Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini
123Next
Return to list New
3052
View
43
Reply

[Tempatan] Polis dibaling mercun di Pangsapuri Sri Perak, Bandar Baru Sentul ketika nak suraikan 200 orang berkumpul main mercun secara terbuka 12.50 tgh malam tadi

[Copy link]

Author: R2D2       Show all posts   Read mode

Author
Post time 13-5-2021 07:13 PM | Show all posts |Read mode
Polis dibaling mercun
    Oleh NURAINA HANIS ABD. HALIM
    13 Mei 2021, 6:20 pm

PETALING JAYA: Tindakan polis menyuraikan kira-kira 200 individu yang berkumpul bertukar gempar apabila dibaling mercun oleh pihak tidak bertanggungjawab dalam kejadian di Pangsapuri Sri Perak, Bandar Baru Sentul dekat sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, pihaknya menerima maklumat berkaitan aktiviti membakar mercun secara terbuka di lokasi berkenaan pada 12.50 tengah malam.

Katanya, pihaknya mendapati terdapat lebih 200 individu dipercayai penduduk pangsapuri berkenaan berkumpul di kawasan tempat letak kereta dan sedang bermain mercun.

Keadaan menjadi sangat tegang dengan letupan mercun yang tidak terkawal apabila kehadiran polis disedari oleh penduduk pangsapuri terbabit.

Anggota polis yang bertugas memberikan amaran kepada orang awam untuk menghentikan perbuatan bermain mercun, namun tidak diendahkan, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, Eng Lai berkata, ketika pihaknya cuba menyuraikan mereka yang berkumpul tiba-tiba satu letupan kuat berlaku dan hampir mengenai pihak polis yang sedang bertugas di lokasi kejadian.

Jelas beliau, letupan terbabit dipercayai daripada mercun yang sengaja dilontar kepada pihak polis.

Selepas letupan itu berlaku, orang ramai kemudian segera beredar dari kawasan berkenaan.

Bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan dilaporkan selepas kejadian itu berlaku dan keadaan di lokasi kejadian berjaya dikawal pihak polis.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan serta Seksyen 3(5) Akta Kesalahan Kecil kerana menakutkan secara jenayah dan larangan membakar bunga api yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, katanya.

Tambahnya, orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi undang-undang. Tindakan tegas berlandaskan undang-undang akan diambil terhadap individu yang melanggar peraturan.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian itu boleh menghubungi Bilik Gerakan IPD Sentul di 03-40482206, katanya.- UTUSAN ONLINE

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 13-5-2021 07:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Minda pprt
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2021 07:35 PM | Show all posts
sebenarnya tak kisah nak main mercun kat tempat open  kalau :

> tak keluarkan api risiko terbakar kereta rumah
> silent mode dan tak bunyi bising.

dapat beli mercun dua benda ni main lah sampai habis pkp 3.0..  few years ada berlaku kereta terbakar sebab main mercun meletup kena sofa kereta.
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2021 07:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga yg membaling tu ahli keluarga dia kena balik mercun satu hari nanti ha gitu 1st syawal dah doa bukan2
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2021 07:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Teroris sunni jihad fi sabilillah
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2021 08:08 PM | Show all posts
Bagi saya org yg bermain mercun ni termasuk dalam golongan jahil. Perbuatan yang sia-sia dan membuat jiran-jiran marah.
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2021 08:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg paling celaka sekali main mercun kat sebelah surau/masjid masa orang tengah solat terawih, takbir raya kat masjid.

Dasar anak iblis.

Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2021 08:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Itula .. end of d day level manusia tu juga memainkan peranan.. saman jer
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 13-5-2021 08:15 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2021 09:05 PM From the mobile phone | Show all posts
ultra78 replied at 13-5-2021 08:08 PM
Bagi saya org yg bermain mercun ni termasuk dalam golongan jahil. Perbuatan yang sia-sia dan membuat ...

Setuju...jenis kurang ajar, tak sensitif dgn jiran2..
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2021 09:08 PM From the mobile phone | Show all posts
aderaderker replied at 13-5-2021 08:08 PM
Yg paling celaka sekali main mercun kat sebelah surau/masjid masa orang tengah solat terawih, takbir ...

Tak de dah perasaan malu terkinja kinja main mercun masa org dok terawih lagi2 zaman pandemik ni..
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2021 09:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Semalam dari lps maghrib sampai la pukul 12 malam, baru senyap.. nak tgk malam  ni pulak
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2021 09:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Pprt kheuns? Mmg dasar
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2021 09:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Malam raya mana ada orang solat terawih
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 13-5-2021 10:34 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2021 11:08 PM From the mobile phone | Show all posts
ultra78 replied at 13-5-2021 08:08 PM
Bagi saya org yg bermain mercun ni termasuk dalam golongan jahil. Perbuatan yang sia-sia dan membuat ...

I setuju. Disrespectful.
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2021 11:10 PM From the mobile phone | Show all posts
little_sis replied at 13-5-2021 09:33 PM
Semalam dari lps maghrib sampai la pukul 12 malam, baru senyap.. nak tgk malam  ni pulak

Apartment I ni baru lepas 2 ekor badak main mercun kat rooftop parking. Dia main yg 25 das tu. 2 kali pasang. Jadah betul. Dah pukul 10 lebih. Dia main tu, dekat 6-7 apartment berdekatan terganggu. Lansung tak fikir. Mmg minta kena sumpah saja.
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2021 11:10 PM | Show all posts
di pangsapuri dik...
so tahu2 la macam mana... dah la kalau masuk situ pun keta berhimpit sampai parking kat luar macam rumah retis aset ratus juta tu tapi parking keta kat luar bila satu rombongan datang sampai makan space orang
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2021 11:10 PM From the mobile phone | Show all posts
ultra78 replied at 13-5-2021 08:08 PM
Bagi saya org yg bermain mercun ni termasuk dalam golongan jahil. Perbuatan yang sia-sia dan membuat ...

Antara celebrity yg bakar mercun
azrinaz, rizalman
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2021 11:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Sekarang pukul 11 lebih pun berlambak bunyi mercun. Yg geram tu pasang yg 25 das, meletup sampai berapa KM boleh dengar. Kurang ajar. Tak hormat orang.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list