Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
469
View
0
Reply

Gaji RM5.66 juta seminggu - Erling Haaland

[Copy link]

Author: piao       Show all posts   Read mode

Author
Post time 12-4-2021 12:40 PM | Show all posts |Read mode
Gaji RM5.66 juta seminggu


HAALAND menjadi idaman kelab gergasi Eropah. FOTO AFP


London: Mino Raiola mahu menjadikan Erling Haaland pemain pertama bergaji 1 juta (RM5.66 juta) seminggu, menurut laporan hari ini dengan tiga kelab gergasi bersaing mendapatkan tandatangan bintang muda Norway itu.

Menurut The Mirror, ejen terbabit mahu memastikan perjanjian mega untuk pelanggannya yang pasti di luar kemampuan kebanyakan kelab.

Kontrak 1 juta seminggu akan melonjakkan Haaland mengatasi Lionel Messi, Cristiano Ronaldo dan Neymar sebagai pemain bergaji paling tinggi di dunia.

SunSport mendedahkan Haaland sendiri menuntut bayaran 600,000 (RM3.4 juta) seminggu yang cukup untuknya mencipta rekod pemain bergaji paling tinggi di Liga Perdana Inggeris tetapi ejennya mahukan yang lebih baik untuk pemain itu.

Raiola dan ayah Haaland, Alf-Inge berunding dengan gergasi Sepanyol, Barcelona dan Real Madrid pada awal bulan ini dan difahamkan kedua-duanya terkejut dengan angka yang dinyatakan Raiola.

Jumlah yang sama juga diberikan kepada kelab Liga Perdana yang cuba membida pemain berusia 20 tahun itu.

Selain rekod gaji mega, perpindahan pada musim panas ini pasti membabitkan yuran perpindahan sekurang-kurangnya 150 juta (RM850 juta) dengan beberapa kelab sahaja sanggup membayarnya.


Sumber : https://www.hmetro.com.my

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list