Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
6307
View
165
Reply

Ramai Tak Puas Hati Premis Makanan Tutup Pukul 8 Malam

[Copy link]

Author: CARI-HBZ       Show all posts   Read mode

Author
Post time 15-1-2021 12:24 AM | Show all posts |Read mode


Semua premis perniagaan diarahkan tutup pada jam 8 malam sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan di sekitar Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. foto AFIQ HAMBALI, 14 JANUARI 2021.






KUALA LUMPUR C Nampaknya tidak semua setuju dengan peraturan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kali ini terutamanya soal premis makanan ditutup pukul 8 malam.


Rasa tidak puas hati itu dapat dilihat dalam ciapan dan hantaran di media sosial terutama kepada peniaga dan penghantar makanan.


Semua premis perniagaan diarahkan tutup pada jam 8 malam sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan di sekitar Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. foto AFIQ HAMBALI, 14 JANUARI 2021.






Bagi mereka premis makanan ditutup pukul 8 malam itu terlalu awal terutama di kawasan bandar dan Lembah Klang.


Ada juga merungut kerana premis pandu lalu restoran makanan segera sudah tutup pintu pukul 8 malam.


Bagi mereka peraturan itu tidak kena kerana arahan supaya restoran tidak membenarkan orang ramai duduk makan dalam premis sudah memadai.


Ada berpendapat lebih baik peraturan membenarkan premis makanan beroperasi sampai pukul 12 tengah malam kerana ia memudahkan orang ramai, peniaga dan mereka yang cari makan menjadi penghantar makanan seperti sebelum ini.


Semua premis perniagaan diarahkan tutup pada jam 8 malam sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan di sekitar Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. foto AFIQ HAMBALI, 14 JANUARI 2021.






B*d*h punya Gov, apa issue tutup kedai jam 8pm. Walhal bukan boleh dine in pun. Trust me theyll change to 12am back later. Setahun Covid19 pun takda perancangan tetap. St*p*d, kata seorang netizen, Nabil Halimi.


Bagi seorang lagi netizen yang dikenali sebagai Z, peraturan itu memberi kesan buruk kepada peniaga sepertinya.


Salam yb Dato Sri @IsmailSabri60. Kami peniaga terkesan dengan waktu penutupan awal 8pm. Pelanggan kebanyakan baru nak order pukul 8. Kalau sekurang kurangnya dibenarkan sampai 10pm dapat banyak perbezaan. Kami peniaga dan rider patuhi SOP tiada dine in. Minta dipertimbangkan, katanya.


Apa yang pasti, kerajaan melalui Majlis Keselamatan Negara sudah pasti ada sebab menguatkuasakan peraturan untuk PKP 2.0 terutama dalam suasanan penularan Covid-19 semakin bermaharajalela.


Bagaimanapun, suara rakyat dan orang ramai C lebih-lebih lagi yang terkesan dengan norma baharu itu perlu didengari dan mungkin ada penyelesaian terbaik sepanjang tempoh dua minggu PKP diadakan ini.






Sumber - MalaysiaGazette

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 15-1-2021 12:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Masakla sendiri rumah
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2021 12:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Cuba mkn awal wahai pembeli n penjual supaya kawal berat bdn masing2. Ape yg susahnya 2 mgu je pun cuba tahan sket bkn x blh bniaga langsung.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2021 01:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Rakyat ni semua nak ikut mudah dia jekkkk
Dah bagi jimba2 isinar mora pon masih kena hambur stupid gomen
Cer Pee esh yang pegang?

Tak pun cer p duduk negara lain
Silap hb farmasi dgn shop brgn runcit je bkak. Tu pon sekerat hari

Lockdown biasa kedai makan tutup terus tau takkkkk? #xbersyukur betul
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2021 01:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Lmao tak semua org wfh dik non. Jalan at kl selangor ni banyak je yg jammed mcm biasa balik kejer.

Mmg ngok sgt tutup pukup 8. Lagi la sesak manusia beratur kat restoran, dgn delivery lg. Dah take away bukak je la takde risk makan kat oudoor tak bermask yg org dok risau sgt. Padahal yg lagi bahaya indoor beraircond tu taknak pulak banned masa bukan PKP pun.

Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2021 01:39 AM From the mobile phone | Show all posts
me pun terkejut smlm hubby cakap pizzahut dah tutup..dy balik reja singgah nak beli pizza. tutup.. gila awai kedai pukoi8 dah tutup..
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2021 01:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau nk tutup lmbat baik xpyh pkp. Bila dah tutup lmbat, sng la nk lepak mlm2 kan?? Beli la awal lps tu mkn. Mengada2 la
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2021 01:48 AM | Show all posts

manjanya yang dok merengek tutup awal..dah terbiasa hidup senang macam ni la.

tak faham ke kita dalam musibah sekarang ni. belum lagi perintah berkurung tentera. ramai yg lahir2 dah senang tu jadi lembik dan kuat komplen. benda senang pun tak boleh nak urus.. dah tau tutup awal beli la siap2 sebelum tutup.. online pun boleh apa lagi alasan, nak ngan tak nak je
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2021 01:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Alahai..tak mati pun kalau x sempat makan pukul 8...puasa je la satu malam..esok pagi2 subuh tunggu la depan kedai beli makan..
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2021 02:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Mmg tak mati tak makan semalam.tp anak2 perut kena sumbat kalau tak meragam mlm2 menjerit mulalah org ingat anak kena dera lmao.

Kalau nak melepak malam2 tak perlu makan pun boleh je pusing2 kl ronda dengan laki tp org balik keje nak makan lepas tu kedai dah tutup. Tak ke bongok tak ada risiko kedai bukak sampai pukul berapa pun kalau boleh take away je, follow SOP pakai mask social distancing tu.

Ni kilang yg paing banyak kluster tu elok je pulak bukak 24 jam.

Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2021 02:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Makan la awal.. Order pukul 6 lepas tu makan sebelum pukul 7.. Kalau lapar lagi, sediakan je snek macam biskut or buah.. Apa yang susah sangat? Mengada2 betul la yang banyak komplen ni..
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2021 03:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Nasib baik aku masak sendiri. Tapi time2 PKP ni lah mengidam macam, nak makan latok lah, apalah.. Bila time senang nk carik, x nk pulak p beli.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2021 03:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku sokong je kedai bukak sampai kul 10 mlm.. asalkan semua kene bungkus la.. sebab kul 8 tu mcm awal sgt jugak.... org bujang bukannye masak.. kadang dapur pun takde.. sian gakk.. malam2 lapo..
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2021 03:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by lattehazelnut at 15-1-2021 04:35 AM

Rindunya makan kat insaf..

Kalau order makanan pukul 7pm dah xboleh order dah.. i rasa kalau pegi restoran nak tapau pun 7.30pm paling lewat pun..
Bukan pukul 8pm boleh dtg n order lg..

Lepas tu makan awal, malam sikit lapar balik.. sekian..
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2021 05:33 AM | Show all posts
Sini 8 malam dah curfew.

8.01 masih kat luar, sediakan aje duit antara seribu ke 6 ribu dollars bayar denda.

Best curfew, selepas 8 malam, sunyi sepi tanpa bunyi kenderaan...
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2021 06:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Oder la foodpanda awal2.. Kul 6 tu ke.. Adoii la.. Jiran2 aku ramai bt mcm ni.. Kul 5 atau 6 dia org dah oder foodpanda tuk mkn tgh mlm.. Pizza la, mcd la, KFC la, mcm2 la.. Start kul 11 pg dah pin2 tuk lunch.. Gan kul 5 atau 6 petang.. Rancak oooo.. Seronok lak tgk
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2021 06:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Gerai burger area aku ni, meriah lagi lepas kul 8.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2021 06:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Org Malaysia jenis makan malam lewat. Ini amalan kurang sihat.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2021 07:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Makan malam paling ideal antara pukul 6 dengan pukul 8 je

bewak mana pulak yang tak puas hati tu

sekolah ke tak
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2021 07:09 AM From the mobile phone | Show all posts
chinta89 replied at 15-1-2021 12:30 AM
Cuba mkn awal wahai pembeli n penjual supaya kawal berat bdn masing2. Ape yg susahnya 2 mgu je pun c ...

Tak rasa utk 2 minggu je
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list