Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
4021
View
81
Reply

[Tempatan] Pasangan Kulim dicekup berdua2an dalam kereta makan sate

[Copy link]

Author: Nahnukutu       Show all posts   Read mode

Author
Post time 17-11-2020 04:48 PM | Show all posts |Read mode
Pasangan dicekup khalwat bagi alasan makan sate
MyMetroMutakhir

image.png
ANGGOTA penguatkuasa agama menyoal siasat pasangan yang dicekup berkhalwat dalam Toyota Vios di hadapan Taman Keladi. FOTO ihsan PADK

Zuliaty Zulkiffli
am@hmetro.com.my

Kulim: Wanita yang dicekup berkhalwat dengan suami orang memberi alasan hanya makan sate dalam Toyota Vios yang diparkir di hadapan sebuah rumah di Taman Keladi, di sini, malam tadi.

Bagaimanapun, alasan itu tidak diterima anggota penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kulim (PADK) yang melakukan rondaan di kawasan itu lebih dua jam sebelum pasangan itu dicekup jam 10.40 malam.

Pegawai Agama Daerah Kulim, Syeikh Muhammad Suhaimi Saleh berkata, terdahulu anggotanya melakukan rondaan dan ternampak kereta diparkir di kawasan gelap di situ.

Katanya, rondaan dilakukan berikutan maklumat awam yang diterima memaklumkan pasangan itu sering dilihat berdua-duaan di dalam kereta.

"Pasangan itu terkejut melihat kehadiran penguat kuasa PADK dan pemeriksaan juga mendapati cermin tingkap seluruh kenderaan itu dipasang pelindung cahaya.

"Pasangan itu gagal mengemukakan sebarang dokumen membuktikan mereka suami isteri atau mahram menyebabkan mereka ditahan kerana disyaki berkhalwat," katanya ketika dihubungi hari ini.

Muhammad Suhaimi berkata, hasil siasatan mendapati lelaki berusia 52 tahun dan masih berstatus suami orang itu mempunyai tiga anak dan bekerja di sebuah syarikat utiliti di daerah ini.

Katanya, wanita berusia 26 tahun itu pula baru bekerja di syarikat sama pada Februari lalu dan masih belum berkahwin.

Beliau berkata, pasangan itu memberi alasan tidak buat apa-apa cuma makan sate ketika berdua-duaan dalam kereta berkenaan.

"Pasangan itu dibawa ke Balai Polis Kulim untuk dibuat laporan tangkapan sebelum dibawa ke pejabat agama untuk tindakan lanjut.

"Lelaki itu dipercayai menetap di daerah ini manakala wanita itu pula berasal dari Sungai Petani dan menetap di rumah sewa di sini," katanya.

Muhamad Suhaimi berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014 dan sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Beliau berkata, berdua-duaan di tempat gelap yang boleh menimbulkan syak kepada orang ramai adalah kesalahan berkhalwat.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 16 November 2020 @ 12:43 PM


Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 17-11-2020 05:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Lelaki yg berstatus suami orang dr kulim mmg perangai macam ni ke ?
Bangsat betul perangai ...
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2020 05:15 PM | Show all posts
aku rasa status 'suami org' tu tk pyh la di highlite kan sgt....  ada kouta tambah lg..status mcm solo lg...

apa perlunya warwarkan status tu..?

kalau 'isteri org' tu lain la... mmg tk blh tambh2 lg... lain la kalau dh putus...
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2020 05:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak berjimak pun tolongla kawin dulu.
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2020 05:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak tya ada jumpa sate x dlm serbuan tu
Kan bahan bukti tu kan
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2020 05:48 PM From the mobile phone | Show all posts
budaktua replied at 17-11-2020 05:15 PM
aku rasa status 'suami org' tu tk pyh la di highlite kan sgt....  ada kouta tambah lg..status mcm so ...

Setuju sangat..

Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2020 05:50 PM From the mobile phone | Show all posts
budaktua replied at 17-11-2020 05:15 PM
aku rasa status 'suami org' tu tk pyh la di highlite kan sgt....  ada kouta tambah lg..status mcm so ...

Tambah kuota ikut sunnah nabi..
Berdua duaan dgn anak dara org dlm kete pukul 10pm ikut sunnah ke?
Dah la pompuan tu sebaya anak dia agaknye..
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2020 07:24 PM | Show all posts
budaktua replied at 17-11-2020 05:15 PM
aku rasa status 'suami org' tu tk pyh la di highlite kan sgt....  ada kouta tambah lg..status mcm so ...

kena highlight sebab ada signifikannya.

kalau orang bujang yang buat tiada wanita lain yang terkesan.

kalau suami orang yang berkhalwat, ada isteri, anak2 yang terkesan.


Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2020 07:36 PM From the mobile phone | Show all posts
darkness replied at 17-11-2020 05:25 PM
Nak berjimak pun tolongla kawin dulu.

Kan deyols tgh makan sate dlm keta
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2020 07:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Perghhh selera pulak umo 26 dgn si 52 yerrr..

Persoalannya, dia makan sate ape?ayam ke daging ke kambing
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2020 07:40 PM From the mobile phone | Show all posts
lattehazelnut replied at 17-11-2020 05:50 PM
Tambah kuota ikut sunnah nabi..
Berdua duaan dgn anak dara org dlm kete pukul 10pm ikut sunnah ke ...

Sunnah yg menguntungkan dia harus diutamakan.

Bab lain pacik pejam mata je kot
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2020 07:42 PM From the mobile phone | Show all posts
lattehazelnut replied at 17-11-2020 05:50 PM
Tambah kuota ikut sunnah nabi..
Berdua duaan dgn anak dara org dlm kete pukul 10pm ikut sunnah ke ...

Betul ckp chuols... Itu berdua-duaan dalam kereta, no justification for that. Nak jadikan isteri nombor 2, pegi jumpa parents perempuan tu terus masuk meminang, menikah terus. Tu pun kalau isteri pertama tak parang both of them la.
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2020 07:51 PM | Show all posts
Makan satey ka hotdog?
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2020 07:55 PM From the mobile phone | Show all posts
ChildrenOfBodom replied at 17-11-2020 07:51 PM
Makan satey ka hotdog?

Aiskrim

Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2020 08:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku ingtkn Man kulim td
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2020 08:03 PM | Show all posts
sama tmpt kerja lah ni.dah selalu nampak lah ni org kat situ komplen kan..dah belikan sate temankan mkn sekali lah kot
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2020 08:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Knowlee replied at 17-11-2020 07:42 PM
Betul ckp chuols... Itu berdua-duaan dalam kereta, no justification for that. Nak jadikan isteri n ...

Mesti ada org report ni... tapi kenapa tak, boleh ker lelaki pompuan dlm satu kereta?
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2020 08:14 PM From the mobile phone | Show all posts
dekat 2 kali ganda umur laki tu.. mesti baya2 ank dia tu
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2020 08:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Umo 52 tu hensem lagi je dah macam atok2?
Sian makan sate tempat gelap.. agak tak tercucuk ke lidi sate tu gelap2.. tak melekit ke tangan pegang lidi sate tu.. kuah2 kacang nye lagi.. huhu
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2020 08:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Yunbin replied at 17-11-2020 06:38 PM
Perghhh selera pulak umo 26 dgn si 52 yerrr..

Persoalannya, dia makan sate ape?ayam ke daging ke  ...

Satay sosej totey kot
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list