Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini
578
View
3
Reply

[Sarawak] Covid19 12/06/2021

[Copy link]

Author: FanTasyCreaTioN       Show all posts   Read mode

Author
Post time 12-6-2021 11:05 PM | Show all posts |Read mode
Edited by FanTasyCreaTioN at 12-6-2021 11:09 PM






Sarawak mencatatkan 569 kes baharu COVID-19 hari ini. Sejumlah 371 atau 65.20 peratus daripada jumlah kes ini telah dikesan di lima buah daerah iaitu di Daerah Sibu, Kuching, Kapit, Miri dan Bintulu.

Daerah-daerah yang merekodkan kes pada hari ini ialah
Sibu (149),
Kuching (110),
Kapit (44),
Miri (41),
Bintulu (27),
Samarahan (26),
Tatau (22),
Mukah (19),
Bukit Mabong (17),
Pakan (17),
Serian (16),
Marudi (12),
Subis (9),
Sarikei (9),
Julau (7),
Song (7),
Tebedu (7),
Selangau (5),
Bau (4),
Asajaya (4),
Lawas (4),
Meradong (4),
Beluru (3),
Kanowit (3),
Belaga (2)
Sri Aman (1).

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 54,899.

Daripada 569 kes baharu yang dilaporkan, seramai 97 orang telah menunjukkan tanda dan mengalami gejala jangkitan COVID-19 semasa saringan dijalankan.
Manakala, seramai 397 orang kes atau yang dikesan adalah terdiri daripada individu yang telah diberikan arahan perintah kuarantin. Secara ringkas kes-kes ini terdiri daripada:
• 350 kes merupakan saringan individu yang mempunyai kontak
kepada kes positif COVID-19 (7 kes bergejala);
• 102 kes merupakan lain-lain saringan di fasiliti kesihatan (11 kes bergejala);
• 70 kes merupakan saringan individu bergejala di fasiliti kesihatan;
• 45 kes merupakan saringan individu dalam kluster aktif sedia ada
(9 kes bergejala);
• 2 kes melibatkan individu yang balik dari negeri-negeri lain di dalam Malaysia (Import B ) (kes tidak bergejala).



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 12-6-2021 11:14 PM | Show all posts
Hari ini terdapat empat (4) kes kematian baharu melibatkan jangkitan COVID-19 dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kematian akibat jangkitan COVID-19 telah meningkat kepada seramai 346 orang.


Ringkasan empat (4) kes kematian yang dilaporkan pada hari ini adalah seperti berikut:



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 12-6-2021 11:40 PM | Show all posts
KUCHING: Sebanyak 216 kompaun bernilai RM569,000 kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) sepanjang  Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dikeluarkan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching mulai 1 Jun lalu sehingga semalam.

Ketua Polis Daerah Kuching,Asisten Komisioner Ahsmon Bajah berkata,sebanyak 134,639 kenderaan telah diperiksa dengan 338 diarah berpatah balik kerana alasan tidak munasabah.

"Seramai 162,890 orang telah diperiksa dan seorang ditangkap atas kesalahan melanggar pematuhan SOP PKP 3.0.

"Bagi permohonan permit kita menerima sebanyak 7,672 permit merentas daerah dan hanya 7,012 permohonan diluluskan manakala 430 permohonan ditolak,"katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau meminta masyarakat memain peranan secara holistik mematuhi norma baharu ditetapkan.

"Dengan perlanjutan PKP kita akan mengubah strategi baharu dengan meningkatkan lagi pemeriksaan pematuhan SOP di kawasan premis perniagaan dan kediaman.

"Antara langkah yang diambil ialah penambahan dua pasukan menjadikan jumlah keseluruhan 13 pasukan operasi PKP 3.0 di daerah Kuching,"tegasnya.

Katanya, pihaknya mempergiatkan usaha untuk membantu kerajaan dalam memutuskan  rantaian Covid-19 melalui PKP 3.0 di Sarawak yang diadakan mulai 31 Mei hingga 14 Jun ini.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 13-6-2021 12:27 AM | Show all posts
Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak telah mengisytiharkan tiga (3) kluster baharu iaitu Kluster Kampung Sebandi Hilir, Lundu, Kluster Melatai, Kapit dan Kluster Kampung Tabuan Haji Drahman, Kuching. Ringkasan kluster-kluster tersebut adalah seperti berikut:

I. Kluster Kampung Sebandi Hilir, Lundu
Kluster Kampung Sebandi Hilir merupakan satu kluster komuniti yang dikesan melibatkan sebuah kampung iaitu Kampung Sebandi Hilir di daerah Lundu yang berpunca dari perhimpunan upacara miring pada 31 Mei 2021 sempena sambutan pra Hari Gawai. Sejumlah 34 individu telah disaring di mana:
• 9 kes telah dikesan positif COVID-19 termasuk kes indeks; dan
• 25 kes didapati negatif.
Kesemua kes positif COVID-19 ini telah dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak dan PKRC di daerah Kuching bagi tujuan pengasingan dan rawatan lanjut.

II. Kluster Melatai, Kapit
Kluster Melatai merupakan satu kluster komuniti yang dikesan melibatkan penempatan di kawasan Melatai, Jalan Selirik, Kapit yang berpunca dari pergerakan sosial dan aktiviti berkunjung semasa sambutan Hari Gawai yang lalu.

Sejumlah 139 individu telah disaring di mana:
• 45 kes telah dikesan positif COVID-19 termasuk kes indeks;
• 23 kes didapati negatif; dan
• 71 kes masih menunggu keputusan makmal.
Kesemua kes positif COVID-19 ini telah dimasukkan ke Hospital Kapit dan PKRC di daerah Kapit bagi tujuan pengasingan dan rawatan lanjut.

III. Kluster Kampung Tabuan Haji Drahman, Kuching
Kluster Kampung Tabuan Haji Drahman merupakan satu kluster komuniti yang dikesan melibatkan sebuah penempatan iaitu Kampung Haji Drahman, Kuching yang berpunca dari kontak ahli keluarga dan pergerakan sosial dalam kalangan penduduk di lokaliti tersebut.

Sejumlah 62 individu telah disaring di mana:
• 33 kes telah dikesan positif COVID-19 termasuk kes indeks; dan
• 29 kes didapati negatif.

Kesemua kes positif COVID-19 ini telah dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak dan PKRC di daerah Kuching bagi tujuan pengasingan dan rawatan lanjut.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list