Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
925
View
13
Reply

[Tempatan] Polis kesan pesakit Covid-19 lari dari hospital

[Copy link]

Author: piao       Show all posts   Read mode

Author
Post time 4-5-2021 10:16 PM | Show all posts |Read mode
Polis kesan pesakit Covid-19 lari dari hospital



SUNGAI PETANI – Polis sedang giat mengesan seorang pesakit Covid-19 yang melarikan diri dari Hospital Lama Sungai Petani di sini hari ini.

Pesakit berusia 39 tahun itu yang sudah enam hari menjalani rawatan di hospital tersebut disedari tiada di katilnya di wad B1 oleh seorang jururawat pada pukul 8.45 pagi tadi.

Pesakit lain kemudian memaklumkan lelaki terbabit membawa beg dan barangan peribadinya keluar pada pukul 6.30 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, pihaknya mempergiatkan usaha mengesan pesakit Covid-19 yang melarikan diri berkenaan.

Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati lelaki terbabit telah  mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim di sini bagi tujuan pembedahan kecil pada tangannya yang bernanah pada Khamis lalu.

Katanya, lelaki terbabit menjalani ujian calitan Covid-19 sebagai prosedur hospital dan dimasukkan ke pusat kuarantin di wad B1 Hospital Lama Sungai Petani setelah keputusan positif di peroleh pada Jumaat lalu.

“Pihak Kementerian Kesihatan (KKM) juga tidak dapat mengenal pasti subjek mempunyai kontak rapat dengan sesiapa memandangkan KKM sedang menyiasat perkara tersebut,” jelasnya.

Beliau berkata satu pasukan petugas khas telah digerakkan untuk mencari lelaki terbabit di rumahnya di Taman Bandar Baru, Sungai Lalang di sini.

“Bagaimanapun, maklum balas daripada pihak pasukan petugas mendapati lelaki itu tiada di rumah,” ujarnya.

Katanya, KKM juga telah dimaklumkan untuk mengesan lelaki terbabit.

“Sekiranya dia ditemui, kita akan hubungi pihak KKM untuk tindakan lanjut,” katanya.

Tambahnya, kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 11(3)(a) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988. – K! ONLINE

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 4-5-2021 10:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Mak ngahcow ijau andartu forever 39 tahun pelahap laksa Kedah tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2021 10:24 PM | Show all posts
Menyusahkan orang
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2021 10:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak pasal2 dah menyusahkan ramai org.  Positif plk tu.
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2021 10:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak nak beraya di hospital la tu..
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2021 11:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Dahla tangan bernanah, bodoh plk tu
Selfish nak mampos.
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2021 12:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Otak letak kat kaki.
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2021 12:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Miawlover replied at 5-5-2021 12:12 AM
Otak letak kat kaki.

Otak die ltk kt nanah tgn die


Yikes

Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2021 12:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Memang celaka betul babi yang lari ni. Membahayakan orang ramai.
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2021 06:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Publish la identiti si bodoh tu
Boleh gak org report kalau nampak kat memana
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2021 06:26 AM From the mobile phone | Show all posts
sukacactus replied at 4-5-2021 10:18 PM
Publish la identiti si bodoh tu
Boleh gak org report kalau nampak kat memana

Setuju.

Bg Jabatan Netizen buat kerja pula.
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2021 07:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Hmm soklan serious.. Lambang Allah muhamad kt jata polis tu bwk masuk keluar jamban xpe ek?
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2021 08:00 AM From the mobile phone | Show all posts
sedara mara sapa lah ni..
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2021 10:57 AM | Show all posts
Bangsat betollah menyusahkan orang. Otak kaw letak kat mana, hanat?!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list