Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Sila claim disini
4043
View
5
Reply

Mendirikan Kuil Hindu

[Copy link]

Author: cmf_acura       Show all posts   Read mode

Author
Post time 11-9-2013 08:36 AM | Show all posts |Read mode
Nak tanya orang2 adalam tread ni...cammana caranya penganut hindu, mendirikan kuil hindu coz apakah syarat2 dia..coz banyak isu mengenai kuil hindu kebelakang ni.
TQ....
Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 11-9-2013 11:43 AM | Show all posts
Syarat2 apa itu? Syarat tanah kah atau syarat mendirikan/merobohkan kuil?

Kalau syarat tanah dimana kuil itu boleh di dirikan, tanah itu mestilah lapang, senang dikunjungi oleh semua penganut (jadi secara logic, ianya di dirikan di tengah sesuatu bandar dgn tempat kediaman di sekelilingnya). Dulu, sumber air juga menjadi faktor, jadi kawasan bukit atau tepi sungai dipilih kerana sumber air bersihnya. Di India, perigi yg besar dibina khas di tengah2 kuil utk memudahkan penganut menbersihkan diri mereka sebelum pergi sembahyang. Kini, itu tak perlu kerana ada air paip.

Kalau syarat mendirikan kuil pula, ianya agak rumit sikit. Anda perlu tanya kaum Brahmin yg dikhaskan utk menbina kuil akan syarat2 tertentu. Apa yg saya tahu adalah, mereka akan memilih tempat yg adanya ke empat unsur - Angin, Api, Tanah dan Air dan kemudian, mengikatnya ke satu tempat (mengikut mantra tertentu) dan menjadikannya sbg pusat kuil tersebut. Bila unsur2 ini diikat, kuil akan dibina di situ dan Dewa-Dewi yg ingin diletakan di situ akan dibawa, diletakan di situ dan ditugaskan menjaga unsur2 yg diikat itu. Dlm ertikata lain, proses menbina kuil itu bukannya satu proses yg suka2 dibuat tetapi proses dimana manusia mengawal unsur2 dunia mengunakan kuasa spiritual mereka.

Syarat merobohkan kuil pun ada. Anda mungkin tanya kenapa ada syarat ini. Ini kerana orang Hindu tidak akan sembahyang di dlm kuil yg dirobohkan sebahagianya utk tujuan mencat ataupun buat tambahan. Ini kerana kuil sedemikian sudah dileraikan unsur2nya. Selepas pembinaan selesai, "kumbasigham" (ataupun upacara memuliakan kuil) akan dibuat dan unsur2 akan diikat semula.



Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 11-9-2013 02:49 PM | Show all posts
sy nak tahu kenapa kuil ni dibina ditempat yang ada busut, or pokok besar contonya. apakah ianya kerana unsur2 tadi. Tidak kurang pula yg mengatakan kuil dibina bila mendampat mimpi...betul kah?
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2013 03:58 PM | Show all posts
cmf_acura posted on 11-9-2013 02:49 PM
sy nak tahu kenapa kuil ni dibina ditempat yang ada busut, or pokok besar contonya. apakah ianya ker ...

Kalau tanya apasal busut ataupun pokok besar, jawapan yg paling logik yg saya boleh bagi adalah - Simbolik. Ianya dipilih kerana unsur simbolik. Busut sbg contohnya menpunyai bentuk yg sama dgn Shivalingam. Saya rasa pokok (terutamanya pokok "Arasan" - lupa pula nama BMnya) dijadikan tempat ibadat di atas sebab yg sama. Dlm kitab2 agama Hindu, pokok tersebut menjadi tempat teduh utk pelbagai dewa dewi dan orang iman sebelumnya - spt Dewi Sita yg duduk dibawah pokok Arasan di taman Ravana dan Gautama Buddha yg mendapat Enlightment dibawah pokok tersebut juga.

Mimpi itu memang benar berlaku. Ada cerita seorang British yg menjadi Penjaga Estate di Perak ada mimpikan Tuhan Hindu menyuruhnya menbina kuil utk kaum India di situ sekitar 1920an dulu. Orang British itu buat apa yg disuruh dan hingga kini, kuil itu masih wujud di Perak (tak tahu pula tempatnya) dan orang India telah menciptakan patung berupa orang British itu dan meletakannya sbg perhiasan utk mengingati jasa beliau.

Anda tahu tak macam mana kuil Batu Caves yg ada kini dilihamkan? Disekitar lewar 1980an, ada orang mengambil gambar Batu Caves dan gambar Lord Murugan (sptmana yg wujud kini) kelihatan superimposed ke atas gambar kuil Batu caves. Mungkin kini ianya taklah besar cerita kerana ada teknology sedemikian tetapi dulu2 (30 thn yg lalu) mana ada Photoshop. Jadi kaum India (terutamanya mereka2 yg menjalani perniagaan di situ) mula donate utk mengembangkan kuil Batu Caves, termasuklah mendirikan Statue yg setinggi 70 kaki spt apa yg wujud dlm gamber tersebut.
Last edited by Sephiroth on 12-9-2013 08:43 AM

Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2013 01:31 AM | Show all posts
Sephiroth posted on 11-9-2013 03:58 PM
Kalau tanya apasal busut ataupun pokok besar, jawapan yg paling logik yg saya boleh bagi adalah -  ...

Kat mana nak tengok photo Lord Murugan kat Batu Caves masa zaman dulu tu? Ada sesape yang publish kat dalam internet tak?


Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2013 09:23 AM | Show all posts
Alkakeru posted on 20-9-2013 01:31 AM
Kat mana nak tengok photo Lord Murugan kat Batu Caves masa zaman dulu tu? Ada sesape yang publish  ...

Publish di Internet itu tak ada lah. Internet hanya sampai ke Malaysia pertengahan 1990an dulu. Tetapi saya ada melihat gambar tersebut dlm surat khabar berbahasa Tamil (yg dibawa dan diterjemahkan oleh kawan agama Hindu) di sekolah pada tahun 1987 lagi. Saya ingat lagi tahun itu kerana tahun itu, saya baru nak duduk utk SRP (Tingkatan 3). Tak tahu lah samada gambar itu ada lagi di mana2. Mungkin di koleksi persendirian, mungkin.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list