Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
12Next
Return to list New
1259
View
38
Reply

[Tempatan] PKPB. Ada bagi alasan htr anak, nak bercuti utk rentas daerah, negeri

[Copy link]

Author: R2D2       Show all posts   Read mode

Author
Post time 18-10-2020 11:25 AM | Show all posts |Read mode
hmetro.com.my
Hantar anak, bercuti antara alasan remeh rentas negeri
Nurul Hidayah Bahaudin
2-3 minutes

Gombak: Mahu hantar anak ke kampung serta bercuti atau mahu menghadiri majlis perkahwinan di negeri lain yang tidak dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Itu antara alasan remeh diberikan oleh beberapa individu yang terpaksa ditolak permohonan dibuat mereka untuk melakukan pergerakan rentas negeri bermula sejak empat hari lalu.

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, pihaknya menerima sebanyak 1,587 permohonan daripada orang ramai yang mahu melakukan pergerakan rentas sempadan negeri bagi tempoh empat hari berkenaan.

"Daripada jumlah itu, 1,555 permohonan diluluskan untuk tujuan perubatan, kematian, urusan kecemasan serta keperluan lain.

"Pada masa sama, sebanyak 32 permohonan ditolak atas alasan remeh seperti mahu bercuti atau menghadiri majlis perkahwinan di luar kawasan PKPB di negeri lain serta mahu menghantar anak balik kampung tanpa sebarang tujuan penting," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengetuai Operasi Khas Pematuhan PKPB di sekitar Pasar Borong Selayang dan Sri Gombak di sini, malam tadi.

Dalam operasi sama, beliau turut meluangkan masa melakukan tinjauan penugasan sekatan jalan raya (SJR) di Plaza Tol Gombak di kedua-dua arah.

Arifai berkata, mana-mana individu yang ingkar arahan PKPB boleh diambil tindakan termasuk dikompaun mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Peraturan (11) 1 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020.

"Saya nasihatkan orang ramai supaya menjaga kesihatan serta keselamatan diri dan orang lain bagi memutuskan rantaian penularan Covid-19.

"Jika tiada keperluan mendesak, orang ramai dinasihatkan supaya terus kekal berada di rumah bagi mengelakkan terdedah dengan risiko jangkitan virus berkenaan," katanya.

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 18-10-2020 11:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Apa la... yg nak bercuti tu tak sedar diri ke?
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2020 11:48 AM From the mobile phone | Show all posts
ada yg x amik serius pkpb ni.. aku gi pasar still nampak ada yg bawa bebudak.. tp x sure la pulak kalau alasan xde org nak jaga budak kat rumah.. tp tu la.. nampak mcm bukan pkpb pun.. suasana mcm biasa je..
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2020 11:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Rentas daerah boleh je kan....smlm pi balai polis ...polis kata boleh je dari shah alam nk pi pj...KL....asalkan berdua atau kurang...
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2020 11:56 AM From the mobile phone | Show all posts
noor2 replied at 18-10-2020 11:54 AM
Rentas daerah boleh je kan....smlm pi balai polis ...polis kata boleh je dari shah alam nk pi pj...K ...

Pulak kejap boleh kejap tak.
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2020 11:57 AM From the mobile phone | Show all posts
makadek replied at 18-10-2020 11:56 AM
Pulak kejap boleh kejap tak.

Katanya jgn rentas negeri sudah..

Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2020 11:57 AM From the mobile phone | Show all posts
little_sis replied at 18-10-2020 11:48 AM
ada yg x amik serius pkpb ni.. aku gi pasar still nampak ada yg bawa bebudak.. tp x sure la pulak ka ...

Mcm mana nk serius, kerajaan pon ambik smbil lewa. Angka tertinggi tp setakat pkpb. Org ikut apa kerajaan punya sop. Dah boleh bawak budak, bawak je lah. Yg wajib kuarantin pon xikut apatah lg yg x ada berkait apa2

Sama mcm pegi sekolah kalau rules ckp boleh pakai apa2, jgn salahkan student klau ada pakai bikini jah. Mmg wrong morally tp dah itu rulesnya.
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2020 11:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Struggle utk melawan covid19 sama naik dgn nak melayan those oxymoron yg tak nak ikut rules/sop.

Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2020 12:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Meluat dh aku dgn bapak si dafi...
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2020 12:24 PM From the mobile phone | Show all posts
noor2 replied at 18-10-2020 03:54 AM
Rentas daerah boleh je kan....smlm pi balai polis ...polis kata boleh je dari shah alam nk pi pj...K ...

Tak boleh sepatutnya. Dari cyberjaya nak ke putrajaya tu pun kena soal bukan main klu takda alasan. Kerja & kecemasan sahaja dibolehkan
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2020 12:29 PM From the mobile phone | Show all posts
anony-mous replied at 18-10-2020 11:57 AM
Mcm mana nk serius, kerajaan pon ambik smbil lewa. Angka tertinggi tp setakat pkpb. Org ikut apa k ...

Semua pun salah. Kalau buat pkp pun ada je rakyat bising...buat apa pun salah skrg ni di pandangan mata org yg tak suka.  Sebenarnya virus ni mmg ada dah sblm merebak hari tu...cuma masa tu takde saringan dlm skala bsr dibuat sbb kes kecil...cuba buat saringan drpd hr tu sure byk juga sbb dah lama dah rakyat gagal patuh sop.
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2020 12:31 PM From the mobile phone | Show all posts
pi sebar kat negeri lain pulak
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2020 12:39 PM From the mobile phone | Show all posts
nazzse replied at 18-10-2020 12:24 PM
Tak boleh sepatutnya. Dari cyberjaya nak ke putrajaya tu pun kena soal bukan main klu takda alasan ...

Itulah sepatutnya....
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 18-10-2020 02:34 PM | Show all posts
sinarharian.com.my
1,587 permohonan rentas negeri diterima IPD Gombak
NORAFIZA JAAFAR

GOMBAK - Sebanyak 1,587 permohonan rentas negeri diterima oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, daripada jumlah tersebut sebanyak 1,555 permohonan diluluskan.

"Kebanyakan yang diluluskan kerana urusan kecemasan seperti rawatan perubatan, kematian atau urusan-urusan lain yang dibenarkan.

"Baki 32 yang ditolak kerana didapati permohonan (alasan) itu adalah remeh seperti ingin bercuti di negeri lain, menghantar anak balik kampung atau menghadiri majlis perkahwinan," katanya selepas menyertai Operasi Khas Pematuhan Standard Prosedur Operasi (SOP) PKPB di Plaza Tol Gombak malam tadi.

Dalam operasi pematuhan itu, pemeriksaan turut dilakukan di beberapa restoran sekitar Selayang Baru dan tempat tumpuan orang ramai.

Arifai berkata, pemeriksaan tersebut bagi memastikan orang awam mematuhi SOP seperti mendaftar menggunakan aplikasi MySejahtera atau menulis nama, memeriksa suhu badan dan menggunakan cecair pencuci tangan.

"Kebanyakan pelanggan dan pemilik premis telah mematuhi SOP yang ditetapkan, namun terdapat juga yang gagal berbuat demikian.

"Sebanyak tujuh kompaun dikeluarkan kepada individu dan pemilik premis serta menangkap dua warga asing yang berniaga melebihi masa yang ditetapkan," katanya.

Katanya, tangkapan serta kompaun diambil di bawah Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Seksyen 22 (B) Akta 342 dibaca bersama Peraturan 11 Peraturan- Peraturan Penyakit Berjangkit (PPPPB) 2020.

Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2020 02:39 PM From the mobile phone | Show all posts
barbienya perangai nak gi sebar covid19 kat kenduri kawin tu
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2020 02:50 PM | Show all posts
minggu depan nak rentas negeri
wish me gud luck

Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2020 03:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg baki 32 org tu otak tertinggal kat mana???dh tahu ada pkpd tergamak lagi ko nk g holiday,g majlis kahwin bagai????geram aq ngan kebodohan manusia species ni,kalo ko positive x pasal org lain terkena sama,bangang
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2020 03:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Letih dengar..kena PKPB sbb Tak mau dijangkati atau menjangkati.tapi ada rakyat Tak faham ,gomen lapar stastik  frontliner nagis. Duduk lah umah diam2 kalau tiada keperluan ,ini bukan waktu cuti berbayar..kau ingat orang kg kau gembira nak sambut kau yg mungkin membawa wabak tu.
Yg KKM pi buat saringan byk2,tapi tapi kapasiti makmal macm byk ke? Result lambat, pesakit dah merayau,lepas tu macam Ada makmal yg ada masalah integrity I.e kes pati yg masuk Malaysia 12 Oct ,tiada covid result nya tapi kemudian positif..ramai lak pati tu.
yg bapak dafi lak tak sudah2 baca stastik berapa kena tahan denda langgar SOP.. hujung2 Pati dok bolos..yg dilaporkan sikit je..entah berapa yg bolos.
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2020 01:28 AM From the mobile phone | Show all posts
aku lg meluat dgn org yg memekak dlm group wasap membodohkan kerajaan tak buat lockdown tp alih2 dlm fb tunjuk tgh karok kt uptown shah alam... apekesyialllllllll
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2020 08:13 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list