Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
49976
View
928
Reply

Edisi Tak Berapa Nak Ali Susun : AR Badul vs Menantu (Balu). Siapa menyerupai Ali Susun? Pak Badul atau Balu? Updated : Plot Twist Dari Komen Lawyer, Semua Terlibat Menyerupai Ali Susun (Post #331).

[Copy link]

Author: ashilalat    From the mobile phone    Show all posts   Read mode

Author
Post time 30-11-2020 08:50 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by ashilalat at 2-12-2020 12:30 AM

SELEPAS lebih setahun kematian anaknya dalam kejadian pilu akibat tertembak, pelakon dan pelawak veteran, AR Badul tidak berselindung bahawa hubungan dia dengan anaknya, Allahyarham Mejar Mohd Zahir Armaya tidak begitu rapat namun haknya sebagai bapa dinafikan.

Cerita Badul atau nama sebenarnya Armaya Aman Ramlie, 71, keadaan itu berlaku kerana mereka jarang bertemu selepas dia dan bekas isteri yang kini menetap di Sabah, Rusunjan Mohammad membawa haluan masing-masing.

"Sampai dia besar saya memang jarang lihat dia. Suatu ketika dulu saya pernah nak pergi ambil dia.

"Tapi anak-anak sendiri kata saya bukan bapa mereka... ini benar-benar terjadi," demikian luahan Badul kepada mStar.

Badul ditemui di kediamannya di Taman Setapak, Kuala Lumpur baru-baru ini.


Allahyarham Mejar Mohd Zahir meninggal ketika melakukan demonstrasi keupayaan sempena pelancaran penubuhan Divisyen Kelima Infantri Malaysia (5 Div) di Kem Kok Lawi, Sabah.

Ujar Badul, lebih kecewa apabila kisah keretakan rumah tangga serta hubungan dengan anak-anak dijadikan alasan untuk menafikan haknya ke atas harta peninggalan arwah Mohd Zahir yang maut ketika melakukan demonstrasi keupayaan di Kem Kok Lawi, Sabah pada 4 September 2019.

"Apabila terjadi perkara begini (kematian Mohd Zahir), pihak sana (bekas isteri) mengatakan saya tidak ambil tahu (tentang anak).

Bukan nak duit tu, tapi hak saya. Hasil sumbangan orang tu saya tak kisah, itu hak dia. Tapi berkaitan (hak) ayah.

"Tapi saya bapa dia... pihak ATM juga tak beri apa-apa kepada saya, katanya saya tidak layak. Malah insurans pun kata saya tak layak," katanya.

Sebelum Badul pernah mendesak supaya inkues diadakan bagi mencari punca kematian anaknya itu namun menarik balik hasrat berkenaan demi masa depan tiga orang cucunya.

"Mereka katakan kalau saya nak buat inkues, anak-anak dia akan kehilangan hak. Jadi selepas memikirkan mengenai hal itu, saya tarik balik permintaan untuk inkues.

"Tapi yang saya nak inkues sekarang ini ialah sebagai bapa... dia larang saya untuk mendapatkan segala-galanya, dengan siapa nak minta tolong pun tak tahu," katanya.

Tambah Badul lagi, dia tidak berniat untuk membolot harta peninggalan arwah Mohd Zahir namun sekadar mahu kewujudannya sebagai bapa kandung diberi perhatian.

"Bukan nak duit tu, tapi hak saya. Hasil sumbangan orang tu saya tak kisah, itu hak dia. Tapi berkaitan (hak) ayah.

"Macam disekat, konon saya tak ambil tahu fasal anak sejak kecil... (kena ingat) saya ni bapa dia.

"Mungkin banyak cerita buruk saya tentang anak-anak diceritakan. Pihak sana katakan dia yang jadikan (didik) anak menjadi manusia... kata dialah," ujar Badul.

Mohd Zahir, 36, pegawai komando daripada 11 Rejimen Gerak Khas, meninggal dunia akibat terkena tembakan ketika melakukan aksi demonstrasi sempena pelancaran Divisyen Kelima dan Briged Ke-13 Infantri Malaysia di Kem Lok Kawi, Kota Kinabalu, Sabah.

Akibat kejadian itu, pihak Majlis Angkatan Tentera Ke-578 (MAT 578) yang bersidang pada 17 September 2019 bersetuju untuk menaikkan pangkat Allahyarham kepada Leftenan Kolonel.

Allahyarham meninggalkan seorang balu iaitu Nour Shafinar Harun, 32, dan lima orang anak termasuk dua daripada perkahwinan terdahulunya.

P/S - apa komen forumer semua?

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Author
 Author| Post time 30-11-2020 08:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Jawapan balu :

Apa nak dituntut kalau tiada harta? - Balu dedah arwah suami muflis, terpaksa sekat nombor AR Badul kerana ditekan berkaitan harta.

SUSULAN kenyataan pelawak AR Badul menuntut haknya sebagai bapa atas kematian Mejar Mohd Zahir Armaya, balu Allahyarham iaitu Nour Shafinar Harun menjelaskan suaminya tidak meninggalkan sebarang harta.

Shafinar, 31, berkata, dia tidak mahu membuka aib mana-mana pihak namun terpaksa mendedahkan perkara sebenar selepas bapa mentuanya mahu menuntut hak terutama isu berkaitan pembahagian harta.

Enggan berselindung, Shafinar mendedahkan arwah suaminya tidak mempunyai sebarang harta dan diisytihar muflis ketika perkahwinan terdahulu dengan bekas isteri pertama.

"Sebenarnya saya tak nak komen banyak dan kalau boleh saya tak nak buka aib sesiapa pun termasuk arwah suami saya tapi saya terpaksa jelaskan perkara ini sebab pihak sana yang berkongsi dahulu.

"Netizen pun dah mula buat spekulasi yang tidak baik mengenai isu ini. Sejujurnya, arwah suami saya sudah diisytihar muflis sejak perkahwinan pertamanya.

"Masa saya berkahwin dengan arwah waktu itu dia memang tidak ada apa-apa. Jadi, apa nak dituntut kalau tak ada harta," kata Shafinar ketika dihubungi mStar pada Isnin.

AR Badul meluahkan rasa kecewa kepada apabila dia dinafikan hak ke atas harta peninggalan anaknya, Allahyarham Mohd Zahir yang maut ketika melakukan demonstrasi keupayaan di Kem Kok Lawi, Sabah pada 4 September 2019.

Menerusi laporan mStar pada Isnin, Badul atau nama sebenarnya Armaya Aman Ramlie, 71, turut mempertikaikan mengenai insuran kelompok yang dikatakan dirinya tidak layak menerima.

Manakala duit anak-anak arwah juga saya simpankan dahulu.

Dalam pada itu, Shafinar memberitahu dia sudah menerima insuran kelompak dan membuat pembahagian mengikut jumlah caruman yang difaraidkan iaitu lebih RM5,000 kepada ibu mentua yang berada di Sabah dan ibu angkat arwah di Setapak.

Shafinar turut memberikan bahagian tersebut kepada anak-anak arwah dengan menyimpan duit itu untuk masa depan mereka namun tidak mempunyai kesempatan waktu untuk diberikan kepada AR Badul.

Memang saya sudah terima insuran kelompok tapi selepas saya merujuk pada mahkamah dan bertanyakan kepada peguam, pengiraan jumlah caruman yang perlu difaraidkan hanya dalam RM5,000 lebih.

"Atas dasar keperimanusiaan, saya beri lebih daripada sepatutnya. Memang saya ada beri kepada ibu mentua di Sabah dan ibu angkat arwah suami saya yang menetap di Setapak. Manakala duit anak-anak arwah juga saya simpankan dahulu.

"Cuma bahagian baba (AR Badul) saya masih belum ada kesempatan untuk beri memandangkan kami tidak lagi berhubung. Kali terakhir bertemu masa majlis perkebumian arwah dan tak pernah bertemu lagi sehingga kini," ujarnya.

Bagaimanapun, Shafinar mengakui dia terpaksa menyekat nombor telefon AR Badul dan adik kepada arwah suaminya kerana pihak mereka memberi tekanan kepadanya berhubung isu harta.

Sementara itu, berkenaan dengan pencen dan elaun, Shafinar menjelaskan pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah membuat agihan kepada penerima iaitu balu, anak-anak dan ibu kandung arwah.

"ATM dah buat agihan pencen kepada saya, anak-anak dan ibu kandung arwah. Pihak ATM juga yang menguruskan semua elaun arwah yang difaraidkan kepada penerima pencen.

"Dalam dokumentasi mempunyai dua waris iaitu waris utama isteri dan waris kedua sama ada ibu atau bapa kandung. Tapi saya difahamkan pihak ATM memberikannya kepada ibu arwah," ujarnya.

Mohd Zahir, 36, pegawai komando daripada 11 Rejimen Gerak Khas, meninggal dunia akibat terkena tembakan ketika melakukan aksi demonstrasi sempena pelancaran Divisyen Kelima dan Briged Ke-13 Infantri Malaysia di Kem Lok Kawi, Kota Kinabalu, Sabah.

Akibat kejadian itu, pihak Majlis Angkatan Tentera Ke-578 (MAT 578) yang bersidang pada 17 September 2019 bersetuju untuk menaikkan pangkat Allahyarham kepada Leftenan Kolonel.

Allahyarham meninggalkan seorang balu iaitu Nour Shafinar Harun, 32, dan lima orang anak termasuk dua daripada perkahwinan terdahulunya.


Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 30-11-2020 11:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ashilalat at 1-12-2020 07:42 AM

Ok..aku nak rumuskan pertalian darah dalam kes ni dan kronologi kes.

Arwah dengan wife (balu) ada sorang anak. Balu ada 2 lagi anak hasil dari perkahwinan sebelom berkahwin dgn arwah.

Arwah dengan ex wife ada 2 orang anak. Sebelom arwah meninggal anak duduk dgn arwah dan wife (balu) tp lepas arwah meninggal balik ke ibu kandung diorg iaitu ex wife.

So anak kandung arwah hanya ada 3 org, bukan 5 org.

Arwah ada mak di Sabah. Mak angkat di KL. Ada ayah iaitu AR Badul.

Edited : Khabar angin forumer dalam ni bgtau, mak angkat di KL tu yang jaga dan membesarkan arwah dari kecil sebab ayah dan mak kandung tinggalkan arwah begitu saja.

Skrg duit diagihkan oleh wife (balu) pada mak, mak angkat dan 3 org anak. Milik 3 org anak masih dipegang balu, walaupon 2 tu dah balik pada mak kandungnya.

Edited : Adik beradik arwah desak balu untuk bahagi duit kepada anak arwah dengan ex wife.

Semua derma dapat ke wife (balu).

Khabar angin forumer dalam ni bgtau, arwah kawen dgn wife(balu) dan ceraikan ex wife (kisah rampas merampas).

Khabar angin dalam ni juga cakap ex wife hidup susah dan sebelom arwah meninggal, wife(balu) dah balik umah mak paknya sbb perkahwinan mereka bermasalah.

Org yg sepatutnya dapat harta faraid dalam senarai ni sepatutnya :
Isteri (balu) - masih isteri ketika meninggal
Anak dgn isteri
Anak dengan bekas isteri
Mak di sabah
Ayah - AR Badul

Yang tak layak dalam senarai faraid :
2 anak isteri(balu) hasil perkahwinan sebelom ni
Mak angkat
Ex wife

Adakah AR Badul serupa dengan Ali Susun?
Jawapannya TIDAK sbb AR Badul ada dalam senarai waris sah, manakala Ali Susun bukan dalam senarai waris. Tp sebab ayah tak jalankan tanggungjawab masa arwah hidup, tanggungjawab tu dijalankan oleh mak angkat, siapa lebih layak dapat harta peninggalan? NO ANSWER.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 2-12-2020 12:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Edisi tumpah teh benang sebelum ini :
https://bm.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1177147&extra=&page=1&mobile=2
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2020 08:54 PM From the mobile phone | Show all posts
klu bkn sbb duit nape tetiba bangkitkan ttg hak seorg ayah lps anak tu dh meninggal? Bau2 ikan sgt statement..
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2020 08:55 PM From the mobile phone | Show all posts
no comment.
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2020 08:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Hak datang dengan tanggungjawab. Patutnya sara cucu tu baru sebut hak.
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2020 09:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau ada anak laki bukan ke mak bapak da xdapat harta faraid? Ke i silap
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2020 09:03 PM From the mobile phone | Show all posts
ntah2 dia nak tu utk bagi kat cucu2 yg mak tiri anggap tak wujud
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2020 09:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Gelak i baca tajuk
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2020 09:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Wakakaka tajuk dia
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2020 09:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak dari x wife pon bini skrg ke yg jaga?

Cuba cucu cucu tu di beri ke AR Badul, ha... Barulah namanya hak...
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2020 09:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Lailerthee replied at 30-11-2020 09:00 PM
Kalau ada anak laki bukan ke mak bapak da xdapat harta faraid? Ke i silap

Dapat je lagi. Cuma kiraan lain la.
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2020 09:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Acik tak kesah sgt pasal royanan si badul neh, cuma heran kenapa balu si mati simpan duit faraid anak2 tiri dia? Kenapa tak bagi kat bekas isteri simati? Ke lepas lakinye mati, dia yg jaga anak2 tiri bukan mak kandung budak2 tu?
Sesapa pls enlighten me
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2020 09:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Realiti sebenar..ramai sgat jadi Ali Susun ni..termasuklah kuage belah arwah ayh aku..xpadan hal kami xpernah amik tau pun..beria amik no tel kami sudahnya bila da msuk 5 thun ayah meninggal, jenguk kami pun tak..choii..
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2020 09:15 PM From the mobile phone | Show all posts

"Mereka katakan kalau saya nak buat inkues, anak-anak dia akan kehilangan hak. Jadi selepas memikirkan mengenai hal itu, saya tarik balik permintaan untuk inkues.

Serius la buat inkues ilang kelayakan?
At least siasat la sket xde la mati katak gitu bak kat MTS....kes camni kalau xde pembelaan mmg mati katak ler....

Btw, bukan nak duit tp nak hak? Hak ape? Nak bela cucu ke? X paham hak ape yg dia nak kalau bukan duit
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2020 09:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Eeee dah tua2 pun tak malu cmni apooo nak jadi
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2020 09:18 PM From the mobile phone | Show all posts
ainnia replied at 30-11-2020 08:57 PM
Hak datang dengan tanggungjawab. Patutnya sara cucu tu baru sebut hak.

Mana ada org nk fikir bende tu..janji duit masyuk blh extend dapo or beli kete baru..
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2020 09:20 PM From the mobile phone | Show all posts
g mati la ko badul... hak konon.. puihhhh
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2020 09:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Lailerthee replied at 30-11-2020 09:00 PM
Kalau ada anak laki bukan ke mak bapak da xdapat harta faraid? Ke i silap

ada bahagian utk ibu bapa
cuma tu la
dia atm , so klu kat penama pencen dah bubuh nama waris tu mak dia
pak dia x dpt

point dia
badul bengang sbb duit tu dapat kat ex wife badul bukannya kat badul
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2020 09:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Acikgomen replied at 30-11-2020 09:11 PM
Acik tak kesah sgt pasal royanan si badul neh, cuma heran kenapa balu si mati simpan duit faraid ana ...

nak cover acik..utk pengetahuan acik...geng2 arwah back up kemain bini yg merampas ni walaupun depa tau perkara sebenar...
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2020 09:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Rasa macam Dia buat kematian anak Dia tu satu jual beli pula, dah meninggal baru nak tuntut hak... apoo...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list