafia illuminati bergabung
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2020 08:24 AM From the mobile phone | Show all posts
najib888 replied at 18-10-2020 10:17 AM
Perghhh.. complete set.. aktiviti black economy...
Scam. Pelacuran.. dadah.. money laundering..
P ...


Politik Madey PH di fund oleh mafia DAP Screenshot_20201019-065143.png
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2020 08:38 AM | Show all posts
siyes la... dok semeja kauuuu..... humangaiiii
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2020 08:44 AM | Show all posts
najib888 replied at 18-10-2020 02:17 AM
Perghhh.. complete set.. aktiviti black economy...
Scam. Pelacuran.. dadah.. money laundering..
P ...

One stop centre gitchuuu ......
dia borong habis ..... hahahaha

pastu nanti boleh la join venture ngan instapemes ... retis sendu sayang isteri ..... untuk cuci2 the musical
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2020 08:46 AM | Show all posts
Rupanya ramai bergelar dato n datin...berselindung disebalik nama....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list