|
17 wanita kaya dikompaun RM1,000 ketika beli emas
ADILA SHARINNNI WAHID | | 30 November 2020
Pemilik dan pembeli emas diingatkan menjaga serta mematuhi prosedur operasi standart (SOP) ketika menjalankan urusan jual beli emas bagi mengelak tindakan kompaun RM1,000 dikenakan.
KOTA BHARU - Padah terlalu ghairah membeli emas murah sehingga berhimpit-himpit dan terlupa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) menyebabkan 17 wanita dikompaun RM1,000 manakala enam pemilik turut menerima nasib sama.
Ketua Polis Kelantan, Deputi Komisioner Shafien Mamat berkata, kes membabitkan pembeli dan penjual emas itu direkodkan di Kota Bharu dalam tempoh dua hari operasi polis susulan premis kedai emas yang diserbu berikutan emas murah sejak kelmarin.
Kompaun antaranya membabitkan kesalahan tidak menjaga penjarakkan fizikal, berebut sehingga tolak-menolak kerana ghairah mahu membeli barang kemas murah.
Kesalahan pemilik premis pula tidak patuh SOP seperti gagal menyediakan penyukat suhu selain mementingkan perniagaan sahaja. Natijahnya mereka dikenakan kompaun, katanya kepada pemberita pada Program Derma Darah Anjuran PDRM Kelantan bersama Unit Tabung Darah Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di Ibu Pejabat Polis Kontinjen di sini hari ini.
Beliau berkata, tindakan tegas termasuk arahan tutup premis akan dikuatkuasakan sekiranya terus ingkar SOP ketika urusan jual beli emas.
Sehingga kini tidak ada tindakan tutup premis diambil tetapi polis akan bersama pihak berkuasa tempatan (PBT) mengadakan rondaan. Kita tahu orang Kelantan kaya dan berhemah tetapi tidak akan berkompromi mengenai pematuhan SOP.
Pemilik dan pembeli emas diingatkan menjaga serta mematuhi prosedur operasi standart (SOP) ketika menjalankan urusan jual beli emas bagi mengelak tindakan kompaun RM1,000 dikenakan.
Saya menasihati pemilik premis supaya menyediakan lorong beratur dan menggunakan perkhidmatan anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela), katanya.
Mengulas lanjut, tahap pematuhan SOP di Kelantan secara keseluruhannya dalam tempoh 10 hari PKPB memuaskan dengan pencapaian 95 peratus.
Dalam pada itu, pada program berkenaan beliau bersama isteri yang juga Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (Perkep) Kontinjen Kelantan, Zairihan Che Haron turut mengambil peluang menderma darah sambil dihadiri Timbalan Pengarah Perubatan III HRPZ II, Tengku Anas Fathy Tengku Ahmad.
Seramai 85 polis mendaftarkan diri sebagai penderma darah dan ini sumbangan kecil kepada masyakat yang sangat memerlukan darah selain membantu menambah dana darah di hospital, katanya.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... 00-ketika-beli-emas
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
|
|
|
|
|
|
Kenapa thread ni tiada sambutan...
acik2 kepam semua pakat buat tak nampak ka?... 
|
|
|
|
|
|
nnt ada yg kata dengki nk jatuhkan perniagaan org
|
|
|
|
|
|
Kedai ni yang lapuran sebelumnya ada gambar menunjukan pelanggan berhimpit lihat barang kemas. Eloklah dah ada yang jaga perketat sop sebelum timbul kluster barang kemas pulak. |
|
|
|
|
|
Deme tgh sibuk bl emas la tu. Tu psl x membawang.. Hehehe.. |
|
|
|
|
|
Ni auntie @ acik kepam menyahut ni hah....
Hahaha ... Nasib baik auntie pergi kedai emas kat shopping complex kat Klang Valley semlm. Ada 3 customers jer... hahahaha....
Sabar2 lah acik2 semua bila beli emas....
Auntie dulu pernah "sound" jururawat2 drp hospital yg pergi kedai emas dgn uniform masing2. Diaorg tak jaga jarak social dgn auntie. Makin lama makin dekat, auntie kata, " Saya tak selesa lah, sila jaga jarak social yer". Dgn muka yg tegas....
|
|
|
|
|
|
acik acik kepam semua lagi sibuk berlaga dada kat kedai emas. tu masing2 dah kecut perut 
|
|
|
|
|
|
Dah kurang seribu ringgit nk beli emas |
|
|
|
|
|
best nyer dpt beli emas... dlm wassup group haku Ade jiran jual emas tp secara ansur2 dlm kata lain kutu emas kot... teringin nk join tp lama pulak dlm setahun pulak tu...harap2 Bulan depan dpt la haku beli emas utk ank Dara haku |
|
|
|
|
|
Kluater mas murohhh pulok pahni |
|
|
|
|
|
Kaya2 depa ni ya..pergi beli emas macam pegi supermarket ja gayanya. Kagum aku |
|
|
|
|
|
Seribu tu dh blh tambah cincin lg sebentuk |
|
|
|
|
|
Nahnukutu replied at 1-12-2020 04:09 PM
Kenapa thread ni tiada sambutan...
acik2 kepam semua pakat buat tak nampak ka?...
Mungkin ramai sskjp dlm ni  |
|
|
|
|
|
I lebih minat nak tau murah mana. Takde dlm berita harga emasnya haha |
|
|
|
|
|
swimswim replied at 1-12-2020 01:47 PM
I lebih minat nak tau murah mana. Takde dlm berita harga emasnya haha
Harini Rm233/gram..
Murah dah tu
Harap turun lagi bulan depan |
|
|
|
|
|
nazzse replied at 1-12-2020 09:51 PM
Harini Rm233/gram..
Murah dah tu
Harap turun lagi bulan depan
Haha tks awak.. I pernah beli masa harga rm177.. |
|
|
|
|
|
swimswim replied at 1-12-2020 01:53 PM
Haha tks awak.. I pernah beli masa harga rm177..
Bertahun lepas boleh lah sis.. Zaman gawat ni mana nak dapst harga mcm tu.
Dapat 200 lebih tu pun mujur sangat dah tu |
|
|
|
|
|
emas muroh !! bulih beli bulih tepoh !! |
|
|
|
|
|
Sayangnya seribu tu..boleh dapat cincin satu dah tu
|
|
|
|
|
|
|