Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
1326
View
7
Reply

[Dunia] Jutawan' tahi bintang ghaib

[Copy link]

Author: FOTHER-MUCKER       Show all posts   Read mode

Author
Post time 22-11-2020 06:33 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 21-11-2020 02:35 PM

Jutawan' tahi bintang ghaib


JOSUA bersama meteor yang menimpa rumahnya.













Jakarta: Seorang lelaki di Sumatera Utara yang sebelum ini didakwa menjadi jutawan segera selepas tahi bintang (meteor) jatuh di atap rumahnya, kini didakwa bersembunyi.
Ia selepas orang tengah yang menjadi pengantara urusan jual beli tahi bintang itu mendakwa bahawa lelaki Indonesia berkenaan tidak menerima wang sebanyak 200 juta rupiah (RM57,863. 80) sebagai balasan menjual objek terbabit.

Malah, Jared Collins, warga Amerika Syarikat (AS) yang menetap di Bali itu juga menafikan sama sekali laporan media antarabangsa bahawa tahi bintang itu bernilai 25 bilion rupiah (RM7.2 juta).

Menjelaskan perkara itu, Collins berkata, dia hanya ditugaskan meneliti keaslian meteor yang ditemui Josua serta melindungi batu itu daripada sebarang kerosakan sebelum menyerahkannya kepada pembeli di AS.
"Nilai transaksi dipersetujui Josua dan pembeli di AS itu dibuat menerusi komunikasi langsung oleh kedua-dua belah pihak tanpa membabitkan diri saya.

"Tetapi jumlah yang diterima bukanlah 200 juta rupiah atau harga yang diuar-uarkan di media iaitu berjumlah 25 bilion rupiah.
"Ketika ini, tidak ada meteor dengan nilai seperti itu dan tentunya tidak ada peminat objek berkenaan yang akan membayar dengan harga sebanyak itu," katanya seperti dilaporkan BBC.

Sementara itu, Chairani yang menjadi jurucakap mewakili Josua berkata, harga disebutkan itu cuma anggaran yang disimpulkan selepas mengira nilai bagi satu gram meteor.

"Harga yang diterima Josua adalah sebahagian daripada perjanjian dengan pembeli di AS.
"Collins (orang AS di Bali) bukanlah pembeli, sebaliknya hanya orang tengah yang membuat penilaian meteor itu sebelum menyerahkannya kepada pembeli sebenar.

"Dia (Josua) tidak mahu menerima temuramah lagi kerana bimbang cerita sebenar diputar belitkan," katanya seperti dipetik South China Morning Post.
Sebelum ini, kisah Josua, pembuat keranda di Sumatera Utara itu mendapat liputan meluas media antarabangsa apabila mendakwa menerima 200 juta rupiah selepas menjual batu meteor yang menimpa atap rumahnya kepada Collins.
Dakwanya lagi, wang terbabit diagihkan kepada keluarganya, golongan yatim piatu, gereja serta membaik pulih pusara ibu bapanya.

https://www.hmetro.com.my/utama/2020/11/644415/jutawan-tahi-bintang-ghaib



Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 22 November 2020 @ 12:30 AM







Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 22-11-2020 06:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Laaaaaa pulak?
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2020 08:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Joshua gebang ke
Takut ramai lg dtg minta duit?
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2020 08:26 AM | Show all posts
Biasa lah kalau cerita gebang lebih2 ni selalunya menipu je.. Contoh scammer atau MLM yg janji jota2 tu cukup lah..............
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2020 09:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak hensem  tak apa, janji kaya..
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2020 11:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Pelaq.. cerita hangit..
Cerita yang sama tapi tak serupa.. cicak tokek.. bila aku dah bawak buyer sanggup nk beli tokek 17" panjang harga RM70k,  bleh plak dok kata cicak dia dok di rumah adik dia di siam la, kola nerang la.. pelaq nguh
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2020 02:45 PM | Show all posts
jd halimunan dah kot

mcm xx ray
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2020 05:07 PM | Show all posts
ia hanyalah najis bintang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list