Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
12Next
Return to list New
2422
View
34
Reply

[Tempatan] Saya pesakit Covid-19 lah, bukan penjenayah..kau sekolah tak?

[Copy link]

Author: Modngengade       Show all posts   Read mode

Author
Post time 22-10-2020 01:01 PM | Show all posts |Read mode



Kuala Lumpur: "Sepanjang saya berada di wad, perkara paling menyedihkan apabila anak dan isteri di rumah dipulaukan masyarakat seolah-olah penjenayah.

"Sedangkan hanya saya seorang saja positif Covid-19 dan mereka negatif serta tidak dimasukkan di hospital," luah bekas pesakit Covid-19, Shakirin Al-Ikram Abd Hamid.

Shakirin, 26, antara pesakit daripada kes Kluster Utama yang dijangkiti Covid-19 hasil ujian calitan dilakukan pada 11 Oktober lalu.

Bapa kepada dua anak berumur 10 bulan dan dua tahun itu menerima keputusan itu pada 13 Oktober sebelum dibawa ambulans pada malam hari sama untuk dimasukkan ke wad Hospital Kusta, Sungai Buloh.

Dia yang menetap di Bandar Sri Damansara, Petaling Jaya kemudiannya dikuarantin di wad selama lima hari sebelum dibenarkan pulang, Sabtu lalu.

Berkongsi pengalamannya, Shakirin yang bekerja sebagai pembantu jualan premis pakaian di pusat beli-belah di Bandar Utama berkata, dia tidak mengalami gejala teruk atau demam, cuma simptom ringan seperti sakit sendi dan rasa hendak pitam beberapa hari sebelum disahkan positif Covid-19.

Katanya, dia sangkakan apa yang dialaminya sekadar simptom demam biasa, tetapi rupanya tanda dijangkiti Covid-19.

"Saya dapat tahu keputusan apabila dihubungi doktor dua hari selepas menjalani ujian calitan dan rasa macam tidak percaya dan perkara pertama dibuat adalah menghantar anak ke rumah pengasuh kerana isteri bekerja ketika itu.

"Kira-kira 9 malam, ambulans datang ke rumah dan membawa saya ke hospital manakala isteri, Shasha Ridzuan, 26, dan dua anak kami yang turut menjalani ujian calitan didapati negatif Covid-19.

"Namun, masalah berlaku apabila anak dan isteri saya menerima layanan dingin daripada segelintir penduduk setempat hanya kerana saya dijangkiti Covid-19 manakala alamat rumah kami turut disebarkan individu tidak bertanggungjawab," katanya.

Selain itu, Shakirin berkata, dia dituduh membuang gelang tangan kuarantin sedangkan perkara itu tidak benar.

Menurutnya, selain mereka empat beranak, keluarganya termasuk emak serta ayahnya yang tinggal di blok sebelah dan keluarga pengasuh turut terkena tempiasnya.

"Paling menyedihkan apabila isteri mahu membeli bekalan susu dan lampin pakai buang yang habis, tetapi tidak dibenarkan kerana orang sekeliling takut dia menjadi punca.

"Saya cuba menggunakan khidmat penghantar, tetapi mereka menolak kerana tidak berani ambil risiko.

"Apa yang berlaku menambah tekanan ketika saya di wad kerana setiap masa memikirkan anak dan isteri di rumah, memandangkan saya ketua keluarga tetapi tidak dapat membantu ketika mereka ditinggalkan.

"Lebih membimbangkan apabila paras darah tinggi emak naik kerana tertekan selepas mendengar orang sekeliling bercakap mengenai kami sekeluarga," katanya.

Shakirin berkata, selepas memuat naik hantaran mengenai luahannya di Facebook (FB), baru ada yang tampil menghulurkan bantuan.

Katanya, hantaran dimuat naik itu bukan untuk meraih simpati sesiapa, tetapi cara untuk menjelaskan perkara sebenar.

"Alhamdulillah, ramai memberi kata semangat dan tidak kurang tampil menghulurkan sumbangan.

"Salah seorangnya adalah pengurus restoran ,Shahrul Nizam Kamal yang menghantar makanan untuk keluarga saya sepanjang saya berada di wad," katanya.

Di sebalik ujian dilalui, Shakirin bersyukur kerana sudah pulih daripada Covid-19 dan tidak ditahan di wad lebih lama.

Katanya, dia gembira apabila kembali ke pangkuan keluarga selepas beberapa hari terpisah dan buat masa ini masih menjalani kuarantin di rumah.

"Saya reda dengan ujian ini, tetapi mohon masyarakat tidak memandang negatif pesakit atau mereka yang pernah dijangkiti Covid-19.

"Ini kerana kami tidak minta diuji sebegini dan penyakit ini boleh menjangkiti sesiapa saja," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 22 Oktober 2020 @ 12:43 PM

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 22-10-2020 07:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Biar betol citer ni.. cam nasi tambah lak..
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2020 07:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Propa sangat.. sampaikan delivery rider pun tak mau mai rumah..biaq betui
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2020 08:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Banyak sangat ajinomoto cerita ni. Ye ye je sampai kena pulau camtu sekali. Kat tempat aku pun ada gak orang positip covid, aman2 je family diorang takde kena pulau ke hapa
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2020 08:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Saja nk perhatian ni..
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2020 08:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia tinggal area org2 mentaliti kelas kambing kot
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2020 08:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku percaya part alamat rumah tersebar je. Tau je la  sekarang kan ramai yg kebulur perhatian... suka2 hati sebarkan ic org sebarkan alamat org.
Part wife nak keluar beli susu pampers, org tak benarkan tu, sangat drama indon ye.. sapa yg xbenarkan tu? Perluke mintak izin org tu?
Khidmat penghantaran pun kena reject. kelakar. Kenal pulak budak grab tu dgn kau
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2020 09:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku percaya je..
Mmg rakyat kite mcm tu kan..
Gesel kat tmpt lain xpe.
Jgn family atau ex covid..
Harris berjamgkit..choiii sgt..
Bnda paling mudah..kalau org needing semua pakat lari sedangkan bersin sebb habuk..sedangkan yg dok gatal pergi Sana g sini lagi teruk terdedah..
Fliphair sgt
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2020 09:53 PM From the mobile phone | Show all posts
...dia kata x dibenar kann.. bukan dia kata kena mintak izin.. 2 different things

...dia kata org khidmat penghantar.. tak nak hantar barang ke rumah dia.. maybe local people yg jadi penghantar* & kenal dia.. tak semesti nya mangsa nii salah cakap .. lagi pon, bukan dia kata budak grab* tak nak hantar.. also 2 different things

...maybe cakap mangsa nii.. betoll. Sbb kalau aku pon tak nak dekat dgn kobid suspect.. ikut selera masing22 laa kann .. tapi x yahh laa kott..rendah22 kan mangsa..
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2020 10:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku tak sokonglaa
Bila mngsa covid ni kena jangkit
Diorg sebarkan alamat
Dh tk ada pnc dah siannya
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2020 10:20 PM From the mobile phone | Show all posts
myoujin replied at 22-10-2020 07:16 PM
Biar betol citer ni.. cam nasi tambah lak..

Betul tu...sbb ada kenalan i kena mcm yg dia ni kena. Mengalahkan sakit kusta org takut
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2020 12:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Mmg ler takut... bahaya kot penyakt covid ni.. dah ler kene duk berasing dgn family, kalu mati ke, terus tak jumpa..bukan main2 wehhh... dah la senang berjangkit.. kalu aku pun, aku akan duk jauh2 ...
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2020 12:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Sian keluarga dia.. mybe betul dia ckp tu.. kalau hampa nk ke p duduk skali? Tp dia bukan pnjenayah.. ttiba nk kena dr tmpt keja dia. Bukan salah dia..
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2020 01:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Mcm kes penagih jgk la ni. Sorg jd penagih habis satu famili kna pulau
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2020 01:34 AM | Show all posts
Mungkin ade betul, tp banyak tambah laok sgt wartawan/beliau ni
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2020 02:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada jiran kena covid mcm 2nd wave dulu. Jiran2 lain sumer baik. Hari2 hantar makanan depan pintu.. belikan apa2 brg yg family diorang perlukan.. sampai lah suami and anak dia dh discas hospital.. dia n anak lg sorang negative dr awal... Okey jaahh.. ada yg dia teringin mkn kfc beger king dia bgtaw jee. Jiran2 belikan.  Murah rezeki dia. Walau dia nak bayar. Jiran belanja je selama sebulan... Janji dia x keluar rumahh
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2020 03:01 AM From the mobile phone | Show all posts
scorpionkiki replied at 22-10-2020 10:20 PM
Betul tu...sbb ada kenalan i kena mcm yg dia ni kena. Mengalahkan sakit kusta org takut

Betul tu ada lah.. tapi nampak over .. guna khidmat hantar camne tu... Grab foodpanda kan ada..  bukan rumah ada banner tempat membiak covid pun..
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2020 07:05 AM From the mobile phone | Show all posts
pelik nya.kalau laki kena covid.anak bini boleh kuar rumah ke dalam tempoh 14 hari.suami masih kat wad .bini pulak kuar pegi beli barang.kalau i pon i lari jauh jauh.
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2020 07:15 AM | Show all posts
Kasihan, dasyatkan apa manusia boleh buat.

Paz percaya aja, masa Paz kena habis quarantine dulu pun. Ada aja kawan kawan office/sekeliling yang takut sangat dengan Paz. Padahal Paz ni PUS bukan PUI, mentality orang memang dasyat secara psychology akan terkesan. Yang tak kuat akan merasa lebih dasyat. Yang kuat akan rasa, bagus juga jauh-jauh ntah-ntah kau yang ada COVID-19.

Harap keluarga ni bertabah yer.
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2020 09:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Banyaknya secukup rasa
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list