Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
272
View
5
Reply

[Tempatan] AirAsia X akan tutup operasi di Indonesia pulak

[Copy link]

Author: R2D2       Show all posts   Read mode

Author
Post time 18-10-2020 11:01 AM | Show all posts |Read mode
bharian.com.my
AirAsia X cadang tutup operasi di Indonesia
Oktober 18, 2020 @ 1:36am

JAKARTA: AirAsia X Bhd bercadang menutup operasinya di Indonesia dalam usaha untuk bertahan impak pandemik yang menyebabkan pesawatnya tersadai sejak akhir Mac.

Syarikat penerbangan tambang murah jarak jauh milik AirAsia Group Bhd menjual 49 peratus dalam Thai AirAsia X, kata Timbalan Pengerusinya, Lim Kian Onn kata dalam satu temu bual dengan akhbar The Star.

Usaha itu dilaksanakan di tengah-tengah pelan penstrukturan semula untuk menyelesaikan kira-kira RM63.5 bilion hutang dan menyelamatkannya daripada lumpuh.

Cadangan itu memerlukan kelulusan daripada pelabur dan pemiutang.

Rundingan awal dengan pemiutang sangat sukar kerana mereka sudah kecewa, kata Lim dalam temu bual itu.

Mereka meminta syarat yang lebih baik, termasuk ekuiti percuma untuk hutang yang dilupuskan - sesuatu yang mustahil untuk dipenuhi syarikat penerbangan, katanya.

Namun, Lim mengatakan bahawa mereka semua benar-benar ingin mencari jalan bersama untuk membawa syarikat penerbangan maju ke hadapan.

"Tidak ada yang mendapat keuntungan dari pengakhiran kami," katanya.

Syarikat penerbangan itu merancang untuk meneruskan penerbangan pada suku pertama, walaupun prosesnya tetap 'dinamik', kata Lim.

Sekiranya rancangan menyelamat mendapat persetujuan, syarikat harus merundingkan semula setiap kontrak dan akan melakukan yang terbaik untuk menjaga kepentingan semua pihak yang berkepentingan, katanya. - Bloomberg
Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 18-10-2020 11:13 AM | Show all posts
sekejap je pandemik mcm ni meruntuhkan ekonomi.
harap wujudnya idea yg lebih bernas utk penstrukturan semula ekonomi dlm semua bidang spy effect tak memberi kesan yg besar dengan pekerja2.



Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2020 11:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Tutup gak yg route Oz please. Meluat tgk rempit2 kasta rendah dtg keje petik buah apply protection visa kt sini
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2020 11:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Tunggu sampai lepas wabak la
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2020 11:25 AM | Show all posts
Ini bukan news

kalau bukak route baru baru lah terkejut

Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2020 11:36 AM | Show all posts
berakhirnya era pelancongan hipstur
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list