Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
840
View
10
Reply

[Tempatan] Cuci duit: Bayar pihak berkuasa supaya 'kebal'

[Copy link]

Author: Modngengade       Show all posts   Read mode

Author
Post time 22-10-2020 04:12 PM | Show all posts |Read mode


Kuala Lumpur: Pendapatan bulanan sindiket 'cuci duit' yang dikaitkan dengan perniagaan golongan artis mencecah RM100 juta setiap bulan.

Difahamkan, sindiket penipuan antarabangsa didalangi oleh warga China yang mengupah Addy Kanna dan seorang lelaki dikenali sebagai Goh Leong Yeong @ Alvin sebagai ejen itu memberikan 20 peratus daripada jumlah pendapatan terbabit kepada pihak berkuasa bagi 'melindungi' kegiatan mereka.

Sumber berkata, bayaran secara bulanan yang diberikan kepada pihak berkuasa itu menjadikan kumpulan berkenaan 'kebal' dan bebas menjalankan kegiatan haram mereka.

"Jika ada anggota atau pegawai yang enggan menerima wang diberikan atau tidak taat akan dipindahkan ke tempat lain.

"Alvin menggunakan hubungan baik dengan pegawai lain untuk berbuat demikian. Ini bagi memastikan kegiatan perjudian, dadah dan Macau Scam dilakukan tidak terganggu," katanya.

Kata sumber lagi, lima individu yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis sebelum ini adalah ahli kumpulan berkenaan.

Katanya, kumpulan itu juga dikatakan melabur wang kepada pengarah filem untuk menggunakan artis tempatan sebagai alat mencuci duit.

Harian Metro sebelum ini melaporkan, tangkapan ke atas Addy Kanna dan Alvin yang melarikan diri dari Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya, 11 Oktober lalu tidak terbabit dalam kegiatan penipuan atau Macau Scam di negara ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed dilaporkan berkata, sebaliknya kedua-dua mereka adalah koordinator atau ejen untuk menyediakan kemudahan kediaman, pusat panggilan dilengkapi peralatan komputer dan telekomunikasi serta kemudahan internet kepada warga China yang diupah oleh sindiket penipuan antarabangsa itu.

Beliau dipetik berkata, pusat panggilan yang beroperasi dari unit kediaman mewah dan pejabat itu akan menjalankan operasi harian dengan mensasarkan rakyat di negara China sebagai mangsa aktiviti perjudian, penipuan pelaburan mata wang asing (Forex) dan penipuan pembelian barang, terbabit kes, tuntutan barang seperti Scam.

Susulan pembongkaran itu, polis turut menyerbu 12 pusat panggilan sejak Sabtu lalu.

Serbuan dijalankan di sekitar Lembah Klang itu turut menahan 138 individu membabitkan 95 warga China serta 43 warga tempatan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 22 Oktober 2020 @ 3:48 PM

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 22-10-2020 04:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Sembang x payah. Rakyat nak tengok haramjadah2 pengkhianat negara ni dihukum. Diberikan amanah jaga negara.. Tapi tak buat sebaliknya jadi talibarut macau scammer.
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2020 07:53 PM | Show all posts
pihak berkuasa yg terlibat mmg tak ade maruah
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2020 09:22 PM | Show all posts
Edited by tagas at 22-10-2020 09:23 PM

seminggu dua nih byk input jer

output outcome nya mana

kejayaan utk mendakwa bangsat2 ni suma(jgn bg alasan bukti tak cukup)

hingga jatuh hukum salah tu yg rakyat suma nak dengar

jgn esok lusa senyap

ingat tue
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2020 10:36 PM | Show all posts
20%? kira 20 juta tiap2 bulan... uuu masyukkkk... boleh beli birkin everyday kalau iols dapat banyak tu.... butik kabinet prive tu confirm licin teruihhh...
sebab dah sign up dekat forum ni... confirm hari2 buka thread baru unboxing birkin, kelly etc sambil forummer2 memuji dan mecemuh aagituuu...

choiiii
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2020 01:20 AM | Show all posts
sarah82 replied at 22-10-2020 04:27 PM
Sembang x payah. Rakyat nak tengok haramjadah2 pengkhianat negara ni dihukum. Diberikan amanah jaga  ...

ramai masih blom sedar betapa teruknya negara bawah pengkhianat.

  





Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2020 01:44 AM | Show all posts
Berjuta2 peruntukan tuk rasuah pihak berkuasa. Fuh kaya jadi polis sebenarnya
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2020 09:15 AM From the mobile phone | Show all posts
emm pastu nak suruh marhaen buat ape kalau pihak berkuasa sama taik dgn prnjenayah? awal2 kemain mcm ye2 je bakal dicekup sampai licin. pastu sekor2 terlepas. tu haa yg kata retis kena cemar duli kat sprm by 12 okt? perghhh sampai skrg masih ada kesabaran yee tunggu dorang datang sendiri sedangkan dah hampir 2 minggu! ke masih dlm tempoh utk ejas mengejasss
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2020 09:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Gua rasa alvin tu macam jo low,takkan kena tangkap selamanya
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2020 10:55 AM | Show all posts
ok la alvin dah selamat DIBERAMBUSKAN

habis tu semua tali barut tu, tuduh la apa lagiiii

poca saje tak padan

Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2020 11:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Klau latifah koya msih ketua sprm dah lama scammer 2 eko ni merempat dlm jel

Bwh kjaan skrg scammer perut buncit pn boleh fly tembok tinggi.what a joke
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list