|
Anggota polis minta wang kelindan lori ditahan
SYAMILAH ZULKIFLI | | 1 Disember 2020
SEREMBAN - Polis akan menjalankan siasatan secara telus berhubung dakwaan seorang anggotanya yang meminta wang daripada seorang kelindan lori dalam satu sekatan jalan raya semalam.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim berkata, suspek lelaki berusia 55 tahun itu telah pun ditahan di Senawang pada jam 12 tengah hari semalam.
Menurutnya, polis telah menerima laporan daripada kelindan berkenaan pada jam 9.44 pagi yang mana dia mendakwa telah ditahan semasa melalui susur tol Senawang kerana tidak dapat menunjukkan surat majikan.
"Pada waktu itu, pengadu telah diminta untuk membuat bayaran dan bagi menggantikan bayaran, pengadu diminta menyerahkan bawang yang berada di dalam lorinya.
"Bertindak atas maklumat, siasatan terperinci telah dijalankan dan tangkapan ke atas suspek telah dibuat pada hari sama jam 12 tengah hari di Senawang di sini," katanya.
Dalam pada itu, Mohd Said berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan kerana melakukan pemerasan dan pihaknya akan menjalankan siasatan secara terperinci tanpa sebarang kompromi serta akan mengambil tindakan sewajarnya.
Terdahulu sebuah portal melaporkan seorang kelindan lori didakwa dipaksa 'meninggalkan' dua guni bawang sebelum dibenarkan melepasi sekatan jalan raya di Negeri Sembilan, Ahad lalu.
Difahamkan insiden itu berlaku pada jam 2 petang, ketika lelaki berusia 26 tahun itu dan pemandu lori dalam perjalanan dari Shah Alam, Selangor untuk menghantar bawang serta ubi kentang di sekitar Seremban dan Senawang.
Lori tersebut tidak dibenarkan melepasi sekatan jalan raya dekat plaza tol Senawang kerana mereka didakwa gagal menunjukkan surat kebenaran perjalanan oleh polis.
|
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
memalukan.
dah nak bersara kantoi,helok sgt tu. |
|
|
|
|
|
Tatatertib bagai...
Hujung2 dpat pencen juaaaa....x gitew pulis2???  |
|
|
|
|
|
Pada waktu itu, pengadu telah diminta untuk membuat bayaran dan bagi menggantikan bayaran, pengadu diminta menyerahkan bawang yang berada di dalam lorinya.
diharap acik2 bawang turut berbangga 
|
|
|
|
|
|
Difahamkan insiden itu berlaku pada jam 2 petang, ketika lelaki berusia 26 tahun itu dan pemandu lori dalam perjalanan dari Shah Alam, Selangor untuk menghantar bawang serta ubi kentang di sekitar Seremban dan Senawang.
Bagus. Ada saksi.
Harap kes ni lekat.
|
|
|
|
|
|
hadoowww
tak dapat sen bawang pun bawang laaaa
|
|
|
|
|
|
Maklum ler bawang mahal sekarang bawang pun jadi |
|
|
|
|
|
seydehhhhh. bawang pun bawang laaaa. |
|
|
|
|
|
Apabila rasuah menjadi amalan hidup...
|
|
|
|
|
|
sebab tu kbykkn pemandu lori, psg dvr cam sembunyi2 dlm lori, rekod audio skali..cume blum ada yg viral aja nmpknya |
|
|
|
|
|
Teruk betul sengkek polis tua ni
Xde duit bawang pun jd
Mentang2 la bawang skrg naik rege  |
|
|
|
|
|
Lori nak hantar barangan makanan masih perlu surat majikan kah? Walaupun kategori essential service? |
|
|
|
|
|
saviour_09 replied at 1-12-2020 02:17 PM
hadoowww
tak dapat sen bawang pun bawang laaaa
Dah ada kes xde duit mangga 2 biji pon polis pow |
|
|
|
|
|
kalo harum manis boleh masuk akal lg
mahal @sedap kheennn
kalo mangga biasa2 tu pun nak paw, 2 bijik pulak tu, abis bangsat sgt la dah tu 
|
|
|
|
|
|
saviour_09 replied at 1-12-2020 03:43 PM
kalo harum manis boleh masuk akal lg
mahal @sedap kheennn
Xingt kaka bc kat mana tp dia ckp dia xde duit.. Br lps beli mangga tiga biji.. Polis tu kata bg la mangga.. So dia dpt sebuah. Polis amik dua buah.. hanets khuennnsss |
|
|
|
|
|
wah wah waahhh
bg pulak sebijik ke org tu
takut kempunan letteewwww
hanjjjjj sungguh perangai
|
|
|
|
|
|
saviour_09 replied at 1-12-2020 04:39 PM
wah wah waahhh
bg pulak sebijik ke org tu
Dh mmg skrg byk rasuah.. Dr ex PM pon dh pektis mana xsama2 naik |
|
|
|
|
|
Nampak macam SOP ja kan, bukak pintu... kaut. Macam tuan rumah kenduri kawin ja... 
|
|
|
|
|
|
Polis dan rasuah berpisah tiada.. baca je la taktik depa ni sama je cara nk ugut org supaya hulur... |
|
|
|
|
|
|