Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
10145
View
148
Reply

[Tempatan] Pelajar perempuan dimalukan, diraba untuk periksa datang bulan. #16, Tak wajar, kata Mufti. #48, MARA siasat dakwaan pemeriksaan haid di sekolah.

[Copy link]

Author: EJALTI       Show all posts   Read mode

Author
Post time 22-4-2021 09:10 AM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 22-4-2021 06:40 AM

Pelajar perempuan dimalukan, diraba untuk periksa datang bulan

https://www.malaysiakini.com/news/571660

Alyaa Alhadjri
Diterbitkan 22 Apr 2021, 8:06 am
Dikemaskini 8:48 am



Amalan memeriksa pelajar perempuan secara fizikal untuk membuktikan mereka datang bulan dikatakan berlaku sejak 20 tahun lalu, menurut pelajar dan bekas pelajar di beberapa buah sekolah.

Perbuatan yang dilakukan para guru, warden asrama dan pengawas itu antara lain meminta pelajar menunjukkan kesan darah pada tuala wanita, melakukan calitan pada kemaluan dengan kapas, tisu atau jari mereka untuk membuktikan mereka tidak boleh bersolat jemaah kerana mengalami haid.

Malah pelajar juga diraba di bahagian alat sulit untuk mengetahui sama ada mereka memakai tuala wanita.

Sekumpulan individu bercakap kepada Malaysiakini bagi menceritakan pengalaman mereka di sekolah berasrama yang dianggap "memalukan".

Malaysiakini dimaklumkan bahawa amalan seumpama ini kebanyakannya berlaku di sekolah berasrama penuh namun ada juga kes yang terjadi di sekolah harian dan sekolah agama persendirian.

Sekumpulan individu menghubungi Malaysiakini untuk berkongsi cerita mereka selepas isu itu dibangkitkan seorang pengguna Twitter yang bertanya mengenai apakah amalan tersebut masih berlaku di sekolah.

Bebenang Twitter yang berkongsikan kisah-kisah ini dikongsikan lebih daripada 6,000 kali. Mereka tampil mengatakan bahawa mereka ingin melihat amalan memalukan itu dihentikan.

Semua nama telah diubah untuk melindungi identiti mereka yang terlibat.

'Kami diraba dari belakang'

Siti N *, seorang pelajar di sekolah agama persendirian menceritakan bahawa dari Isnin hingga Khamis, pelajar diwajibkan bersolat jemaah, manakala pelajar yang datang bulan ditempatkan di sebuah bilik di mana kitaran haid mereka dicatat dalam buku rekod.

"Kadang-kadang, mereka akan beri kami sehelai kertas atau tisu, minta kami ke tandas dan tunjukkan darah haid kami," katanya melalui WhatsApp.

"Saya ingat pada satu ketika, mereka minta kami berkumpul di padang bola.

Guru dan pengawas mesti periksa seluar dalam kami satu persatu dengan meraba belakang kami. Ia agak mengaibkan dan saya merasa sangat menjijikkan, kata Siti yang kini menuntut di universiti.

Pada usia 13 tahun, Adriana berkata dia memasuki sekolah asrama, namun  pengetahuan yang sedikit mengenai kitaran haid menyebabkan dia tidak dapat membezakan antara keputihan normal dan darah haid.

Adriana berkata pada satu malam dia duduk di bilik prep semasa solat berjemaah sebelum ditangkap ketika pemeriksaan mengejut. Apabila diperiksa, dia tiada tanda-tanda mengalami pendarahan.

Senior yang bertanggungjawab menyangka saya berbohong dan memaki saya, bersama dengan senior lain.

"Saya trauma dan sejak itu, saya akan gunakan semula tuala wanita yang sama sepanjang hari untuk memastikan ada darah.

"Bila diingat semula, sangat menjijikkan sebab saya kena gunakan tuala wanita yang ada darah sejak hari itu, hanya untuk buktikan yang saya dalam haid," kata Adriana, yang kini berusia 21 tahun.


Sindiran lucah oleh guru

DH pula tidak pernah menceritakan mengenai kejadian di sekolah rendah dan sekolah menengah ketika bersekolah di dua sekolah perempuan di Kelantan.

Katanya, solat Zohor berjemaah diwajibkan bagi semua pelajar dan mereka akan menjalani pemeriksaan mengejut secara rawak.

"Jika ustazah yang bertugas, lebih baik kita lari dan sembunyi, jika tidak, dia akan heret kita ke tandas dan buatkan kita 'menyapu darah kita' di tisu.

"Kalau ada yang pakai tampon, dia akan malukan mereka, dengan tanya gatal sangat nak masuk k**e? Kata-kata tu menyebabkan saya tidak menggunakan tampon sehingga berusia 20-an, katanya yang menyokong Pendidikan Seks diajarkan di sekolah.


Haid tak teratur dicurigai

Ash** berkata insiden itu adalah rutin yang berlaku di sekolah berasrama penuh di Selatan tanah air, di mana mereka dari 'skuad agama' mensasarkan pelajar perempuan yang duduk di luar surau sekolah.

"Kami akan beratur di luar tandas, tunggu giliran dan satu atau dua orang anggota 'skuad' akan periksa bahagian vagina. Selalu hanya melalui kain kami, tapi itu pun rasa sangat pelik, katanya.

Kata Ash, dia mengalami haid yang tidak teratur dan perkara itu menyebabkan dia dicurigai.

Kadang-kadang mereka panggil saya keluar, empat atau lima daripada mereka akan kerumun saya dan mereka malah mengugut akan paksa saya tanggalkan seluar dalam saya, kata Ash yang meninggalkan sekolah asrama itu pada usia 16 tahun untuk masuk ke sekolah biasa.

Faekah *** berada di tingkatan 1 di sebuah sekolah asrama apabila dia diperiksa untuk mengetahui sama ada dia datang haid atau tidak.

Saya tidak tahu banyak tentang haid ketika tu dan jika ada keputihan saya juga akan anggap itu adalah haid. Jadi satu hari seluar dalam saya keluar cairan dan sebab itu saya ke bilik prep.

"Tapi bila malam ketika spot check, saya tiada sebarang keputihan dan senior ingat saya berbohong.

Sejak saat itu, kalau saya datang haid sepanjang hari, saya akan gunakan kembali tuala wanita yang sama untuk lulus spot check waktu malam

"Tapi bila dilihat semula, itu sangat menjijikkan sebab saya perlu gunakan tuala wanita sama yang ada darah pada siang hari hanya untuk menyenangkan mereka dan untuk benar-benar buktikan bahawa saya sedang haid, tambahnya.


Amalan itu masih berlaku

Sekurang-kurangnya dua pelajar yang bercakap dengan Malaysiakini, mengatakan amalan itu masih berlaku sehingga ke hari ini.

Bee** yang bersekolah di sekolah yang sama dengan Ash berkata 'calitan haid' untuk buktikan mereka tidak boleh bersolat masih berlaku, malah mereka dikenakan hukuman yang menjijikkan.

"Ramai daripada kami, ketika masih junior dipaksa meramas tuala wanita yang berlumuran darah kerana disyaki kami tidak membuangnya dengan betul.

Itu masih menghantui fikiran saya sampai sekarang, katanya yang mengatakan ramai pelajar bimbang untuk bercakap mengenai perkara itu.

Selain perlecehan fizikal, Jana yang merupakan seorang lagi pelajar menceritakan tentang kata-kata seorang guru kepada mereka yang mengelak untuk melakukan 'ujian datang bulan'.

Yang selalu datang haid dan tidak datang (spot check) pasti mengandung, kata seorang warden di sekolah, menurut Jana.

Waktu itu kami baru berada di Tingkatan 1 dan kata-katanya sangat menyakitkan," katanya.


Dr Harlina Siraj

Pakar obstetrik dan ginekologi dan Pendidikan Perubatan (Pengajaran Klinikal) dari Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM, Dr Harlina Halizah Siraj berkata tindakan sedemikian mengganggu privasi wanita.

"Sebagai pakar obstetrik dan pakar sakit puan, saya percaya seorang perempuan muda tidak harus membuktikan yang dia mengalaminya (kedatangan haid)," kata Dr Harlina kepada Malaysiakini.

Sementara itu, Pengerusi Biro Guaman dan Pembangunan Komuniti Wanita PKR Fadhlina Sidek berkata dia menentang keras perbuatan memalukan seumpama itu.

"Tindakan meraba-raba anak gadis untuk pastikan sama ada mereka sedang haid atau tidak adalah gangguan seksual, manakala tindakan meminta mereka menunjukkan tuala wanita berdarah sebagai bukti haid adalah satu kesalahan membuli, mengaibkan dan mengganggu emosi gadis-gadis ini," katanya.


Reaksi pertubuhan wanita

Mengulas isu itu, All Women Action Society (AWAM), Sisters In Islam (SIS) dan Pertubuhan Pembangunan Kendiri Wanita dan Gadis (WOMEN: Girls) menuntut Kementerian Pendidikan (KPM) menangani isu gangguan seksual, perlecehan fizikal dan kecam badan (body shaming).

Katanya, perbuatan itu dilakukan dengan alasan tindakan disiplin terhadap pelajar, namun sebenarnya merupakan gangguan dan salahguna kuasa.

"Pemeriksaaan mengejut datang bulan; Pemeriksaan mengejut secara fizikal untuk 'barang terlarang'; badan, pakaian dan hubungan intim yang memalukan di khalayak ramai; pengantunan kanak-kanak (child grooming); cabul, menampar dan mencubit puting buah dada sebagai hukuman adalah beberapa kejadian pelanggaran yang dialami oleh pelajar di sekolah-sekolah di Malaysia yang mendapat perhatian orang ramai baru-baru ini,"kata kumpulan wanita itu dalam satu kenyataan bersama.

Mereka menyebut insiden tersebut dilaporkan berlaku di institusi pendidikan - tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, sekolah berasrama dan universiti.

"Di bawah Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 dan perbuatan mengganggu kesantunan di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan, kes-kes ini boleh dianggap sebagai kesalahan jenayah dan boleh dihukum oleh undang-undang.

"Dengan melakukan tindakan tersebut atau membiarkan tindakan tersebut dilakukan oleh guru / warden / pengetua, pihak berkuasa sekolah di Malaysia mengajar semua pelajar adalah OK untuk mencabul tubuh badan orang lain tanpa persetujuan mereka dan memperlakukan mereka tanpa rasa hormat atau maruah," kata kumpulan itu.

Sementara itu, bekas timbalan menteri pendidikan Teo Nie Ching berkata setakat ini tidak jelas sama ada terdapat garis panduan kementerian yang secara khusus menjelaskan mengenai kaedah bagi menentukan sama ada seseorang pelajar perempuan mengalami haid atau sebaliknya.

Malaysiakini juga telah menghubungi Menteri Pendidikan, Radzi Md Jidin untuk mendapatkan respons.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 22-4-2021 09:13 AM From the mobile phone | Show all posts
bila 'mende' ni berlaku?
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2021 09:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Nasib i tak pernah kena macam tu. I start sekolah asrama form 1.
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2021 09:16 AM | Show all posts
ya aku heran yg melaksanakan kerja tu pun kaum hawa...cikgu perempuan & ustazah...apakah jadahnya...
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2021 09:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Sy percaya bukan semua skolah berasrama buat mcmtu. Tapi sy tak nafikan ada yg buat...dan tidak bermakna semua ustazah dan guru perempuan buat mcmtu..so tindakan tegas oerli dilakukan jika benda ni berlaku. Ini sama sekali tiada kaitan dengan amalan agama islam. Memalukan
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2021 09:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Elok je dok asrama x kena camtu pon
Mesti jenis kejap2 muka dia period....
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2021 09:41 AM From the mobile phone | Show all posts
naper tak viral. diam je. klau kena kat pelajar laki memang kena buku5 je kena buang pun takpe
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2021 09:47 AM From the mobile phone | Show all posts
setazah & pengawas nk jd malaikat.....
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2021 09:50 AM | Show all posts
masa sekolah memang ada benda ni. bukan sekolah asrama penuh pun. tak masuk lagi time kena spotcheck. tak terfikir pulak pasal privacy/sexual harassment. tak ada kesedaran...
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2021 09:54 AM | Show all posts
Edited by manehnya at 22-4-2021 10:01 AM

ms zaman aku dulu setazah suruh tunjuk pad

dia pnya tahap x percaya samapi mcm tu, nama ja SMKA tersohorq... tpi gitu lah

"Pemeriksaaan mengejut datang bulan; Pemeriksaan mengejut secara fizikal untuk 'barang terlarang'; badan, pakaian dan hubungan intim yang memalukan di khalayak ramai; pengantunan kanak-kanak (child grooming); cabul, menampar dan mencubit puting buah dada sebagai hukuman adalah beberapa kejadian pelanggaran yang dialami oleh pelajar di sekolah-sekolah di Malaysia yang mendapat perhatian orang ramai baru-baru ini,"kata kumpulan wanita itu dalam satu kenyataan bersama.
zaman skrg ada gak kuasa viral, bleh gak tolong budak2 ni..

dlu2 kena balik diam2 je, takod...

lg teruk pada ni pun penah aku kena... nama ja 'ustazah' tapi buat anak orang x ingat..


aku cuma nk ckp sampai hati je lah, buat kat aku dulu masa tu umor baru nk betumbuh, naif x paham apa2...
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2021 10:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Gilerrrrr.. Melampau nya
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2021 10:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Sekolah Aku buat dulu...
Aku pun pernah kena...

Bodoh je ...dia org nk sekat pelajar tipu solat ..Tu je konsep nya...Aku mmg menyampah ustazah yg perli2 ikut suka tekak dia....
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2021 10:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Ingatkan jaman now....cite zaman lampau ke jaman now kalo dok buat gitu lagi baca akta raba depan stazah tu...tu kira cabul kehormatan
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2021 10:48 AM | Show all posts
Gila.  Bodoh. Mentally sick!
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2021 10:49 AM | Show all posts
bodohnya....
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 22-4-2021 10:51 AM | Show all posts
Mufti: Tak wajar periksa kemaluan pelajar untuk tahu datang haid

https://www.malaysiakini.com/news/571670

Yasmin Ramlan

Diterbitkan 22 Apr 2021, 9:26 am
Dikemaskini 9:26 am



Sesiapa pun tidak wajar memalukan seseorang dengan memeriksa bahagian sulit individu tersebut meskipun dengan apa-apa alasan sekalipun, kata Mufti Pulau Pinang Wan Salim Wan Mohd Noor.

Wan Salim berkata demikian bagi mengulas tindakan pihak sekolah melakukan "pemeriksaan datang bulan" terhadap pelajar perempuan bagi mengelakkan mereka ponteng waktu solat.

Menurut Wan Salim, setiap orang mempunyai maruah diri yang wajib dihormati oleh orang lain, termasuklah hak menutup bahagian-bahagian sulit tubuh mereka daripada dilihat oleh orang lain.

Agama Islam melarang keras umatnya melihat aurat orang lain walaupun dengan alasan untuk melaksanakan kewajipan yang dituntut seperti untuk menghalang seorang pelajar perempuan daripada berdalih untuk meninggalkan kewajipan solat, katanya kepada Malaysiakini.

Terdahulu, NGO berkaitan hak wanita All Womens Action Society (Awam), Pertubuhan Pembangunan Kendiri Wanita dan Gadis (Women:girls) dan Sisters In Islam (SIS) dalam kenyataan bersama mengecam tindakan pihak sekolah berasrama yang melakukan pemeriksaan haid terhadap pelajar yang mengakui diri mereka sedang datang haid.

Pemeriksaan tersebut melibatkan sentuhan fizikal di bahagian sulit pelajar perempuan bagi membuktikan bahawa pelajar perempuan tersebut benar-benar datang haid dan tidak ponteng sesi waktu solat.

Mengulas lanjut isu tersebut, Wan Salim berkata Islam sememangnya mewajibkan setiap penganutnya mendirikan solat lima waktu tetapi ia tidak bererti ia membenarkan kanak-kanak diperlakukan sedemikian rupa.

Islam juga memerintahkan ibu bapa atau waris kanak-kanak membiasakan mereka menunaikan kewajipan ini sejak kecil lagi.

Malah ibu bapa dan waris disarankan memukul secara lembut kanak-kanak yang malas menunaikan solat.



Tetapi ini tidak bererti Islam membenarkan kanak-kanak diperlakukan dengan tindakan-tindakan yang boleh memalukan mereka seperti memeriksa bahagian sulit mereka untuk memastikan sama ada mereka kedatangan haid atau tidak, katanya.

Katanya, perbuatan sedemikian adalah haram menurut hukum Islam kerana dianggap menceroboh kehormatan seseorang.

Malah katanya, terdapat banyak cara untuk memastikan seseorang gadis atau pelajar perempuan itu sedang didatangi haid, seperti bertanya kepada ibu bapa atau rakan mereka.

Aurat seorang wanita Islam adalah seluruh tubuhnya kecuali muka dan telapak tangan. Setiap wanita Islam yang berakal dan sampai umur baligh adalah diwajibkan menutup aurat masing-masing.

Tiada siapapun dibenarkan melihat aurat seorang perempuan selain suaminya yang sah, jelasnya.

Jangan sulitkan keadaan

Sementara itu, Presiden Pertubuhan Doktor-doktor Islam Malaysia (Perdim) Dr Ahmad Shukri Ismail pula melihat perbuatan memeriksa di bahagian sulit kerana untuk mengelakkan pelajar ponteng solat adalah keterlaluan.

Memadailah dengan pengakuan dari individu terlibat dan tak perlulah sampai nak periksa tuala wanita.

Dalam Islam tidak ada unsur paksaan dan Islam itu mudah. Jangan kita sulitkan keadaan sehingga membuatkan orang melihat Islam terlalu rijid, katanya kepada Malaysiakini.

Ahmad Shukri yang turut sependapat dengan Wan Salim berkata sekiranya ibu bapa telah mendidik anak untuk bercakap benar dan ada rasa tanggungjawab serta mengajar mereka untuk bersolat sudah memadai.

Tambahnya, dia yakin mereka yang berbohong mengenai didatangi haid itu hanyalah segelintir tetapi berpendapat ia tidak perlu diperbesarkan kerana pihak sekolah boleh mendapatkan kepastian dengan cara lain.

Mungkin terjadi satu atau dua kes tak perlu diperbesarkan dan melalui rakan mungkin kita boleh dapat kepastian. Dan penguatkuasaan adalah cara terakhir, seeloknya kaunseling dan ulang kaji fadhilat solat dan hukum meninggalkan solat.

Tindakan pihak berwajib di sekolah perlulah berhemah, katanya.

Isu tersebut muncul selepas pengguna di Twitter mendedahkan bahawa terdapat guru-guru wanita meraba tubuh badan mereka untuk melihat sama mereka membawa barangan terlarang ke sekolah seperti memakai barang kemas, membawa telefon bimbit.

Menurut mereka, kadang kala mereka disuruh menanggalkan coli mereka kerana bagi memastikan ia tidak disembunyikan di situ.

Ada di antara mereka yang mendakwa bahawa payudara mereka diraba oleh guru-guru wanita sebagai sebahagian daripada pemeriksaan berikutan aduan daripada rakan mereka kerana memakai training bra.

Malah, pelajar juga pernah ditampar kerana mempunyai kuku yang panjang atau enggan untuk terlibat dalam cara pemakaian tudung dan dirotan kerana tidak memakai seluar pendek dalam baju kurung.

Menurut kenyataan gabungan tiga NGO tersebut, selain pemeriksaan haid terdapat pemeriksaan lain seperti memeriksa sama ada pelajar tersebut membawa barangan terlarang ke sekolah, memalukan mereka di khalayak ramai dari segi pemakaian dan hubungan intim dengan seseorang.

Insiden tersebut antara perkara yang dialami oleh pelajar di sekolah di Malaysia sehingga ia mendapat perhatian baru-baru ini.

Kenyataan bersama tersebut turut menggesa supaya Kementerian Pelajaran dan Majlis Amanah Rakyat (Mara) meneliti isu itu dengan berkesan.

Katanya ia melanggar autonomi peribadi seseorang serta memalukan melalui alasan hukuman tatatertib tetapi bersekat dengan gangguan dan penyalahgunaan kuasa.

Kejadian yang dilaporkan itu turut melibatkan guru agama (ustazah dan ustaz) yang mengarahkan pelajar perempuan menyapu tisu atau kapas pada bahagian alat sulit mereka untuk menunjukkan bukti darah atau menanggalkan seluar dalam mereka untuk menunjukkan tuala wanita mereka sebagai bukti bahawa mereka sedang didatangi haid.

Ini kerana ustazah tersebut menganggap bahawa haid digunakan sebagai alasan untuk mereka meninggalkan solat.

Guru juga telah dikatakan meraba pakaian dalam dan seluar dalam (pelajar) untuk melakukan pemeriksaan haid, kata kenyataan itu.
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2021 10:55 AM | Show all posts
Zaman dulu tak ada smart phone jadi susah nak viralkan.  Zaman sekarang jangan silap buat hal cepat je diviralkan nanti.  Zaman dulu kalau berbaju kurung kena pastikan ada inner singlet dan bra tak boleh warna warni selain brown dan white je.  Kalau free hair dan bersubang tak boleh yang bling2 cikgu tak boleh concentrate nak mengajar nanti katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2021 10:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Mereka menyebut insiden tersebut dilaporkan berlaku di institusi pendidikan - tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, sekolah berasrama dan universiti.

Di tadika dan University?...geeezzzz
Elok sangat lah... Cekgu cekgu ustazah gigih memalukan budak sebab period... Cara mahu disciplin kan budak.... 1st class
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2021 10:58 AM | Show all posts
anak-anak ustazah kebanyakannya tak hebat pun....habis sgt jadi cikgu sekolah


bagi aku  cikgu kena pilih org yg betul-betul boleh buat kerja
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2021 10:59 AM From the mobile phone | Show all posts
zaman i sek thn 90an kat sek agama glam la kononnye selalu je warden check gini. celaka betul. tak boleh ke ada rasa percaya kat pljr dah katenye kami ni dididik dgn penuh keagamaan. raba2 pastu ada extreme siap suh tnjuk pad. geram nak tonyoh pad berdarah kat muke setazah tu.

zaman skrg kalau ada lagi budaya hanat gini baik viralkan aje pastu saman warden/cikgu/setazah tu pakej saman sek skali.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list