Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
123Next
Return to list New
2327
View
53
Reply

[Tempatan] Buku teks Sejarah Tingkatan 4 dimanipulasi, Pemuda UMNO buat laporan polis

[Copy link]

Author: EJALTI       Show all posts   Read mode

Author
Post time 1-3-2021 10:46 PM | Show all posts |Read mode
Buku teks Sejarah Tingkatan 4 dimanipulasi

https://www.utusan.com.my/berita ... tan-4-dimanipulasi/

Oleh AHMAD FADHLULLAH ADNAN
1 Mac 2021, 9:10 pm


PEMUDA UMNO membuat laporan polis di Balai Polis Sri Petaling mengenai dakwaan kandungan buku teks Sejarah Tingkatan 4 yang dimanipulasi.

PETALING JAYA: Pergerakan Pemuda UMNO membuat laporan polis berhubung kandungan buku teks Sejarah Tingkatan 4 yang didakwa ada unsur-unsur manipulasi.

Laporan polis dibuat Exconya, Aizat Azam di Balai Polis Sri Petaling bersama Ketua Pemuda UMNO Bahagian Bandar Tun Razak, Ashrul Ashryzad Mohd. Nashri dan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Muar, Mohd. Helmy Abd. Latiff.

Aizat berkata, Pemuda UMNO mendapati wujud unsur-unsur manipulasi kandungan buku teks tersebut yang juga telah diteliti pakar sejarah dan ahli akademik, Profesor Datuk Dr. Ramlah Adam.

Pemuda UMNO yakin terdapat campur tangan dalam penyediaan kandungan sejarah buku teks tersebut yang cuba dimanipulasi sehingga menidakkan fakta lain yang sepatutnya tidak boleh dipinggirkan.

Ini soal fakta sejarah yang perlu diterima oleh semua pihak dan perlu diketahui generasi hari ini supaya mereka mengetahui dan memahami perjuangan bangsa di tanah air sendiri, katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Tambahnya, beberapa persoalan turut dibangkitkan termasuk siapa yang meluluskan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Sejarah yang dinyatakan Kementerian Pendidikan.

Ini kerana pada 24 April 2018 yang disebut kementerian itu sebagai tarikh DSKP diperakui sah adalah melewati tarikh Parlimen dibubarkan iaitu pada 7 April 2018. Ini bermakna proses penulisan dan percetakan berlaku selepas 24 April 2018.

Siapakah kerajaan yang memerintah dari Mei 2018 sehingga buku Sejarah ini dicetak sebagai Cetakan Pertama pada tahun 2019? soalnya.

Dalam pada itu, Ashrul Ashryzad menggesa Kementerian Pendidikan menarik semula buku teks tersebut dan mengkaji semula kandungannya agar menepati fakta sejarah.

Saya melihat isu ini sangat serius kerana membabitkan kandungan fakta sejarah yang telah dimanipulasi pihak yang cuba menafikan fakta sebenar sejarah negara dan tindakan sedemikian rupa sangat memalukan, katanya.

Mohd. Helmy pula berkata, isu tersebut bukanlah isu parti politik tetapi isu fakta sejarah yang cuba disembunyi dan dinafikan signifikannya.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 1-3-2021 10:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Syabas pemuda memerhati dengan tajam

dah lama komunis dap target budak2 sekolah

menang pru14 terus cucuk jarum

mentang2 dapat jadi menteri pendidikan

maszlee cuma tunggul kayu

mansuhkan semua buku sejarah yang sempat dipesong komunis tu

celaka betul
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2021 11:02 PM | Show all posts
dizekni replied at 1-3-2021 10:54 PM
Syabas pemuda memerhati dengan tajam

dah lama komunis dap target budak2 sekolah

tngk umno wat keje

pas?

da jadi parti azmin semburit skang ni
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2021 12:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by tripleid at 3-3-2021 11:48 AM

Parlimen bubar ..7/4

DSKP dilulus ..24/4

PRU14 ..9/5

Logik umngok: Dapig dah manipulasi subjek sejarah buku teks.

Stupidity at the highest level! ..ingat nak alter silibus buku teks ni mcm semudah nak tulis repot polis agaknya?

Muka2 tukang wat repot pun mcm spm gred 3 jah sesekor

Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2021 12:20 AM From the mobile phone | Show all posts
tripleid replied at 2-3-2021 12:14 AM
Parlimen bubar ..7/4

DSKP dilulus ..24/4

Orang DKSP ko DKSP

tu baru draf yang dilulus

banyak masa nak ubah ka tokok tambah ka sebelum print

asal bahalol je geng PH
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2021 12:47 AM | Show all posts
Edited by tripleid at 2-3-2021 12:50 AM
dizekni replied at 2-3-2021 12:20 AM
Orang DKSP ko DKSP

tu baru draf yang dilulus

so sape yg buat draf tu sblum diluluskan?..mestilah draf tu dibuat zaman gomen bn-umno jugak.
umngok sendiri buat draf,umngok sendiri yg luluskan lepas tu ujung2 salahkan dapig (skrip sama umngokpas dok ulang2 utk tipu melayu bodoh cam ko sampai kiamat..)




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2021 12:48 AM | Show all posts
Edited by tripleid at 2-3-2021 12:52 AM

Perjuangan tuntut kemerdekaan bukan bermula dengan Umno
Oleh ANUAR AHMADMarch 1, 2021 4:39 pm 1



Saya menonton hingga tamat wacana ini pada 26 Februari lalu. Satu wacana yang katanya ilmiah untuk merasionalkan dakwaan bahawa buku teks sejarah tingkatan 4 mengangkat komunisme dan pejuang berhaluan kiri.

Saya Ketua Program Ijazah Sarjana Pendidikan Sejarah di universiti tempat saya bekerja sekarang. Alhamdulilah, telah menghasilkan ratusan graduan sarjana pendidikan sejarah sejak tahun 2000.

Kebanyakan graduan ini adalah guru Sejarah yang sedang berkhidmat di sekolah menengah. Kami saling berhubung dan berbincang tentang pendidikan sejarah sekolah.

Saya juga pernah terlibat dengan pelbagai jawatankuasa pengubalan kurikulum sejarah tingkatan 1-5 dan pengubalan kurikulum sejarah sekolah rendah di bawah KPM.

Pernah jugalah dilantik sebagai jawatankuasa merangka silibus sejarah dan menghasilkan DSKP Sejarah sekolah menengah. Pernah juga dilantik beberapa kali sebagai panel penilai buku teks sejarah oleh pihak DBP.

Kena cerita juga serba sikit apa yang saya tahu supaya orang tidak kata sekadar memandai-mandai bagi komen pasal isu buku teks Sejarah ini.

Apa pandangan saya tentang wacana ini?

Pertama, ada beza besar antara niat mencari kesalahan dengan niat mencari kebenaran. Jika kita dengar, seolah-olahnya banyak sekali kesalahan yang dilakukan oleh penulis buku teks sejarah dan pakar rujuk yang dilantik oleh KPM.



Saya beri satu contoh. Dikatakan oleh ahli panel mengapa perjuangan golongan kiri tidak perlu dimasukkan dalam buku teks Sejarah kerana mereka adalah pihak yang kalah dalam berjuang, yang menang adalah Umno apabila British menyokong cadangan Persekutuan 1948 dan menolak Perlembagaan Rakyat 1947.

Maksudnya sejarah dalam buku teks pada ahli panel adalah sejarah kumpulan yang menang. Pada ahli panel adalah salah untuk masukkan kisah perjuangan orang kalah dalam buku teks Sejarah. Kumpulan yang kalah dalam berjuang tiada tempat dalam pengisahan sejarah nasional. Itu hujah ahli panel terlibat.




Jadi ini soalan balas saya;

Bagaimana pula dengan kisah kekalahan semua nasionalis Melayu sebelumnya? Dol Said kalah berjuang di Naning, Tok Janggut kalah di Kelantan, Tok Bahaman kalah di Pahang, Dato Maharaja Lela kalah di Perak, Rentap kalah di Sarawak, Mat Salleh kalah di Sabah. Sultan Melaka kalah kepada Portugis, Jepun pula kalah pada British.



Mengapa masukkan kisah perjuangan orang kalah dalam buku teks? Bukankah kisah kejayaan sepoi-sepoi Inggeris dan orang Melayu yang memihak pada pihak penjajah sehingga berjaya menewaskan para nasionalis Melayu ini yang patut diangkat?

Jika soal menang atau kalah menjadi alasan, tiadalah sejarah perjuangan nasionalisme awal di negara ini.

Sejarah yang benar bukan soal siapa menang atau siapa yang kalah. Bukan. Tapi sejauhmana kisah sejarah tersebut boleh mengukuhkan rasa sayang anak bangsa pada pengorbanan pejuang terdahulu.

Rasa bangga dan patriotik atas pengorbanan pejuang dahulu, tanpa mengira yang berhaluan kanan atau kiri. Asalkan mereka bukan musuh negara. Itupun jika kita mahu jujur dalam mencari kebenaran dari sejarah. Itupun jika kita mahu anak-anak kita belajar tentang kebenaran sejarah.

Jadi, hujah yang dibawa oleh panel bahawa sejarah haluan kiri tidak perlu dimasukkan kerana mereka adalah kumpulan yang kalah adalah hujah dangkal dari perspektif penteorian ilmu pendidikan sejarah.

Kedua, panel tidak menyatakan di manakah berlakunya kesalahan fakta sejarah di dalam buku teks Sejarah tersebut. Tidak ada satu pun dinyatakan secara tepat.



Jika benar ada kesalahan fakta, saya juga tuntut buku teks Sejarah ini ditarik semula. Tapi apa yang kita dengar, yang dinyatakan sebagai fakta salah hanyalah sekadar tafsiran beliau sendiri. Misalnya bahawa Umno tidak ditonjolkan sebagai pihak yang berjaya memperjuangkan kemerdekaan dalam bab enam.

Saya pernah terlibat sebagai panel dalam pembinaan silibus kurikulum Sejarah sejak tahun 2004 lagi. Ketika itu pegawai unit kurikulum Sejarah KPM ialah Puan Maharom Mahamud (sudah pencen sekarang) dan salah seorang pegawai unit Sejarah yang bekerja rapat dengan saya ialah Puan Zamani Abdul Hamid (sekarang Datin Seri Timbalan Pengarah Pelajaran Malaysia).



Ketika itu, pejabat Pusat Perkembangan Kurikulum (nama lama BPK) pun masih di Jalan Duta Kuala Lumpur. Belum di Putrajaya.

Apabila kami membina silibus Sejarah, kami wajib melakukan pelataan atau penjajaran isikandungan sejarah. Kalau bab 6 ialah ancaman komunis, tentulah sumbangan Umno tidak dibincangkan di situ.

Tengoklah di bab tentang perjuangan Umno menuntut kemerdekaan. Pelataan atau penjajaran kurikulum adalah amalan dalam rekabentuk kurikulum.
Tujuannya supaya tidak ada tindanlapis, mencakupi matlamat kurikulum, utamakan kronologi, tiada perulangan dan mesti berlaku perkaitan antara bab dengan bab yang lain.

Mengapa pula sumbangan Umno perlu ada dalam bab ancaman komunis? Nanti akan ada bab khusus bincangkan perjuangan Umno.

Ketiga, disebut oleh panel, mengapa di dalam Bab 6, kisah serangan komunis diangkat dalam buku teks Sejarah ini? Siap dengan bilangan serangan, tarikh dan tempat di mana serangan komunis itu berlaku?

Kata beliau lagi, sedangkan kisah tentera dan polis tidak diangkat pula. Saya tahu hujah beliau salah tetapi saya ambil masa semak semula semua muka surat dalam bab 6 tersebut.

Ini komen saya.

Bab itu tajuk besarnya Ancaman Komunis dan Pengisytiharan Darurat. Dari 26 mukasurat dalam bab ini, hanya 7 mukasurat mengisahkan latar dan kekejaman komunis. Manakala 19 mukasurat yang lain mengisahkan usaha kerajaan, tindakan pasukan polis, tentera dan masyarakat menentang penganas komunis.

Pada mukasurat 151, ada satu grafik yang menyatakan serangan komunis dengan secara tepat, siap diberikan tarikh dan tempat sekali. Mengapa?
Supaya kita tidak mahu ada pihak lain yang boleh kata betul ke komunis ni jahat sangat? Bahaya sangat ke penganas komunis ni? Apa buktinya? Sebab itu secara berfakta ada tarikh, tempat dan bilangan serangan komunis yang telah dinyatakan dalam bab ini.

Itu bukan untuk angkat komunis, ini nak buktikan pada pelajar yang penganas komunis kejam dan sangat mengancam keselamatan negara, dan ini akan dikaitkan untuk menjelaskan mengapa darurat 1948 telah dilaksanakan.



Tiada satupun di dalam mana-mana bahagian buku teks Sejarah ini menafikan sumbangan Umno di dalam memperjuangkan kemerdekaan.
Memang benar, sumbangan Umno besar sekali dalam sejarah kemerdekaan negara kita. Tetapi bukan Umno sahaja yang mahu negara ini merdeka. Semua pihak yang sayangkan negara juga ingin negara ini merdeka. Ini juga sejarah yang benar.

PKMM, API, AWAS dan berbelas persatuan yang lain juga ada sumbangan mereka dalam menuntut kemerdekaan dari penjajah. Dan mereka yang berhaluan kiri ini bukan semuanya komunis. Umno juga pernah berkerjsama dengan sebahagian besar dengan mereka yang berhaluan kiri.

Perlu diketahui, Umno wujud pada 1946, sedangkan perjuangan menuntut kemerdekaan oleh golongan berhaluan kiri telah bermula lebih awal, malah telah bermula sebelum perang dunia kedua lagi melalui Kesatuan Melayu Muda (KMM) sebelum diharamkan.

Perjuangan menuntut kemerdekaan bukanlah bermula dengan Umno sahaja. UMNO bersama dengan banyak lagi pihak yang lain bersama memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu. Itu sejarah yang sebenar.

Menyembunyikan kebenaran sejarah adalah satu jenayah ilmu sejarah. Membiarkan anak-anak mempercayai sejarah yang pincang dan berat sebelah sebenarnya jauh lebih buruk dari membiarkan mereka tidak mengetahui sejarah itu langsung.

Nota Tambahan: Ada seorang lagi panel yang saya tidak faham sangat hujung pangkal apa yang cuba dibincangkan. Asyik dengan tangan ajaib dari awal sampai akhir. Mungkin beliau ada hujah sendiri tapi saya yang tak sampai untuk memahaminya. Jadi, no comment dari saya.

*ANUAR AHMAD merupakan Pensyarah Kanan Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2021 04:20 AM | Show all posts
tripleid replied at 2-3-2021 12:48 AM
Perjuangan tuntut kemerdekaan bukan bermula dengan Umno
Oleh ANUAR AHMADMarch 1, 2021 4:39 pm 1

Panjang2 explain pun kalau otak macam DIjek xder nak faham.....just reveal the truth yg MPAJA tu melawan tentera Jepun(rasanya masa aku SPM dulu dah ada fakta ni) serta cuma menegaskan lagi yg BUANG mmg wujud zaman Jepun dulu, dikatanya iktiraf KOMUNIS PEJUANG KEMERDEKAAN


Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2021 07:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Tukar subjek sejarah di sekolah kepada subjek sejarah umno.
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2021 12:58 PM | Show all posts
tak sabar nak tunggu sesi mahkamah.
biar umngok perasan tergigit ekor sendiri

Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2021 12:59 PM | Show all posts
jadi korang setuju ke chin peng memperjuangkn kemerdekaan?
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2021 01:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah nak PRU kan so UMNGOK kena lah jual isu... Nak bangkitkan sokongan... Paling simple la ni jual cerita komunis....

Nak jual cerita Islam PAS dah bolot... Nak jual cerita ekonomi ka pembangunan ka... Dah tak laku sebab ekonomi memang down sebab kobid.... So senang jual cerita komunis... Pasti berbondong bondong Melayu2 dok kampung undi UMNGOK PRU nanti...
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2021 01:48 PM From the mobile phone | Show all posts
axl_bach replied at 2-3-2021 04:20 AM
Panjang2 explain pun kalau otak macam DIjek xder nak faham.....just reveal the truth yg MPAJA tu m ...

Otak penuh taik mcm dijek mmg xkan faham dan tak ingin nak faham sejarah sebenar..dia nak umno je yg jadi hero..parti2 lain yg bertahun lbh awal drpd umno memperjuangkan merdeka mcm pkmm,API,AWAS sume tu x layak masuk buku sejarah kekdahnya..
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2021 01:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by axl_bach at 2-3-2021 02:00 PM
rajamoney replied at 2-3-2021 12:59 PM
jadi korang setuju ke chin peng memperjuangkn kemerdekaan?


Sapa cakap cenggitu?

Melawan British atau Jepun ada byk sebab.....

Kalau tgk btol2 pun pejuang2 dulu yg lawan British bkn sbb nk merdeka tp sbb hak pungut cukai sbg pembesar kawasan dirampas oleh British.....

MPAJA lawan Jepun atas faktor sejarah bangsa Jepun-China.....
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2021 12:37 AM From the mobile phone | Show all posts
tripleid replied at 2-3-2021 12:47 AM
so sape yg buat draf tu sblum diluluskan?..mestilah draf tu dibuat zaman gomen bn-umno jugak.
umn ...

unsur cina komunis jika terlibat kena disiasat sampai lubang anjing
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2021 12:38 AM From the mobile phone | Show all posts
tripleid replied at 2-3-2021 12:48 AM
Perjuangan tuntut kemerdekaan bukan bermula dengan Umno
Oleh ANUAR AHMADMarch 1, 2021 4:39 pm 1


Penulisan yang bodoh hanya dibaca oleh orang2 yang juga bodoh

panjang lebar tapi sampah semuanya

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2021 12:41 AM From the mobile phone | Show all posts
axl_bach replied at 2-3-2021 04:20 AM
Panjang2 explain pun kalau otak macam DIjek xder nak faham.....just reveal the truth yg MPAJA tu m ...

Ko nak kencing geng mahacai level otak low macam ko boleh la

british kalah atas kebijaksanaan umno berpolitik menyatukan Melayu

biarkan je puak buta sejarah hidup dalam kebodohan
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2021 12:43 AM From the mobile phone | Show all posts
axl_bach replied at 2-3-2021 01:52 PM
Sapa cakap cenggitu?

Melawan British atau Jepun ada byk sebab.....

cina mpaja ka apa ka

lawan jepun lepastu british lepastu Melayu

sebab nak bentuk negara yang dikuasai cina

ko jadi  bodoh sebab sekolah sjkc ka
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2021 12:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku tak sangka sampai gini sekali bodohnya puak2 ni demi nk merampas kuasa
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2021 01:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Umno tu parti bangsawan, clearly balaci penjajah British. Umno mana penah angkat senjata lawan penjajah. Dikala Malaya huru hara, depa syok aje lepak kat London. Tetiba bila merdeka je, terus Umno dipilih dek penjajah Brits tuan besar Umno duduk di tampuk pemerintahan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list