Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
10295
View
341
Reply

[Tempatan] Setelah suami meninggal isteri dapat CASH

[Copy link]

Author: Modngengade       Show all posts   Read mode

Author
Post time 23-11-2020 09:01 AM | Show all posts |Read mode



Port Dickson: "Pemergian suami secara mengejut akibat kemalangan ketika anak-anak sedang membesar bukan sesuatu yang mudah diterima," kata ibu tunggal yang hanya mahu dikenali sebagai, Ida, 42, di rumahnya di Lukut di sini, semalam.

Katanya, dia bagaimanapun menerima kejutan semalam apabila dikunjungi wakil syarikat insurans bagi menyerahkan sejumlah wang RM414,302 dianggap 'hadiah' dari arwah suaminya yang sudah tiada.

"Bagi saya ini satu kejutan kerana tidak menyangka dia ada membuat caruman insurans diri. Ini pastinya amat membantu kami lima beranak walaupun saya mempunyai pekerjaan tetap.

"Suami meninggal dunia pada pagi 5 Mac lalu selepas terbabit kemalangan ketika dalam perjalanan ke tempat kerja di sebuah syarikat swasta," kata ibu kepada empat orang anak berusia empat hingga 17 tahun ini.

Ida berkata, memang berat ujian Allah SWT kerana arwah suami 'pergi' di saat anak-anak mula membesar dan memerlukan perhatian.

"Saya benar-benar tidak tahu arwah ada membuat caruman insurans. Saya akan gunakan wang ini untuk pendidikan anak-anak.

"Sebelum ini ada wakil syarikat insurans menghubungi saya memaklumkan suami ada mencarum, tetapi tidak memaklumkan jumlahnya.

"Memang saya terharu hari ini (semalam) apabila dikunjungi wakil syarikat insurans dan memberitahu arwah ada meninggalkan sejumlah wang yang agak banyak selepas mencarum tidak sampai dua tahun," katanya yang berasal dari Ajil, Terengganu.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 23 November 2020 @ 8:01 AM

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 23-11-2020 09:09 AM | Show all posts
Alhamdulillah..gunakanlah sebaiknya
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2020 09:10 AM | Show all posts
Tajuk ingat cash cash apa tah hahhaha
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2020 09:11 AM | Show all posts
Harap tak dalah sepupu adik beradik, 2 pupu bekas jiran, mentua ipar datang nak sikit itu ini
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 23-11-2020 09:16 AM | Show all posts
faraway1 replied at 23-11-2020 09:10 AM
Tajuk ingat cash cash apa tah hahhaha

CASH tu duit sister..kau sekolah tak?
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2020 09:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Amboi, cheque sebesar alam. Rezeki dia cuma harap lepas ni jgnla ada mai ketuk pintu rmh nk pinjam ka apa.
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2020 09:23 AM | Show all posts
faraway1 replied at 23-11-2020 09:11 AM
Harap tak dalah sepupu adik beradik, 2 pupu bekas jiran, mentua ipar datang nak sikit itu ini

Sure akan ada punya...
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2020 09:26 AM | Show all posts
faraway1 replied at 23-11-2020 09:11 AM
Harap tak dalah sepupu adik beradik, 2 pupu bekas jiran, mentua ipar datang nak sikit itu ini

kebiasaannyq camtu la...  datang beserta ayat sedih syahdu pilu siap mengungkit betapa tali persaudaraan tu sangat penting dalam kehidupan manusia sambil buat guilty trap...

padahal sebelum ni, orang tu susah langsung tak dipandang, apatah lagi nak ditolong...
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2020 09:28 AM | Show all posts
Modngengade replied at 22-11-2020 08:16 PM
CASH tu duit sister..kau sekolah tak?

Memanglah tapi bila sesuatu berlaku, korang kat sini selalu sebut cash
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 23-11-2020 09:29 AM | Show all posts
faraway1 replied at 23-11-2020 09:28 AM
Memanglah tapi bila sesuatu berlaku, korang kat sini selalu sebut cash

CASH tu akak yg selalu gunakan...maaf kerna bikin sister keliru

Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2020 09:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah dik...
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2020 09:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Lps ni byklah Agen insurance Mai promo .....
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2020 09:31 AM | Show all posts
dapat CASH ka dapat CHEQUE?
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2020 09:31 AM | Show all posts
eyansss replied at 23-11-2020 09:26 AM
kebiasaannyq camtu la...  datang beserta ayat sedih syahdu pilu siap mengungkit betapa tali persau ...

Sat lagi mak mentua,pak mentua, adik beradik jantan dtg kata duit tu derang pun berhak sebab ikut hukum faraid
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2020 09:35 AM From the mobile phone | Show all posts
sy cadangkan akak pindah rumah lain utk ketenangan hidup
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2020 09:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Sebelum bagi kat sapa yg minta duit.. Tgk mata anak2..duit tu utk pengajian depa.
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2020 09:37 AM | Show all posts
satgi jgnkan yg keluarga mertua ipar duai adik beradik..
kekawan  masa sekolah rendah pun dtg tanya kabor..

bertabah lah ya
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2020 09:40 AM | Show all posts
bolehla nilai sape yg ada masa susah n masa senang...
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2020 09:41 AM | Show all posts
zehra2 replied at 23-11-2020 09:37 AM
satgi jgnkan yg keluarga mertua ipar duai adik beradik..
kekawan  masa sekolah rendah pun dtg tanya ...

confirm punya. depa pun berhak katanya. Tak nmpk ke yg aruah tu ada 3 anak jantan
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2020 09:52 AM | Show all posts
Peterpan17 replied at 23-11-2020 09:31 AM
Sat lagi mak mentua,pak mentua, adik beradik jantan dtg kata duit tu derang pun berhak sebab ikut  ...

pastu bila mufti ke, ustaz ustazah ke, ahli agama ke cakap segala duit sumbangan dan insurans tak termasuk dalam harta pusaka, terus merempan2 kata bini songlap duit si anak sampai tak kesian langsung kat mak yang mengandungkan dan memberanakkan si anak...  tu belum lagi adikberadik ipar dok menghasut, dengan harapan dapat la bahagian dalam duit tu...


faraid tu ok dah, cuma orang yang melaksanakan je yang gagal...  faraid ni datang dengan tanggungjawab yang besar tau...  deme lupa yang duit makan, minum, bil air, bil api, rumah, pendidikan tu semua jatuh pada bahu dia...


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list