Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
2757
View
93
Reply

[Tempatan] SEKALI LAGI pengguna guna kuasa membeli online menjelang jualan akhir tahun 12.12

[Copy link]

Author: R2D2       Show all posts   Read mode

Author
Post time 3-12-2020 03:46 PM | Show all posts |Read mode
Kuasa beli pengguna pacu ekonomi
    Oleh AFIQ MOHD. SHAH
    3 Disember 2020, 12:16 pm

KUALA LUMPUR: Perbelanjaan peribadi pengguna dilihat akan terus menjadi pendorong utama pertumbuhan ekonomi negara tahun hadapan merangkumi hingga 60 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Sehubungan itu, Ahli Ekonomi Kanan UOB Malaysia, Julia Goh berkata, sektor runcit dan perkhidmatan luar talian harus mencari kaedah baharu untuk berkembang maju dalam persekitaran pasca pandemik untuk sekurang-kurangnya mengekalkan pekerja mereka.

Katanya, kadar pengangguran dan kehilangan sumber pendapatan mungkin menjejaskan kuasa beli pengguna yang penting untuk pertumbuhan ekonomi.

Beliau berkata, banyak usaha harus dilakukan kerana ekonomi telah mengalami kerugian diunjurkan berjumlah hingga RM67 bilion akibat kesan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dan PKP Bersyarat (PKPB).

Satu cara adalah dengan mengintegrasikan strategi luar talian dan dalam talian bagi mengatasi perubahan yang diwujudkan oleh kebiasaan baharu dan memanfaatkan potensi ekonomi digital yang semakin meningkat.

Sumbangan e-dagang kepada KDNK meningkat daripada RM89 bilion pada 2015 kepada RM127 bilion atau 8.4 peratus daripada KDNK pada 2019. Walaupun sumbangan jualan dalam talian kepada jualan runcit secara keseluruhan masih kecil, ruang sememangnya wujud untuk ia menyaksikan pertumbuhan kukuh, katanya dalam majlis pelancaran 12.12 Jualan Ulang Tahun Shopee secara maya semalam.

Tambah Julia, permintaan konsumer yang lemah dan tahap kecairan perlahan telah menyebabkan perniagaan-perniagaan menghentikan operasi sama ada kekal atau sementara dengan difahamkan sektor makanan dan minuman telah mengurangkan sebanyak 35 peratus daripada tenaga kerja semasa PKP pada bulan Mac.

Dalam pada itu, Ketua Pengurusan Peniaga Shopee Malaysia, Zed Li berkata, kerjasama antara perniagaan luar dan dalam talian menyaksikan Shopee menggunakan kelebihannya untuk berinteraksi dengan pengguna dalam talian secara serta-merta dan menggalakkan pembelian produk, tawaran set menarik dan baucar tunai.

Kami mempersoalkan bagaimana kami dapat menyum­bang ke arah kelangsungan bagi perniagaan yang beroperasi secara fizikal dan mendapati peluang untuk memanfaatkan trafik kami yang tinggi bagi menarik pelanggan mengunjungi kedai mereka.

Selain itu, pengguna juga dapat memainkan peranan dalam membantu syarikat kegemaran mereka mengekalkan aliran tunai yang lebih stabil dengan membeli tawaran mereka secara dalam talian sebelum ke kedai untuk membuat penebusan, katanya.

Sempena jualan ulang tahun Shopee kelima pada 12.12 ini, pengguna setia Shopee dapat menikmati pelbagai tawaran termasuk penghantaran percuma dengan perbelanjaan minimum RM12, tawaran RM1 semasa Jualan Kilat Shocking Sale, aiskrim Family Mart percuma setiap hari daripada Shopee Farm dan ba­nyak lagi.

Shopee juga memperkenal rancangan permainan langsung baharu, Shopee Kotak Duit yang memberi ganjaran wang tunai sehingga RM12,000 kepada pengguna di samping rancangan pengiraan detik (countdown) secara langsung pada 11 Disember bermula pukul 9 malam yang menampilkan ramai bintang terkenal termasuk Sheila Majid, Faizal Tahir, Ruffedge, Misha Omar, Khai Bahar dan Dolla. C UTUSAN

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 3-12-2020 03:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Note: Thread has been banned by manager
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2020 04:04 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 3-12-2020 03:59 PM
Bro.. Ang plan nak beli apa? Ni antara yg aku aim..

Router tuk internet sarah..jgn mahai2 sgt..cap huawei ker
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2020 04:06 PM From the mobile phone | Show all posts
MissyMolly replied at 3-12-2020 04:04 PM
Router tuk internet sarah..jgn mahai2 sgt..cap huawei ker

Bukan.. Hat ni utk pendrive... Hahaha

Yg WiFi dogde aku beli 11/11..rm95
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2020 04:53 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 3-12-2020 04:06 PM
Bukan.. Hat ni utk pendrive... Hahaha

Yg WiFi dogde aku beli 11/11..rm95

Abis sale 12.12 ni stok baru masuk
Nanti acik buat pakej 4 items 100 5 items 100 nak tak
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2020 04:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Acikgomen replied at 3-12-2020 04:53 PM
Abis sale 12.12 ni stok baru masuk
Nanti acik buat pakej 4 items 100 5 items 100 nak tak{:1_553 ...

Yg pendrive tu ka acik? Kalau pendrive nak.. Senang sy nak transfer video utk edit kat tab
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2020 05:00 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 3-12-2020 04:57 PM
Yg pendrive tu ka acik? Kalau pendrive nak.. Senang sy nak transfer video utk edit kat tab

Acik pun tatau stok kalini ape benda yg byk
Cuma yg pasti ni semua stok trending 11.11 dgn Black Friday tuari
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2020 05:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Acikgomen replied at 3-12-2020 05:00 PM
Acik pun tatau stok kalini ape benda yg byk
Cuma yg pasti ni semua stok trending 11.11 dgn Black  ...


Wahhh.. Sy bagitau tadi kat acik.. Tiap2 bulan mmg sy akan spend duit utk beli tab bajet....utk test ok tak utk guna kelas online. Guna Microsoft opis semua tu.
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2020 05:01 PM From the mobile phone | Show all posts
bulan ni nak insaf..
last month ntah apa apa dibeli kat shopee
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2020 05:07 PM | Show all posts
soslaili replied at 3-12-2020 05:01 PM
bulan ni nak insaf..
last month ntah apa apa dibeli kat shopee

akk doakan kuat semangat.akk ni insaf kejap jer.hahahhaa pantang tertgk shopee..
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 3-12-2020 05:13 PM | Show all posts
tak sempat korang nak insaf
tetiba promosi 12.12
periuk desimi
periuk Noxxa

turun harga lagi

Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2020 05:45 PM | Show all posts
kali ni aku nk shopping from local seller je kt shopee tu..beli from seller china dekat sebulan baru sampai barang nye. barang dh 2 minggu ada kt malaysia tapi shopeesnail tu lmbt hntr. tak layak dipanggil shopeexpress yer courier shopee tu bila tanya bagi alasan high volume order. j&t elok je hantar laju
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2020 08:39 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 3-12-2020 04:06 PM
Bukan.. Hat ni utk pendrive... Hahaha

Yg WiFi dogde aku beli 11/11..rm95

Wah morahhh sbb sale ke?ok tk pakai?pastu data pakai pakej ap?kalau kt rumah ni ad unifi tp kalau balik kg tkde tenet..tgh survey nk pakai service apa skali router nih
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2020 08:48 PM From the mobile phone | Show all posts
MissyMolly replied at 3-12-2020 08:39 PM
Wah morahhh sbb sale ke?ok tk pakai?pastu data pakai pakej ap?kalau kt rumah ni ad unifi tp kalau  ...

Aku boh simcard prepaid celcom rm35 unlimited data.. Celcom sini mcm jebon sbb dah crowded.. Jaku aku guna pukul 3-4 am mmg laju.. Ni dah unlock.. Jadi.. Kalau guna maxis apa.. X kacau data hotspot kita.

Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2020 08:51 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 3-12-2020 08:48 PM
Aku boh simcard prepaid celcom rm35 unlimited data.. Celcom sini mcm jebon sbb dah crowded.. Jaku  ...

Maxis pakej apa sarah?tu ke yg rm95 tu?mmm hensem eheheee
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2020 08:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Note: Thread has been banned by manager
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2020 08:59 PM From the mobile phone | Show all posts
MissyMolly replied at 3-12-2020 08:51 PM
Maxis pakej apa sarah?tu ke yg rm95 tu?mmm hensem eheheee

Tak.. Aku cari prepaid juga. Aku dah ada celcom gold.. Mslhnya data aku 50GB.. Tak sampai 30 hari habis.. Ni akibat gila bunuh zombie.. Hahahaha.. Jadi aku back up bila data postpaid habis baru on data prepaid..
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2020 09:01 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 3-12-2020 08:57 PM
Ni aku nak share barang aku boh dalam cart.. Punca aku nak cuba buat channel youtube.. Sila muntah d ...

War warkan channel YouTube. Nanti kaben subscribe
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2020 09:03 PM From the mobile phone | Show all posts
MissyMolly replied at 3-12-2020 08:51 PM
Maxis pakej apa sarah?tu ke yg rm95 tu?mmm hensem eheheee

Ni plan data hotlink prepaid aku tgk dok consider.. Bukan la unlimited sangat.. Sbb dia cap kat 50GB.. Dan boleh guna dongle aku share tu utk bypass hotspot kouta..
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2020 09:04 PM From the mobile phone | Show all posts
kuihbakar replied at 3-12-2020 09:01 PM
War warkan channel YouTube. Nanti kaben subscribe

Hihihi.. Harus... Nama glamer forum.. Makcik B40 PPRT..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list