Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Sila claim disini
1429
View
2
Reply

[Dunia] Palestin Bangkit!!!!!

[Copy link]

Author: cmf_acura       Show all posts   Read mode

Author
Post time 8-7-2014 02:08 PM | Show all posts |Read mode
GAZA 7 Julai - Israel terus melancarkan beberapa serangan udara di Gaza awal hari ini, mengakibatkan sembilan orang terbunuh, ketika tanda-tanda intifada (kebangkitan) ketiga semakin jelas apabila pertempuran dilaporkan berlaku di seluruh Palestin sejak beberapa hari lalu.

Kematian yang dicatatkan itu sekali gus menjadi jumlah tertinggi dalam tempoh sehari sejak perang sempadan selama lapan hari pada 2012.

Hamas dalam kenyataannya berkata, serangan rejim Zionis itu dilancarkan ke atas pusat pertemuan anggotanya di bandar Rafah bersempadan dengan Mesir, manakala beberapa lagi serangan turut disasarkan di utara Gaza.

Jelas pergerakan itu, sembilan anggotanya terbunuh dan empat lagi cedera dalam serangan di kedua-dua lokasi.

Israel mengesahkan serangan itu dengan alasan membalas serangan roket Hamas ke selatan wilayah Israel dan mendakwa memusnahkan sembilan sasaran termasuk beberapa pelancar roket.

Sementara itu, berita kematian remaja Palestin, Mohammed Abu Khudair, 16, yang dibunuh dan dibakar oleh pelampau Yahudi menyemarakkan semangat rakyat Palestin untuk bangkit menentang kekejaman Israel di setiap pelosok negara.

Pertempuran antara penduduk Palestin dan pihak keselamatan Israel di beberapa perkampungan dan pekan termasuk timur Baitulmaqdis masih berlanjutan masuk hari kelima berturut-turut, menyaksikan sejumlah penunjuk perasaan ditahan.

Dalam perkembangan sama, polis rejim Zionis Israel menahan enam suspek Yahudi yang dipercayai terlibat dalam kes penculikan dan pembunuhan Abu Khudair pada minggu lalu. - AGENSI/AFP

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... ionis#ixzz36r2WHJOT
© Utusan Melayu (M) Bhd
Last edited by cmf_acura on 8-7-2014 02:41 PM

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Author
 Author| Post time 8-7-2014 02:11 PM | Show all posts
BAITULMAQDIS 6 Julai - Genap seminggu umat Islam di seluruh dunia menunaikan ibadah puasa, kesucian bulan Ramadan terus dicemari keganasan, konflik dan penindasan yang masih berlanjutan di beberapa negara Islam.

Di Gaza, penindasan rejim Israel ke rakyat Palestin semakin berleluasa apabila kejadian terbaharu menunjukkan rakaman seorang remaja dipukul teruk oleh tentera rejim Zionis tersebar luas di Internet.

Mangsa, Tareq Abu Khudair, 15, merupakan rakyat Amerika Syarikat, dipukul dengan kejam oleh sekumpulan askar Israel hanya kerana menyertai bantahan bagi menuntut bela atas kematian sepupunya, Mohammed Abu Khudair yang mati dibunuh dan dibakar oleh pelampau Yahudi kira-kira tiga hari lalu.

Bapa Tareq, Salah el-Din Abu Khudair berkata, anak lelakinya tidak terlibat dalam pertempuran dan hanya memerhatikan bantahan.

"Usia anak saya baru 15 tahun. Adakah dia berbahaya atau memegang pistol?

"Adakah kamu (tentera Israel) menjumpai pistol atau batu padanya sehingga sanggup membelasah anak saya dengan teruk," katanya.

Dalam kejadian berasingan, penduduk Palestin meneruskan ibadah puasa mereka seperti biasa walaupun tentera udara Israel menggempur kira-kira 10 lokasi yang didakwa digunakan oleh pejuang Hamas di Genting Gaza sebagai membalas serangan roket dari wilayah tersebut.

Di Nigeria, sekurang-kurangnya 59 orang terbunuh termasuk enam askar apabila pihak tentera menghalang serangan militan Boko Haram di pangkalan tentera di Damboa di negeri Borno ketika kebanyakan polis dan anggota tentera keluar meronda.

Di Syria, lapan orang daripada keluarga yang sama maut, apabila tentera pimpinan Bashar al-Assad melancarkan serangan udara ke atas pekan Dael di wilayah Daraa selain kematian enam kanak-kanak akibat pertempuran di sempadan kawasan yang dikuasai tentera kerajaan dan kumpulan penentang.

Sementara itu di Iraq, ketua militan Kumpulan Negara Iraq dan Jajahannya (ISIL), Abu Bakr al-Baghdadi membuat penampilan umum pertama dan menyeru umat Islam patuh kepadanya ketika 10 penduduk Kurdis di sebuah kampung dekat wilayah semi-autonomi Kurdistan.

Ancaman ISIL juga dikhuatiri merebak ke Arab Saudi apabila dua militan dipercayai anggota al-Qaeda meletupkan diri di sebuah bangunan kerajaan di selatan negara ini, serangan pengganas pertama sejak 10 tahun lalu.

Dalam pada itu, penduduk Islam di Myanmar juga berdepan krisis agama paling buruk apabila rusuhan di Mandalay menyaksikan pihak polis hanya mendiamkan diri apabila penganut Buddha bertindak ganas membakar sekolah agama dan beberapa bangunan lain serta menyerang masjid ketika solat tarawih berlangsung.

Saksi kejadian berkata, perusuh turut membawa senjata berbahaya termasuk kayu, batang besi dan gergaji, tetapi tiada kematian atau kecederaan dilaporkan. - REUTERS/AFP/DPA

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... emari#ixzz36r3OLcp6
© Utusan Melayu (M) Bhd
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2014 02:11 PM | Show all posts
Plastine??????????????? u mean plastesin kah????
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list