Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini
827
View
9
Reply

[Tempatan] Sarawak nilai semula vaksin AstraZeneca. Belum putus nak guna ke tak

[Copy link]

Author: R2D2       Show all posts   Read mode

Author
Post time 13-5-2021 07:05 PM | Show all posts |Read mode
Sarawak akan nilai semula penggunaan AstraZeneca - Dr Sim
Astro Awani
Mei 13, 2021 18:50 MYT

KUALA LUMPUR : Sarawak akan menilai semula penggunaan vaksin AstraZeneca dalam Program Imuninasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) peringkat negeri itu.
Menurut Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak, Datuk Seri Dr Sim Kui Hian, perkara itu akan dibincangkan secara teliti oleh Kumpulan Penasihat COVID-19 Sarawak (SCOVAG).
Ujarnya, keputusan sama ada ia diluluskan atau tidak, akan diumumkan sendiri oleh Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

"SCOVAG akan membincangkan semula perkara ini dengan teliti. Sebarang keputusan mengenainya akan diumum oleh Ketua Menteri kelak," katanya seperti dilaporkan Utusan Borneo.

Beliau dalam masa yang sama turut berharap Sarawak dapat bekerjasama rapat dengan Kementerian Kesihatan (KKM) dan pasukan Pengurusan Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) Kebangsaan bagi mempercepatkan penambahan bekalan vaksin untuk dihantar ke negeri itu.
April lalu, Dr Sim menegaskan Sarawak tidak akan menggunakan vaksin AstraZeneca.
Susulan itu, Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin berharap kerajaan Sarawak mempertimbangkan semula keputusan untuk menggunakan vaksin AstraZeneca.

Ujarnya, vaksin tersebut terbukti telah mendapat sambutan menggalakkan dan orang ramai yakin dengan keselamatannya apabila pendaftaran secara sukarela dibuka di Selangor dan Kuala Lumpur.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 13-5-2021 07:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Menteri sarawak ni asal wujud nya kena campak dari sorga ka?? Dia punya ego bongkak kalah setan laknatullah. Bagus xpyh bg la. Negeri lain smua nk. Ko xnk PKP, suka hati ko, xnk vaksin, lantak pi kat hang. Yg jd mangsa, org semenanjung yg keje kt sana
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2021 07:22 PM From the mobile phone | Show all posts
anony-mous replied at 13-5-2021 07:14 PM
Menteri sarawak ni asal wujud nya kena campak dari sorga ka?? Dia punya ego bongkak kalah setan lakn ...

Mungkin dia rasa nak jadi negara sendiri,ala2 bangsa j kottt..
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2021 07:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak amik hati rakyat. Kan dun bubar bln 6 ni
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2021 07:33 AM | Show all posts
Pastu boleh pulak cakap, kalau warga Sarawak kalau nak Astra Zaneca kena pergi negeri lain... apakejadah... ooo negeri lain punya hak kira satu malaysia punya hak, tapi bila tang sarawak, sarawak punya sahaja.. lanjiao!!!..
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2021 07:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Angkuh sangat. Vaksin AZ tu bukan paksaan. Boleh aje tunggu program vaksin kebangsaan kalau tak nak AZ. Ini cuma option bagi org yg nak vaksin tanpa perlu tunggu lama
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2021 07:55 AM | Show all posts
kot kes tak banyak, ok laa kot  nak demand..  ni kes byk jugek
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2021 07:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Sarawak ni mcm negara lain pulak, die buat keputusan ikut suka dia, sekolah bukak xsame dgn semenanjung, vaksin xnak ikut semenanjung, org lain pkp dia xnak buat pkp
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2021 08:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Khennnn...tahula konsep autonomi MA63 segala mcam, tapi kalau perangai gedik nak ikut kepala hotak dia, negeri2 lain pun naik menyampah ....malaysia ni bukan hanya ada sarawak je.

Haritu ko dah tolak AZ, sekarang tunggulah giliran last. Vaksin pun nak privilege gak ke???
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2021 11:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Let Sarawak alone..diaorg ada cara sendiri utk atasi covid..utamakan negeri lain yg sedang tunggu lama dah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list